Sejuk mata memandang suri hati pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid. Berpenampilan Muslimah sejati dan memiliki rupa paras cantik, wanita kesayangan Ustaz Don ini juga bukan calang-calang. Dr Husna Mohd Zahry ini merupakan seorang yang berpendidikan tinggi dan berkhidmat sebagai doktor perubatan.

IKLAN

Melihat peribadi Dr Husna jelas terserlah sisi positif ibu kepada empat orang anak tersebut. Setia menemani suami tercinta, kelibat Dr Husna di sisi Ustaz Don sentiasa mencuri perhatian khalayak.

Apatah lagi, dia disifatkan seorang yang tidak lokek senyuman. Manis orangnya!

Cantik Suri Hati Ustaz Don Daniyal, Pesona Dr Husna Zahry & Ibu 4 Anak Lelaki! Cantik Suri Hati Ustaz Don Daniyal, Pesona Dr Husna Zahry & Ibu 4 Anak Lelaki!

Cantik Suri Hati Ustaz Don Daniyal, Pesona Dr Husna Zahry & Ibu 4 Anak Lelaki!

Berkongsi aktiviti di media sosial, Dr Husna memuat naik video dia dan Ustaz Don ‘ride’ ke utara tanah air pada hujung Mei lalu.

Gelagat lucu dan romantis pasangan ini beriadah dari Pulau Pinang ke Ipoh dan Kuala Lumpur menarik tumpuan warga maya. Tak ubah macam pasangan kekasih tengah hangat bercinta.

Malah, Dr Husna sempat berseloroh. “Jangan kata dinda tak payung. Nanti kalau ada masa-masa yang rasa macam nak marah kat isteri, pejam mata, ingat balik saat isteri temankan merentas negara, berpanas, berhujan, berlenguh sama-sama. Okey Don Daniyal.”

Dr Husna menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-36 pada 20 Januari lepas. Dia sah bergelar isteri kepada Ustaz Don Daniyal yang juga usahawan pada 23 Ogos 2012.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr Husna Zahry (@husnazahry)

Cantik Suri Hati Ustaz Don Daniyal, Pesona Dr Husna Zahry & Ibu 4 Anak Lelaki! Cantik Suri Hati Ustaz Don Daniyal, Pesona Dr Husna Zahry & Ibu 4 Anak Lelaki! Cantik Suri Hati Ustaz Don Daniyal, Pesona Dr Husna Zahry & Ibu 4 Anak Lelaki!

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata lelaki yang comel dan bijak iaitu Don Mustofa, Don Ibrohim, Don Sulaiman dan Don Yunus.

IKLAN

Walaupun usia perkahwinan menjangkau lebih sedekad, Ustaz Don dan Dr Husna kekal bahagia bahkan makin romantik. Sentiasa berpimpin tangan setiap kali berjalan berdua.

Artikel https://www.nona.my/11-tahun-kahwin-belum-ada-rezeki-zuriat-izzue-islam-isteri-bahagia-dengan-cara-sendiri/

Semoga Ustaz Don Daniyal dan Dr Husna sekeluarga kekal bahagia sampai syurga. Relationship goals!

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI