‘Welcome Back!’ JIHAN MUSE Kembali Mengacara & Wajah Cantiknya Jadi Bualan!

Ada aura tersendiri! Berehat seketika daripada aktiviti seni dan mengacara selepas melahirkan anak kedua, kemunculan sulung Jihan Muse di pentas anugerah muzik berprestij malam tadi nyata mengubat kerinduan peminat.

Masih ‘berbisa’ seperti sebelum ini, penampilan Jihan dalam busana indah merah jambu rekaan Rizman Ruzaini kelihatan cukup cantik mempersona.

Malah solekan magis daripada makeup artist

popular, Bee Ramza juga berjaya menaikkan seri wajah isteri Ungku Hariz ini. Sampai ada yang berpandangan wajah Jihan semalam persis Mira Filzah!
Kredit Instagram @ramzamode
Kredit Instagram @rizmanruzaini
Kredit Instagram @rizmanruzaini

Sarat dengan sense of humor dan gaya penyampaian tersendiri, pengacaraan Jihan bersama rakan gandingan Sherry Alhadad berjaya memeriahkan suasana.

Meniti usia 40 tahun, Jihan yang mula mencipta nama dalam program lawak kian meningkat popular sebagai pengacara dan pelakon. Bakat pengacaraannya mula terserlah selepas dia diberi kepercayaan mengendalikan program hiburan terkenal, Gegar Vaganza selama lapan musim berturut-turut.

Kredit Instagram @tv3malaysia
Kredit Instagram @tv3malaysia
Kredit Instagram @tv3malaysia
Kredit Instagram @tv3malaysia

Dia yang sebelum ini sinonim bergandingan bersama pengacara popular, Nabil Ahmad selamat menimang cahaya mata kedua pada 6 September 2022 di sebuah pusat perubatan di Shah Alam, Selangor.

Jihan atau nama sebenarnya Nur Jihan Musa mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Ungku Hariz Faizal pada 20 Mac 2016.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Ungku Harsalan Haq kini berusia lima tahun dan Ungku Altamis Barr.

IKLAN
Share