Memang puas hati kalau kita berjaya menurunkan berat badan. Rasa bangga sebab kalau dulu pakai baju saiz L kini dah bertukar jadi saiz S. Bila dah berjaya kita mula lupa ‘daratan’ dan makan tak iku peraturan lagi. Lama-lama baju saiz S tu pun dah mula ketat. Mengapa terjadi perkara sebegini?
Yatie Sendayu Tinggi ada berkongsi tentang mengapa situasi ini berlaku. Anak kepada Bonda Rozita ini ada mencoretkan di laman media sosialnya tentang ini. Kongsinya;
1. Pemakanan tak seimbang lepas dah berjaya kurus. Ia mewujudkan kesan yo-yo (kejap gemuk, kejap kurus). Ingat orang kurus tak semestinya sihat. Ia berlaku sebab ketidakseimbangan makanan yang diambil setiap hari. Diet ekstrem bukan sahaja menjadikan badan malnutrition tetapi merosakkan organ dalaman tubuh. Sebagai manusia normal, kita tetap memerlukan karbo (nasi, mi, pasta dan lain-lain) dalam hidup. Tapi haruslah dalam kadar minimum.
Ads
2. Peningkatan umur adalah faktor utama kenapa selepas beberapa tahun berat bertambah. Ia disebabkan faktor hormon yang menurun. Pengambilan suplemen sangat membantu untuk stabilkan hormon. Ingat, hormon bukan sahaja membantu untuk kurus tetapi sihat dan awet muda. Wanita yang memiliki paras estrogen dan progesterone yang tinggi cenderung mudah kurus.
Ads
3. Tidak bersenam langsung adalah penyumbang kepada kenaikan berat badan. Bila makin berumur, kadar metabolisme akan menurun. Ia menyebabkan lemak lambat terbakar. Bersenam bukan sahaja meningkatkan kadar metabolisme badan tetapi menguatkan tulang bagi mengelakkan osteoporosis.
Ads
4. Stres. Ya betul, mereka yang stres akan meningkatkan hormon cortisol. Ia menyumbang kepada kenaikan berat badan. Ingat, suplemen yang diambil untuk kurangkan berat badan hanya berperanan 60 peratus sahaja bagi mempercepatkan proses untuk kurus. Selepbihnya adalah efforts you all dan izin Allah SWT.
5. Membuang toksin dalam badan. Toksin berlebihan bukan sahaja menyumbang kepada masalah berat badan tetapi meningkatkan kesihatan tubuh secara menyeluruh.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sekitar dua tahun lalu, kisah adik Nur Syifa Zara, 4 tahun, yang menderita penyakit Aplastic Anaemia (berkait sumsum tulang) ini pernah mencuit perhatian ramai. Artikel “Umi, Tolong Peluk Zara, Zara Sakit!” (baca di sini) sesungguhnya membuatkan netizen sebak dan menitiskan air mata.
Kini derita Zara tiba ke penghujung. Gadis comel itu akhirnya menghembuskan nafas yang terakhir pada malam Jumaat, akibat jangkitan kuman di paru-paru kecilnya. Jenazah Zara telah pun selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Kota Damansara.
Luahan ibu angkat Zara, Puan Saneha, yang telah reda dengan pemergian anak syurga itu sekali lagi membuatkan air mata ibu-ibu lain jatuh bercucuran. Dalam sedih yang membungkam, kekuatan hatinya menerima dugaan terhebat ini menjadi inspirasi buat ramai wanita.
“2 hari sebelum pergi, dia minta saya bersihkan badan dia. Bersihkan semua sisa getah pelekat di kulitnya. Sambil tu dia merungut, memegang dada yang berbekas parut luka pembedahan.
Macam mana Ara nak pegi ni, dah rosak semua dah. Dah tak cantik dah.
Bapak Ara jawab, Ara kat sana akan tetap cantik… Semua bekas ni akan hilang, sayang.
Bila dengar pujukan tu, barulah dia tersenyum. Ya Allah, manisnya senyuman Ara, muka berseri-seri dengan bau badannya yang wangi.Kami tahu ‘waktu’ tu makin dekat. Lebih sebak lagi bila dia cakap…
Ara pegi nanti Umi jangan nangis ya. Kalau Umi nangis, macam mana Ara nak pegi? Umi jangan risau tau, kat sana Ara ramai kawan-kawan. Ara dah nak pegi ni Umi.
Itulah kata-katanya setiap hari. Bila duduk diam-diam, ayat ni pasti keluar.
Seminggu sebelum pergi, dia dah cakap dia akan balik. Ara cakap kat Umi, Umi jangan sedih, jangan nangis. Nanti dah tak payah datang hospital lagi. Tak payah jumpa nurse lagi. Tak payah naik Grab lagi. Sebab Ara nak pegi dah.
Selepas pemergian Ara, patung arnab inilah jadi pengubat rindu adiknya. Itulah bantal busuk arwah masa hayatnya ada. Dia tak pernah tinggalkan arnab tu, dari sejak baby sampai ke besar… tak pernah berpisah. Sekali berpisah untuk selamanya.
Malam terakhir Ara dalam dakapan Umi. Dia minta Umi selawat sampai pagi. Lena dia tidur. Hilang sakit katanya bila Umi berselawat.
Hati ini Tuhan saja yang tahu.
Selama 40 hari saya menangis.
Selama 40 hari saya berendam air mata.
Selama 40 hari saya cuba reda dan rela.
Selama 40 hari kami tak pernah berenggang jauh.
Sampai suami berhenti kerja demi nak menghabiskan masa dengannya hingga ke hembusan nafas yang terakhir. Tiap saat amat berharga buat kami.
Ara ada bagi tahu, hari Jumaat hari raya dia. Dan Umi buatlah kenduri hari tu.
Ya, memang hari Jumaat tu hari raya Ara. Dia dikebumikan pada hari Jumaat. Dan memang hari tu kami buat kenduri untuknya.
TANDA-TANDA PEMERGIAN
Ramai yang tanya kenapa saya terlalu kuat. Sampaikan tiada air mata saat memandikan Ara atau waktu uruskan semuanya. Sebenarnya saya tak kuat tapi saya dah lama bersedia dan reda seawal 40 hari terakhir arwah lagi. Saya masih ingat kenangan berbual dengan arwah 10 hari sebelum pemergiannya.
Ara: Umi dah solat?
Umi: Dah sayang.
Ara: Umi bukak langsir tingkap. Ada abang hijau kat situ Ara nak tengok.
Umi: (Buka langsir. Waktu ni Umi faham maksud Ara, sudah 3 hari berturut-turut selepas Asar dia nampak orang yang sama)
Ara: Umi, Ara nak pegi ni. Umi tak boleh ikut ye, Umi duduk rumah jaga adik. Abah pun duduk rumah jaga adik. Ara pegi sorang-sorang. Umi jangan risau sana ramai kawan Ara.
Lidah saya kelu. Jiwa saya kosong. Saya cuba ukirkan senyuman dan sorokkan air mata. Hanya hati saja berkata-kata…
Sayang anakku, pergilah sayang. Umi tak halang. Dah lama anak Umi bertahan, dah lama anak Umi jadi kuat. Kali ni Umi yakin kat sana anak Umi akan bahagia.
Hari ketujuh sebelum Ara menghembuskan nafas terakhirnya, setiap senja selepas Asar dia akan minta saya bukakan langsir tingkap supaya abang putih boleh datang melawat dia. Begitu juga setiap malam sekitar pukul 2.00 pagi, dia akan kejut Umi dan cerita tentang taman-taman yang dia pergi dengan kawan-kawan.
Taman salji.
Taman bola.
Taman penuh permainan.
Cerita bermacam-macam taman sampailah ke malam terakhirnya.
CATATAN UMI BUAT ZARA
Sayang,
Pergimu membawa seluruh hati ini,
Setiap kenangan akan kekal di sini,
Setiap kisah akan tercatat indah,
Kaulah bidadari yang paling sempurna.
Terima kasih Ya Allah,
Kau berikan aku peluang menjaga bidadari-Mu,
Memilih kami untuk menjaga amanah-Mu,
Walau dalam ujian itu,
Tetap Kau beri ku kekuatan,
Mengharunginya dengan ketabahan.
Duhai bidadariku,
Damailah di sana sayang,
Cari tangan Umi, tariklah…
Ke taman indahmu sayang,
Taman yang kau selalu cerita pada Umi.
Al-Fatihah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap manusia berbeza-beza. Ada yang suka menjadi ketua dan ada yang lebih selesa mengikut arahan ketua. Tetapi andainya anda bercita-cita untuk memimpin dalam sesebuah organisasi, persiapkan diri dengan 10 ciri ini kerana ia sangat berguna untuk pastikan anda tidak ‘dibenci’ kakitangan.
BERTANGGUNGJAWAB
Baik pemimpin atau kakitangan biasa, tanggungjawab perlu digalas dengan baik. Apabila bergelar bos, anda bertanggungjawab di atas kejayaan dan kegagakan sesuatu projek yang dikendalikan. Anda tidak boleh menuding jari kepada orang lain dan perlu mengakui kesilapan dilakukan sekiranya ia gagal. Dan, hargailah kakitangan sekiranya anda mencapai kejayaan.
JANGAN HANYA PANDAI BERKATA-KATA
Pasti anda pernah bergandingan dengan orang yang hanya pandai berkata-kata tetapi tidak melaksanakan tugas dengan baik. Apa perasaan anda? Jadi, cuba untuk menjadi ketua yang cepat bertindak dengan perancangan yang telah dibentangkan.
Lebih baik jika setiap idea itu ditulis dalam diari atau buku nota supaya anda tahu di mana untuk bermula dan apa yang perlu dilakukan. Jika tidak, idea itu hanya berlegar di minda tanpa ada tindakan. Akhirnya, anda tentu akan menyalahkan kakitangan kerana tidak peka dengan idea anda!
JADI OPPORTUNIST
Peluang sentiasa ada di mana-mana. Sebagai ketua, anda cuma perlu peka dan mengambil peluang yang sudah tersedia. Walaupun ia datang dalam keadaan yang tidak disangka-sangka, anda perlu berfikiran terbuka dan sentiasa positif untuk melihat peluang dengan lebih jelas. Jangan asyik menolak idea dari kakitangan kerana idea mereka juga boleh dikembangkan dengan lebih baik.
CABAR DIRI
Jangan takut mengambil risiko. Anda terlau bimbang akan kegagalan sehingga anda sentiasa ‘play safe’. Akhirnya, idea anda terlalu mendatar sehingga anda sendiri tidak menyedarinya. Pendek kata, anda hanya ‘syok sendiri’!
BERSIKAP TERBUKA
Sentiasa bersikap terbuka terhadap kritikan. Cuba terima kritikan walupun ia datang dari kakitangan. Mereka juga mempunyai alasan sendiri untuk menyampaikan komen. Apabila anda terbuka untuk menerima kritikan dan komen, sedikit sebanyak kamu boleh menambah idea dan mendengar second opinion.
TUNJUKKAN KOMITMEN PERIBADI
Anda hanya ada dua cara untuk maju dan berjaya menjadi pemimpin; grow yourself and grow your team. Apabila anda memperbaiki diri sendiri dan team, kecekapan sebagai pemimpin semakin bertambah baik.
JADI ROLE-MODEL
Jangan terlalu berbangga dengan hanya penampilan. Sebagai pemimpin, anda tidak boleh dress to impress tetapi dress to influence. Anda perlu konsisten dengan jenama yang anda bawa. Pilih role-model yang terbaik supaya anda juga boleh menggerakkan diri untuk menjadi sepertinya.
DIRI SEBAGAI TAULADAN
Jangan hanya pandai menyuruh kakitangan atau team anda untuk berubah menjadi baik sedangkan anda masih dengan perangai tak senonoh. Tidak adil bersikap hipokrit kepada kakitangan. Menjadi seorang pemimpin tidak menjanjikan anda pas percuma untuk menikmati jawatan dan naluri. Bagaimana anda melayan kakitangan akan memberi refleks bagaimana mereka melayan anda.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Umum sedia maklum, aktres cantik Rita Rudaini yang masih ligat berlakon dan juga merupakan ibu kepada Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna merupakan antara figura yang begitu cekal membesarkan anak-anak tanpa sosok suami di sisi hingga dikagumi ramai.
10 tahun bergelar ibu tunggal, berkat didikan Rita, anak-anaknya dilihat berjaya dalam bidang akademik sekaligus hal-hal berkaitan didikan agama. Malah, Rita tidak menjadikan perceraian penghalang untuknya meneruskan kehidupan bersama anak-anak tersayang.
Merupakan seorang yang tegas, bekas pramugari dan finalis Dewi Remaja 1998/1999 itu tekad mahu menjadikan anak-anaknya seorang insan berguna yang lebih baik daripada dirinya. Memetik kata-kata Rita di Instagram sebelum ini…
“Bukan ibu yang sempurna. Saya pernah remaja, saya pernah leka. Semuanya saya ceritakan pada anak-anak supaya jadi panduan untuk mereka.
Saya asuh mereka dari kecik sebab saya nak mereka jadi lebih baik dari saya. Saya tegas kerana saya taknak mereka rasa rugi di hari tua andai umur panjang.
Bukan saja comel dan segak, kedua-dua putera Rita Rudaini juga dibesarkan dengan ilmu dunia akhirat yang secukupnya. Nampak berkesan betul didikan ibu mereka, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna membesar dengan sihat dan mendengar kata.
Didoakan semoga Rita Rudaini terus tabah dan kuat menjalani kehidupannya sebagai seorang ibu tunggal terbaik dan menjadi inspirasi kepada ramai wanita lain.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Idy Chan kembali mencuri perhatian pada usia 66 tahun apabila penampilannya yang anggun dan awet muda tular di media sosial. Ketahui kisah pelakon ikonik Bibi Lung yang memilih kehidupan sederhana selepas bersara.