Setiap wanita pastinya menantikan lamaran daripada sang kekasih untuk menjadikannya sebagai satu peristiwa yang begitu penting dalam hidup. Apatah lagi jika dilamar dengan penuh romantis. Pastinya momen indah itu sukar untuk dilupakan.
Baru-baru ni, tular di media sosial video seorang lelaki yang juga merupakan fitness youtuber terkenal dari New Zealand, Josef Rakich melamar kekasih hatinya Mimi untuk hidup bersama selamanya.
Bukan setakat lamaran biasa-biasa saja ya. Selain dilamar dengan cincin berlian mewah yang ditempah khas, Mimi juga turut mendapat kejutan hadiah sebuah kereta Range Rover pink yang tertulis perkataan “Will You Marry Me?”
Ads
Menurut Josef di laman youtubenya itu, pink merupakan warna kesukaan Mimi dan sebenarnya dia amat benci dengan kejutan.
Ads
Ads
“Kereta kegemaran Mimi merupakan Range Rover dan warna kegemarannya ialah pink. Jadi, saya dapatkan dia sebuah kereta Range Rover berwarna pink khas untuknya walaupun sebenarnya dia sangat benci akan kejutan.”
Tapi, kalau dah dapat kejutan yang serba mewah macam ni siapa yang tak suka, bukan? Josef turut menyewa keseluruhan kawasan Eden Park Stadium hanya untuk merealisasikan kejutan lamaran tersebut. Mana yang tak tahu, Eden Park Stadium merupakan stadium yang paling besar di New Zealand!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam tiga orang adik-beradik, Mira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badieozaman ialah anak yang paling rapat dengan ibu dan ayah tersayang. Membahasakan ibunya dengan panggilan ‘Mak’, Mira satu-satunya anak yang enggan memasuki sekolah asrama seperti kakak dan adiknya.
“Boleh kata Mira paling rapat berbanding tiga adik-beradik lain. Macam kakak dan adik Mira, selepas darjah 6 mereka dah masuk boarding school. Mira ni jenis tak nak masuk boarding school... nak duduk dekat rumah je. So Mira the only one yang paling lama dan bersama dengan mak dan abah di rumah.
Hampir setiap masa ada dekat rumah dan hampir setiap masa jugalah muka ni yang mereka hadap. Kalau mereka nak bebel ke marah ke, muka inilah juga sebab adik-beradik lain tak ada dan jauh.”
Ditanya sejauh mana hubungan Mira bersama ibu tersayang, aktres yang makin dikenali ramai ini mengakui dia cukup akrab dengan keluarga. Terutamanya mak! “Mira dan mak very direct. Kalau rasa nak tanya apa pun Mira akan tanya sebab Mak very open… very transparent. Tak ada benda yang Mira tak tahu dan tak ada benda yang mak tak tahu pasal Mira. Even mak pun ada bercerita tentang dirinya waktu muda-muda.”
Tambahnya lagi, meskipun pada awal pembabitan Mira dalam industri seni kurang disenangi keluarga namun melihat minat dan kesungguhan duta Ariani ini untuk melakar kejayaan membanggakan, mereka akhirnya merestui perjalanan Mira Filzah. “Pada awalnya memang agak ini tak boleh… itu tak boleh. Tapi as time goes by, dia mula memahami. Iyalah, benda-benda biasa yang kita tak boleh nak elak bila dah bergelar anak seni. Tapi satu je dia pesan dan ingat sampai sekarang iaitu jangan sampai lalai ataupun lupa diri.”
Tatkala menyentuh soal kahwin, jelitawan berusia 26 tahun ini tersenyum dan membuka bicara. “Ada satu cerita. Adik Mira, mak bagi lepas kahwin dulu (sebelum Mira). Dia cakap, ‘Angah last lah… bagi Aina (adik) lepas dulu. Angah last ok, angah kerja dulu.’ Itu pesanan dia. Kadang-kadang Mira rasa macam, “Hmmm… tak nak lepas lagi lah tu.”
Mana tidaknya, Mira kan anak paling rapat. Mungkin ibunya masih rasa ‘berat’ hendak melepaskan anak untuk berkahwin. InshaAllah, bila sudah tiba masa pasti ibu Mira sendiri yang mahu urusan perkahwinan Mira disegerakan. Bila ditanya sanggupkah dia menjaga ibu selepas mendirikan rumah tangga kelak, Mira lantas mengangguk kepala tanda dia sanggup buat apa saja demi insan yang melahirkan.
“Walaupun syurga di bawah tapak kaki suami lepas kahwin, tapi ibu tetap kita kena jaga… kena sayang. Ibu kita sendiri, itu masih tanggungjawab kita. Kita sebagai anak perempuan lagilah kita patut rasa lebih dekat dengan ibu.”
Kagum dengan kasih sayang Mira terhadap keluarga lebih-lebih lagi ibu tersayang. Walau kerjaya seni kini berada di puncak, dia tetap berpegang teguh dengan nasihat kedua orang tuanya dan kekal merendah diri. Semoga kejayaan Mira menjadi penyuntik semangat kepada wanita di luar sana dan terus mempamer imej yang baik kepada masyarakat.
Kredit foto: Instagram Mira Filzah
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mereka sepatutnya disatukan Sabtu ini namun takdir Ilahi, Muhammad Adib Mohd Kassim yang merupakan anggota bomba dan tunang kepada Nurul Najihah Mohd Radzi akhirnya menghembuskan nafas terakhir pukul 9.41 malam tadi selepas 21 hari bertarung nyawa di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.
Dalam temu ramah singkat Nona bersama kakak kepada Nurul Najihah, wanita berusia 27 tahun ini yang dikenali sebagai Najwa sempat berkongsi sifat peribadi arwah meskipun hanya berpeluang mengenali Muhammad Adib hampir setahun yang lalu.
“Saya ni jarang sikit jumpa dia. Yang saya tahu arwah ni dia pendiam.. dia pemalu. Saya pun lebih banyak bercakap dengan Najihah je kalau ada apa-apa. Last jumpa dengan arwah Adib ni pun masa dia balik kampung hari tu.”
Memandangkan tarikh perkahwinan Muhammad Adib dan Nurul Najihah dijangka berlangsung empat hari lagi iaitu pada 22 Disember ini.. jawapan Najwa tentang persiapan kahwin adiknya itu nyata menyentuh perasaan.
“Ikutkan saya dah nak balik Alor Setar hari ini untuk bawa barang persiapan balik ke Kedah. Dah jadi macam ni, terpaksa batalkan. Misalnya nak bawa balik barang-barang hantaran sebab nak sediakan dekat sana saja.
Tak tahu lagi berapa dulang hantaran sebab kami semua tunggu Najihah pulang untuk bincang apa yang patut buat dan sebagainya. Kiranya, semua tunggu keputusan dari Najihah.”
Tatkala ditanya sikap Najihah sepanjang Muhammad Adib berada di IJN, Najwa menjelaskan pada mulanya adiknya itu agak sukar menerima berita tersebut. “Najihah memang nampak sedih tapi lama-kelamaan tu semakin ok sebab saya tahu perangai Najihah, dia kuat orangnya.
Najihah banyak berkongsi dan cakap dengan ayah pasal arwah Adib ni. Dia banyak luahkan dekat ayah berbanding dengan saya. Masa Adib masuk IJN cuma ayah, ibu dan Najihah je ada di sana. Ayah minta kami bagi sokongan dekat adik Najihah.
Memang ada perasan marah, sedih.. tapi dah jadi macam ni, saya harap adik Najihah tabah. Nak buat macam mana, dah dugaan macam ni kan. Alhamdulillah, keluarga semua ok. Ni pun kami tengah tunggu Najihah sebab tak jumpa dengan dia lagi,” kongsi Najwa sebelum mengakhiri perbualan.
Dalam kejadian yang berlaku pada 26 November lepas, Allahyarham Muhammad Adib yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya cedera parah dipercayai dipukul sekumpulan perusuh di hadapan kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya.
Ahad lepas, IJN turut memaklumkan kesihatan Muhammad Adib kian merosot selepas mendapati tisu-tisu pada paru-paru menunjukkan tanda ia semakin mengeras dan fungsi renal juga tiada penambahbaikan.
Moga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan buat Najihah, semoga anda kuat menerima ketentuan takdir dari-Nya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam menangani pandemik COVID-19, nampaknya bukan netizen Malaysia saja yang memuja kredibiliti Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah. Figura yang diangkat sebagai Our National Hero itu juga kini tersenarai sebagai tiga doktor terbaik dan diyakini dunia atas ketangkasan beliau menangani krisis wabak di negara ini.
Memetik kata-katanya:
It is not about me. What is important at the moment is what we can do together as one for (the nation to break the chain of the) COVID-19 (transmission).
Dr. Noor Hisham pernah berkali-kali menyatakan bahawa bukan gelaran atau sanjungan yang dicari. Beliau sebaliknya menekankan misi utama Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu membendung penularan Coronavirus dengan secepat dan sebaik mungkin.
Pengiktirafan tiga doktor terbaik dunia ini diberikan oleh sebuah stesen televisyen China, Global TV Network yang turut menyenaraikan Dr. Anthony Fauci dari Amerika Syarikat dan Dr. Ashley Bloomfield dari New Zealand.
Ketiga-tiga mereka menerima pujian masyarakat sejak beberapa minggu ini kerana menjadi sumber maklumat paling dipercayai dan berjaya menenangkan orang ramai di negara masing-masing ketika panik melanda akibat penularan wabak berkenaan.
Tenang Tapi Tangkas
Nona juga pernah menyiarkan pelbagai jasa serta sumbangan Dr. Noor Hisham sebagai salah seorang frontliners kerajaan. Baca artikel tentang beliau di sini.
Dr. Noor Hisham, 56 tahun, yang memegang jawatan Ketua Pengarah sejak 2013, dilabel sebagai individu paling dipercayai oleh rakyat Malaysia kerana kekerapannya mengemas kini situasi semasa berkenaan COVID-19 di platform media sosial.
Dr. Fauci dan Dr. Bloomfield juga disifatkan sebagai individu berpengaruh di negara masing-masing apabila secara konsisten mengemas kini maklumat terbaharu, selain sering dilihat bertugas dalam tempoh masa yang lama.
Sumber: Astro Awani
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!