Sekalung tahniah diucapkan kepada Setiausaha Luar Britain, Liz Truss yang dipilih menjadi Perdana Menteri baharu United Kingdom (UK), umum Jawatankuasa Parti Konservatif 1922 pada Isnin. Wanita berumur 46 ini memperoleh 81,326 undi manakala pencabarnya Rishi Sunak sekadar mendapat 60,399 undi menurut pengerusi jawatankuasa itu, Sir Graham Brady.
(Foto oleh ADRIAN DENNIS/AFP via Getty Images)
Beliau akan menggantikan Boris Johnson sekali gus menjadi perdana menteri wanita ketiga UK selepas Margaret Thatcher dan Theresa May dalam tempoh 40 tahun, lapor Agensi Anadolu. Perdana Menteri Boris Johnson dipaksa untuk meletakkan jawatan kerana berhadapan banyak skandal semasa pandemik COVID-19. Lantas, Parti Konservatif kemudiannya terpaksa memilih pemimpin baharu. Jom kenali dengan lebih rapat siapakah gerangan wanita ini.
Ads
Graduan Oxford. Truss merupakan graduan Universiti Oxford Truss yang mengambil jurusan Falsafah, Politik dan Ekonomi.
Mary Elizabeth Truss dilahirkan di Oxford pada tahun 1975, dan dia dibesarkan di bahagian England yang secara tradisinya tidak mengundi Konservatif, sering berpindah randah antara Scotland dan utara England. Truss adalah anak kepada seorang profesor matematik dan ibunya pula seorang jururawat.
Ads
Truss terkenal dengan pandangan libertarian tentang ekonomi dan perdagangan. Truss mengasaskan Kumpulan Ahli Parlimen Konservatif Free Enterprise, kumpulan pasaran bebas ahli parlimen yang memperjuangkan ekonomi yang lebih keusahawanan dan lebih sedikit undang-undang pekerjaan.
Ads
Truss telah berkhidmat sebagai Setiausaha Luar sejak 2021 dan memegang jawatan Menteri untuk Wanita dan Persamaan sejak 2019. Pada tahun 2000, Truss berkahwin dengan akauntan Hugh O’Leary. Pasangan itu mempunyai dua anak perempuan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bintang Youtube, Maryam Younarae ‘Durian Kimchi’ berkongsi cara ‘mudah’ untuk wanita menutup aurat, tak perlu ambil masa lama, tiga minit dah siap! Sejak mengumumkan niatnya untuk bertudung, Maryam mendapat permintaan tinggi untuk membuat tutorial hijab.
Wanita yang berasal dari Korea Selatan, yang bertemu jodoh bersama Ryzal atau nama lengkapnya Nik Muhammad Rizal Nik Ibrahim ini pernah digelar sebagai selebriti media sosial dengan nama media sosialnya Durian Kimchi.
Penghijrahan Maryam mendapat pelbagai respond dari pengikut-pengikutnya di media sosial.
Meninjau akaun instagramnya Maryam You Narae ada berkongsi tutorial tudung ringkas hingga berjaya menarik perhatian ramai. Pernah dikencam ketika ‘on-off’ memakai hijab, sebagai seorang mualaf pastinya Maryam memerlukan masa untuk menjadi muslimah yang sempurna.
Melalui sebuah hantaran video yang dimuatnaik Maryam dilaman Instagram miliknya, ramai yang memuji. Cantik dan simple!
Tak melawak tak sah! Pasangan ini pastinya membuat ramai yang terusik dengan gurauan dan cara penyampaian Maryam untuk menerangkan cara dia memakai hijab hanya 3 saat dah siap.
“Hanya perlukan 3 saat untuk siap tudung begitu, pegang bucu tudung kanan dan kiri, yang bucu pendek macam Ryzal, yang bucu panjang macam Ryzal,” selorohnya di dalam video itu.
Perkongsian Maryam raih tanda suka daripada wargamaya, rata-ratanya terhibur sambil memberi tanda sokongan untuk dia terus kekal istiqomah.
“suko dengar Mariyam kecek..
You look fine Maryam. For a start you’re doing good. Slowly but surely.
Kak Maryam lucunya, insyaallah istiqamah 😍 #from Indonesian
Tak kurangnya kata-kata semangat sebagai seorang mualaf yang mahu belajar dan memberi inspirasi pada yang lain.
Cantik bertudung. Semoga Allah SWT permudahkan Maryam untuk terus istiqamah bertudung dan melakukan segala kebaikan. Aamiin ya rabbal’aalamiin. ❤️
Comelnya Maryam 😍 takpe Maryam slow2 berubah… Allah sentiasa permudahkan urusan mereka yang berusaha ke arah kebaikan. Semoga istiqomah ye. 😍😍
Mashaa Allah Maryam cantik. Semoga sentiasa dalam dakapan kasih sayang Allah
Diberi kepercayaan sebagai model mengayakan koleksi terbaharu jenama hijab tempatan, perubahan Maryam memberi kesan positif dan diterima ramai. Pada permulaannya dia hanya dilihat sebagai model tetapi fikiran ramai meleset kerana bintang media sosial ini benar-benar mencuba menjadi muslimah sejati.
Terdahulu pasangan media sosial ini Ryzal dan Maryam berkahwin pada 15 Ogos 2019 selepas setahun mengenali hati budi masing-masing di Korea Selatan. Pasangan suami isteri itu kemudiannya mengambil keputusan untuk pulang dan menetap di Malaysia dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Ryna.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Setiap wanita pastinya mengimpikan untuk memiliki sebuah keluarga yang bahagia dan sempurna. Namun, untuk memilikinya pasti ada pengorbanan.
Isteri kepada pengacara, pelawak dan penyampai radio terkenal Nabil Ahmad iaitu Zira Ayub dianggap bertuah kerana dikurniakan seorang suami yang bukan sekadar popular bahkan bertanggungjawab.
Ramai yang menganggap Nabil sebagai suami provider dan family man.
Terdahulu, Zira pernah bekerja sebagai pramugari di sebuah syarikat penerbangan sebelum mendirikan rumah tangga.
Zira atau nama sebenarnya Nazira Ayub pernah menjadi ‘flower pot’ atau model untuk salah sebuah syarikat penerbangan.
Pun begitu, kariernya sebagai pramugari hanya mampu bertahan selama tiga tahun sebelum mendirikan rumah tangga dengan Nabil.
Nabil pernah meluahkan kebimbangan dengan kariernya itu yang akan menyukarkan mereka berjumpa.
Disebabkan itulah Nabil sanggup memberi ‘gaji’ sama dengan pendapatannya sebagai pramugari apabila Zira berhenti kerja.
Kini, Zira bahagia bergelar suri rumah sepenuh masa. Selain menguruskan hal rumah tangga, Zira juga dapat melihat anak-anak membesar depan mata.
“Bonding saya dengan anak-anak lebih. Saya ada dengan anak-anak sepanjang masa. Hantar pergi sekolah lepas tu masak. So boleh jaga mereka twenty-four seven.”
Menurut Zira, memandangkan anak sulungnya iaitu Nayla Mikayla sudah mencecah usia 13 tahun maka hubungan mereka umpama sahabat baik.
“Kami dah jadi macam kawan, berborak pun benda-benda yang relevan. Contohnya cara pakai skincare dan kosmetik. Baju pun dah start kongsi.
“Lagi satu perkara paling penting ialah menjaga kebersihan. Bilik tidur, tandas dari situ kita tahu tahap kebersihan seseorang itu macam mana.”
Walaupun hidup pada zaman moden dengan kecanggihan teknologi dan pengaruh media sosial, Zira dan Nabil tetap memilih cara mendidik anak-anak macam ibu bapa dulu-dulu.
“Keutamaan adalah solat. Kami pentingkan family first. Sebelum buat apa-apa, tanya mak ayah dulu. Orang lain akan come and go tapi mak ayah akan sentiasa ada twenty-four seven.
“Pukul 10 malam dah kena tidur. Handphone tak boleh ada. Tak boleh guna setiap hari, hanya Sabtu dan Ahad saja. Anak-anak akan tanya dulu kalau nak guna handphone.
“Nak ke mana-mana pun kami akan hantar, tunggu dan ambil. Itulah cara kami. Saya dan Nabil masih lagi macam parent dulu-dulu.”
Untuk info, Nabil dan Zira bergelar suami isteri pada 30 September 2011. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata perempuan iaitu Naira Mikayla, Mishall Imani dan Leyla Medyna.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cerita mengenai anak kedua Khairy Jamaluddin dan Nori Abdullah yang menghidap autism bukan lagi rahsia. Baik Khairy mahupun isteri, kedua-duanya cukup terbuka dan enggan berselindung tentang keadaan sebenar anak istimewa mereka, Timor Abdullah Jamaluddin. Timor atau mesra dengan gelaran ‘Puma’ oleh Khairy… disahkan menghidap autism ketika dia baru mencecah usia tiga tahun.
Bertemu ibu berjiwa cekal ini dalam majlis pelancaran program Therapy Through Play (TTP) di gimnasium khas untuk kanak-kanak autism We Rock The Spectrum (WRTS) Damansara, Nori dengan nada tenang menjelaskan kehadiran Timor membuatkan mereka sekeluarga lebih matang menjalani kehidupan. Katanya, dugaan terbesar yang harus ditempuhi apabila dikurniakan anak autism ialah penerimaan.
“Macam-macam cabaran sebenarnya tapi yang paling utama ialah penerimaan. Penerimaan untuk kita faham keadaan dia, untuk kita tetap yakin yang dia juga mempunyai potensi dan untuk lebih memahami keadaan anak-anak kita. Itu antara first step. Timor didiagnosis autism secara rasmi ketika umur tiga tahun.
Jujurnya, ia bukan satu masalah besar kerana sebelum ini pun dalam keluarga kami dah ada anak istimewa. Jadi tak susah untuk faham dan terima bahawa Timor anak istimewa. Cuma sebagai ibu bapa kami perlu membuat sesuatu dan salah satu pendekatan yang kami ambil adalah melalui intervensi awal dan terapi.
Memang ambil masa sedikit untuk betul-betul faham dan terima hakikat bahawa inilah keadaan dia. Mungkin masalah yang dia alami ini akan berlanjutan sampai dia dewasa atau sampai bila-bila. Walau macam mana pun, kita kena ada rasa yakin yang dia mempunyai potensi diri.
Sebab itulah ibu bapa kena pentingkan terapi dan intervensi awal yang saya percaya mampu mengubah sikap dan pemikiran anak-anak ini ke arah lebih positif. Sebagai seorang ibu, saya mahu usahakan sebanyak mungkin untuk Timor juga anak-anak autism lain yang perlukan terapi,” ujar Nori yang merupakan anak perempuan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Jelas Nori lagi, keadaan akan jadi kritikal sekiranya kanak-kanak terlibat tidak diberi bantuan terapi atau rawatan selanjutnya. Sebagai contoh, mereka mungkin tidak dapat pergi ke sekolah atau tidak dapat melakukan aktiviti harian bersama adik-beradik atau ahli keluarga yang lain.
“Bila Timor meltdown, saya dan suami kena pastikan kami yang bersedia dulu. Kalau dia meltdown kami tak boleh terpengaruh sama. Tapi, iyalah kadang-kadang dia meltdown, kita pun boleh terikut sama. Sebaik-baiknya dalam keadaan dia dah terlalu sedih atau mengamuk atau dah tak tahan dengan rangsangan berlebihan ke… kita yang perlu tenang untuk beri dia masa tenteramkan diri dia sendiri atau dalam kata lain, meluahkan perasaan dia dalam keadaan yang selamat.
Jadi kalau dia jenis meronta atau susah nak duduk diam… tangan kaki bergerak-gerak, susah nak kawal, kita pastikan dia ada ruang yang selamat dan kita pun tak nak ada barang pecah dan sebagainya. Kita kena berikan dia masa. Ini bukan anak yang saja mengada-ngada nak mengamuk. Dia memang tak dapat nak mengawal dan perkembangan rangsangan dia kadang-kadang berlebihan.”
Yang pasti, autism melibatkan banyak jenis dan bukan tertumpu kepada satu masalah saja. Ada kanak-kanak yang boleh ditenangkan dengan muzik, gajet, alat mainan dan bermacam-macam lagi. Berbeza pula bagi Timor. Menurut Nori, salah satu cara untuk dia meredakan keadaan Timor adalah dengan memberikan anak kesayangannya itu segelas air.
“Kalau anak saya, saya akan berikan air. Ingatkan dia untuk minum, bagi dia slow down breathing supaya dia akan tenang. Bergantung kepada ibu bapa itu sendiri macam mana hendak menenangkan anak. Paling penting kita latih diri kita untuk tenang bila keadaan anak kita meltdown.”
Ditanya apa reaksi pertama beliau dan suami apabila anak mereka disahkan menghidap autism, Nori bagaimanapun mengakui terkejut dengan perkara tersebut. “Perasaan malu tu tak ada sebab dalam keluarga kami memang dah ada anak istimewa. Cuma terkejut sebab saya pasti mana-mana ibu bapa pun tak duga yang anak mereka akan ada kelainan.
Alhamdulillah, dari dulu sampai sekarang kami dalam ‘action mode’. Maksudnya, kami akan segera fikir apa langkah seterusnya, cari therapist, cari sekolah yang sesuai untuk Timor dan macam-macam lagi. Itu antara first mode kami.
Ibu bapa kena ambil masa juga untuk menerima dan betul-betul faham keadaan ini serta apa impaknya kepada keluarga. Impak ni macam-macam… dari segi emosi, rutin harian, termasuk juga kewangan. Macam saya sendiri, saya terapkan kepada anak-anak lain. Jibreil kini 13 tahun manakala Raif pula 5 tahun. Kedua-duanya pun saya terangkan keadaan sebenar Timor supaya mereka faham.
Saya selalu ingatkan mereka yang walau macam mana sekalipun dia tetap abang atau adik dan ahli keluarga kita. Kami suami isteri turut saling mengingatkan bahawa Timor tetap anak kami. Itu tak akan berubah dan seperti mana kami beri sokongan dan kasih sayang kepada Jibreil dan Raif, macam itu jugalah kami beri kepada Timor. Memang perlu tunjuk kesedaran itu bermula dengan keluarga kita sendiri.
Sejak kecil lagi Jibreil sudah didedahkan dengan keadaan adiknya dan kalau apa-apa berlaku, dia antara yang pertama yang akan pertahankan adik dia. Waktu mengandungkan Raif mula-mula dulu pun kami sekeluarga sudah mula buat persediaan untuk Timor melalui social stories. Kami sediakan social stories ini untuk Timor, agar dia lebih bersedia dan memahami sesuatu perkara melalui gambar dan teks yang mudah. Jadi kami terangkan yang dia bakal ada adik dan tidak terkejut.
Bagi anak-anak autism, mereka agak susah untuk terima pengalaman baru atau perkara yang di luar daripada rutin harian mereka. Sebab itu kami cuba sampaikan perkara baru kepada Timor melalui social stories memandangkan dia boleh membaca.
Mungkin bagi kanak-kanak yang tak mampu membaca lagi, kita boleh bagi visual saja. Tidak kisahlah melalui telefon ke, iPad atau apa-apa pun. Ikut kreativiti ibu bapa itu sendiri. Ini adalah antara tip yang boleh dipraktikkan kepada anak-anak autism yang masih kurang faham tentang apa yang berlaku di sekeliling mereka,” telus Nori yang tidak pernah lelah mengasuh Timor berusia 12 tahun.
Nori dan Khairy mendirikan rumah tangga sejak tahun 2001 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Jibreil Ali, Timor Abdullah dan Raif Leo Averroes.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zizi Kirana Sambut Ramadan di Syria apabila penyanyi itu menyertai misi bantuan kemanusiaan menyampaikan makanan, kit ibadah dan bantuan kepada keluarga serta kanak-kanak yang berpuasa di kawasan perang.