Waspada Kekurangan Hormon TIROID Ketika Hamil, Ibu & Kandungan Berdepan Komplikasi Berbahaya Termasuk KEGUGURAN!

Sebaik mendapat pengesahan kehamilan, kebanyakan ibu mengandung mahupun suami amat berhati-hati dalam soal pemakanan. Demi memastikan bayi memperoleh keperluan lengkap, pengambilan makanan yang kaya dengan gizi menjadi santapan ibu setiap hari.

Namun, tahukah anda tahap kesihatan kelenjar tiroid ibu hamil juga harus diberi perhatian kerana mampu mempengaruhi tumbesaran dan perkembangan otak bayi? Terletak di pangkal leher, kelenjar berbentuk seakan rama-rama ini mempunyai pelbagai fungsi penting buat wanita sepanjang usia kehamilan.

Komplikasi ketika dan selepas kelahiran bayi

Apabila bekalan hormon ini tidak mencukupi dalam darah, ia boleh menjejaskan fungsi tubuh dan menunjukkan simptom keletihan, kenaikan berat badan, sembelit dan sensitif pada kesejukan berbanding orang lain.

Akibatnya, bayi akan mengalami masalah pembelajaran ketika membesar dan masalah perkembangan lain.

Siapa yang berisiko?

  • Perempuan
  • Faktor genetik
  • Menghidap sakit pituitari atau endokrin lain
  • Melebihi usia 60 tahun
  • Merokok

Kesan kepada ibu & kandungan

  • Boleh menyebabkan kelahiran pramatang
  • Komplikasi serius yang dikenali sebagai pra-eklampsia
  • Bayi tidak cukup bulan
  • Kematian ketika bayi dilahirkan

Sesetengah wanita mempunyai kelenjar tiroid yang berfungsi dengan normal mungkin akan mengalami tiroiditis selepas bersalin (PPT) dalam masa setahun selepas bersalin. Menurut Prof Nor Azmi Kamaruddin, PPT merujuk kepada keradangan pada kelenjar tiroid.

Malangnya, ia sukar dikenal pasti kerana kemurungan yang disebabkannya sering dianggap akibat daripada tekanan menjaga bayi baru lahir dan penyakit ‘postpartum mood’. Wanita dengan PPT yang tidak dirawat menghadapi risiko lebih tinggi untuk mendapat hipotiroidisme kekal dalam tempoh 5 hingga 10 tahun seterusnya.

IKLAN
Share