NADIAH DATUK RAMLI MS

Cantiknya Nadiah Ramli! Selepas setahun bergelar tunangan orang, akhirnya anak perempuan Datuk Ramli MS ini selamat melangsungkan pernikahan pada 21 Februari lepas. Biarpun majlis pernikahan terpaksa diadakan secara sederhana memandangkan situasi Covid-19 ketika ini namun tetap meriah. Apatah lagi apabila ahli keluarga terdekat turut menjadi saksi hari bersejarah Nadiah dan suami tercinta, Taufiq Nadzri. Alhamdulillah, tahniah!

IKLAN

Menerusi perkongsian Nadiah di Instagram, perkenalan di antara mereka mula berputik pada hujung tahun 2017 ketika Nadiah mengambil khidmat Taufiq sebagai jurugambar profesional. Alahai, inilah namanya ‘Kalau dah jodoh takkan ke mana!’

Berdasarkan gambar-gambar di majlis ijab kabul Nadiah dan Taufiq, jelas kelihatan wajah syukur dan gembira kedua-dua mempelai ini. Tampil sedondon dalam persalinan tradisi rona putih, Taufiq kelihatan segak berbaju melayu sementara Nadiah pula anggun dalam busana indah ilham pereka Syafieq Ayman.

Malah, solekan magis Ady Razak ketika majlis pernikahan ini berjaya menaikkan seri pengantin Nadiah! Memang tak puas mata memandang.

Aura Pengantin Baru, Wajah Cantik Anak DATUK RAMLI MS Tarik Perhatian!
Credit @ihsansinsun
Aura Pengantin Baru, Wajah Cantik Anak DATUK RAMLI MS Tarik Perhatian!
Credit @ihsansinsun
Aura Pengantin Baru, Wajah Cantik Anak DATUK RAMLI MS Tarik Perhatian!
Credit @ihsansinsun
Aura Pengantin Baru, Wajah Cantik Anak DATUK RAMLI MS Tarik Perhatian!
Credit @ihsansinsun

Aura Pengantin Baru, Wajah Cantik Anak DATUK RAMLI MS Tarik Perhatian! Aura Pengantin Baru, Wajah Cantik Anak DATUK RAMLI MS Tarik Perhatian!

Ternyata, Nadiah mewarisi kecantikan ibu tersayang yang memiliki darah keturunan Cina, Australia dan Irish.

Wajah kegembiraan juga jelas terpancar pada wajah pemuzik terkenal, Datuk Ramli MS. Sebagai bapa kepada Nadiah, pastinya ia momen bermakna buat beliau apabila berpeluang menyempurnakan tanggungjawab untuk urusan pernikahan anak tersayang.

Selain Datuk Ramli MS, kelibat Datin Alyah yang bersama-sama menyerikan majlis ini turut mencuri tumpuan. Begitu juga ibu kandung Nadiah yang merupakan penggiat seni terkenal tanah air, Jennifer Thompson di samping abang Nadiah, Najee Ramli. Keempat-empat mereka dilihat mengenakan persalinan sedondon berwarna kuning.

Aura Pengantin Baru, Wajah Cantik Anak DATUK RAMLI MS Tarik Perhatian!
Credit @ihsansinsun

Aura Pengantin Baru, Wajah Cantik Anak DATUK RAMLI MS Tarik Perhatian! Aura Pengantin Baru, Wajah Cantik Anak DATUK RAMLI MS Tarik Perhatian!

IKLAN

Ujar Datin Alyah di laman Instagram miliknya, “Tahniah Nadiah Ramli dan Taufiq. Semoga rumah tangga yang dibina berbahagia hingga syurga Allah SWT. Thank you so much Jenn Thompson. Seronok sebab dapat join sama-sama buat persiapan ringkas tapi bermakna. Tahniah juga sebab dapat menantu. Alhamdulillah. Buat Najee Ramli juga tahniah dapat adik ipar. Lepas ni tunggu Najee pula. Terima kasih Datuk Ramli MS untuk pengalaman yang cukup mahal dan bermakna hari ini. Thank you Allah.”

Memandangkan ibu bapa Nadiah bergerak aktif dalam industri muzik, dia dan abangnya turut mengikut jejak langkah kedua-dua ibu bapa mereka dalam arena sama.

Aura Pengantin Baru, Wajah Cantik Anak DATUK RAMLI MS Tarik Perhatian! Aura Pengantin Baru, Wajah Cantik Anak DATUK RAMLI MS Tarik Perhatian! Aura Pengantin Baru, Wajah Cantik Anak DATUK RAMLI MS Tarik Perhatian!

IKLAN

Nadiah misalnya kini bertugas di Universal Muzik. Sebelum ini, Nadiah mengikat tali pertunangan bersama Taufiq pada Februari 2020. Semoga rumah tangga yang dibina terus bahagia hingga ke syurga!

 

 

Kredit foto: Instagram Nadiah Ramli, Jennifer Thompson & Datin Alyah

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI