Dunia kecantikan sememangnya kaya dengan pelbagai sumber alami yang telah diterokai sejak zaman berzaman. Antara produk alam semulajadi yang diteroka sebagai salah satu sumber kecantikan ialah tanah liat hijau Sicily yang dikatakan kaya dengan tenaga aktif dari alam semulajadi.
Pernahkah anda mendengar tentang tanah liat hijau Sicily? Tanah liat istimewa ini ditemui 16 juta tahun lalu di mana ia kaya dengan khasiat mineral laut yang penting untuk kesihatan kulit.
Selain daripada sifat yang mudah menyerap, tanah liat ini juga memberikan kelembapan semulajadi kepada kulit di samping meningkatkan peredaran darah untuk proses pembaharuan kulit yang lebih baik dan sekaligus menjadikan kulit kelihatan muda secara semula jadi!
Argital, perintis dalam dunia penjagaan kulit organik yang berasaskan tanah liat botani yang tulen sejak 1979 kini membuka cawangan pertamanya di 1 Utama baru-baru ini. Produk yang berasal dari Itali ini memberi peluang pelanggan merasai sendiri keistimewaan produk semulajadi untuk kesihatan kulit.
Menariknya, Argital memaparkan rangkaian produk penjagaan kulit dan kesihatan organik untuk seisi keluarga yang diperakui di peringkat antarabangsa. Kini, rakyat Malaysia dapat mencuba sendiri keunikan mineral tulen Sicily yang mampu melambatkan proses penuaan dan meningkatkan keremajaan kulit.
Diasaskan oleh Dr. Giuseppe Ferraro, Argital mengandungi manfaat terapeutik tanah liat laut hijau untuk kecantikan dan kesihatan.
Dalam usaha untuk mendapatkan bahan-bahan yang terbaik dan tulen, produk Argital kebanyakannya diperoleh daripada kuari di sebuah pekan di selatan Sicily, Itali, yang mana bahan diambil dalam bentuk aktif dan diperkaya.
Seiring dengan itu, Tanah Liat Hijau Sicily Argital membantu mengekalkan keremajaan kulit. Produk Argital fokus terhadap penyelidikan bagi tanah liat hijau Sicily dan herba organik untuk kebaikan kulit dan kesejahteraan tubuh dan minda.
“Argital terhasil daripada kajian Antroposofi, yang menekankan kuasa alam dan manfaatnya kepada tubuh dan minda manusia. Kajian antroposofi yang digunakan dalam penghasilan produk Argital menjadikannya unik berbanding jenama organik yang lain.
Oleh itu, sudah tiba masanya untuk pengguna Malaysia mendapatkan produk yang berkualiti tinggi, organik dan 100% semula jadi dari pantai Sicily,” kata Sara Lee, Wakil Argital Malaysia.
Semua produk Argital terdiri daripada 100% bahan semula jadi dan herba organik melalui penghasilan produk yang tulen dan biodinamik. Rangkaian produk penjagaan kulit mengandungi bahan seperti tanah liat hijau terapeutik, ekstrak herba tumbuhan organik dan minyak pati emas.
Argiltubo, Produk No.1 Global Argital diperbuat daripada bahan-bahan yang sama, termasuklah Tanah Liat Hijau Sicily dan Minyak Pati Emas Argital serta herba organik.
Selain itu, reka bentuk tiub yang nipis dan kecil memudahkan pengguna membawa produk penjagaan kulit Sicily ini ke mana-mana sahaja pada bila-bila masa. Selari dengan prinsip jenama iaitu kesejahteraan tubuh dan minda, Argital juga membawakan rangkaian MIFIDO untuk kesejahteraan haiwan peliharaan, melalui penggunaan Tanah Liat Hijau Sicily dan herba organik yang sama. MIFIDO menawarkan rangkaian syampu, perapi dan semburan mulut untuk kesihatan haiwan kesayangan .