Diam tak diam, Dato’ Rizalman Ibrahim sudahpun melangkah ke usia 49 tahun. Dari seorang pereka fesyen kini Dato’ Rizalman beralih ke dunia yang lebih bersifat Islamik. Selepas dilantik menjadi salah seorang Ahli Lembaga Pengarah UiTM, Dato’ Rizalman merasmikan Yayasan RI dan Pusat Pengajian Al-Quran Al-Qari pula, sebuah yayasan dan pusat pengajian al-Quran milik beliau sendiri.
Bersempena sambutan Maulidur Rasul, Dato’ Rizalman sendiri menzahirkan rasa gembira kerana sehari sebelum Maulidur Rasul adalah hari lahirnya yang ke 49. Kata orang, itulah keberkatan yang Allah berikan kepada sesuatu niat yang sangat murni.
Hampir satu jam ‘majlis’ perasmian Yayasan RI secara live di Instagram dan hampir ratusan ribu viewer memberi respon positif. Dalam live tersebut Dato’ Rizalman juga menjelaskan secara terperinci mengapa Yayasan RI ditubuhkan.
Ads
“Matlamat utama penubuhan Yayasan RI adalah untuk membentuk, mendidik,mendorong, memupuk dan memperkasakan idealogi masyarakat islam moden dengan menyediakan landasan untuk menyebarkan kemuliaan ilmu dan pengetahuan al-Quran kepada umum.
Ads
Kami memilih Johor sebagai lokasi pertama penubuhan pusat pengajian al-Quran Al-Qari adalah kerana pasangan suami isteri iaitu ustaz dan ustazah yang akan menguruskan pusat ini adalah dari Johor. Di saat mereka berhadapan masalah ketika PKP dahulu, saya merasakan inilah yang termampu kami lakukan untuk membantu bukan sahaja pasangan ini tetapi pelajar yang ingin belajar al-Quran,”katanya.
Ads
Menurut Dato’ Rizalman lagi, hasil daripada pembelian produk keluaran beliau turut disalurkan ke Yayasan RI.
“Saya juga mahu pembelian anda terhadap jualan kami turut mendapat manfaat serta pahala berpanjangan. Selain saya, Faizul dan anak-anak mendapat pahala berpanjangan, anda semua juga mendapat pahalanya sampai bila-bila,”katanya.
Kredit foto: Instagram Dato’ Rizalman Ibrahim
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramadan bukan sekadar menahan diri daripada lapar dan dahaga. Hidup berjalan seperti biasa walaupun kita berpuasa.
Maka, penting untuk kekal cergas dan sihat sepanjang bulan Ramadan agar kita dapat fokus ketika bekerja di siang hari termasuklaah semasa beribadah.
Pegawai Perubatan Hospital Kuala Lumpur, Dr Ahmad Samhan Awang baru-baru ini ada berkongsi satu video ringkas berinformasi di Instagramnya.
Beliau menyarankan tujuh cara mudah bagaimana untuk kekal sihat sepanjang Ramadan.
3. Makanlah seadanya.Semasa berbuka, ambil makanan yang ringan seperti salad buah, jus buah, kurma, atau air putih. Selang beberapa jam kemudian, barulah makan makanan yang lebih berat.
4. Elak makanan berminyakdan segala bentuk makanan yang digoreng dengan minyak yang berlebihan.
5. Kurangkan makanan dan minuman manisbagi mengelakkan kenaikan berat badan. Bagi memastikan tubuh kekal sihat sepanjang Ramadan, kalori yang dikeluarkan harus lebih banyak daripada kalori yang masuk.
6. Bersenam 30 minit sehari.Boleh lakukan senaman dengan intensiti ringan hingga sederhana selepas berbuka puasa. Lakukan senaman selama 30 minit dengan berjalan kaki, berbasikal, berlari anak ataupun senaman lain yang sesuai dengan keadaan tubuh anda.
7. Pastikan tidur cukup.Jika perlu bangun pagi untuk menyiapkan makan sahur, cuba sediakan pada malam hari. Usahakan untuk tidur lebih awal contohnya selepas solat tarawih. Kurang tidur akan menjejaskan prestasi otak sehingga menghalang aktiviti anda yang lain.
Kredit Foto: Instagram Dr Samhan
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang dihttps://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pasangan sensasi, David dan Victoria Beckham baru sahaja meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-23 tahun pada 4 Julai 2022 lalu. Mereka bergelar suami isteri pada tahun 1999 di Luttrellstown Castle, Ireland.
Sempena mengenang momen bahagia mereka, Victoria dan David memuat naik gambar yang berbeza di akaun Instagram masing-masing. Menjengah di Instagram Victoria, bekas ahli kumpulan Spice Girls ini berkongsi satu gambar dirinya dan suami yang sedang tertawa dengan kapsyen:
“Mereka kata dia tak kelakar, mereka kata saya tak pernah senyum, mereka kata ini tak akan bertahan lama. Hari ini kami meraikan ulangtahun perkahwinan yang ke-23 tahun. David kau lah segalanya, I love you so much!!!”
Berusia 48 tahun, Victoria yang merupakan ibu kepada 4 orang anak ini seolah-olah berkias kepada pihak yang sering beranggapan dirinya seorang wanita yang terlalu serius dan jarang tersenyum.
Berbeza pula dengan suaminya, David yang berkongsi satu video ‘throwback’ di mana mereka pernah ditemu bual dalam satu pogram TV. Ketika itu mereka masih di awal percintaan dan masih muda. Dalam video tersebut mereka menceritakan bagaimana detik-detik perkenalan sehinggalah saling jatuh cinta.
Waktu itu Victoria sedang diambang populariti bersama kumpulan Spice Girls manakala David merupakan bintang bola sepak tersohor dunia, Manchester United.
Turut dikongsi oleh David ialah beberapa gambar lama dan baru bersama isteri tersayang di Instagram Story. Ianya memaparkan momen-momen mereka menghabiskan masa bersama termasuklah detik makan malam romantik di hadapan Menara Eiffel, Paris.
Pasangan ini kelihatan sangat gembira menghabiskan masa berdua dan masih romantik seperti di awal perkahwinan.
Ternyata, Victoria dan David pasangan serasi dan bijak menjaga keharmonian rumahtangga biarpun pernah beberapa kali diuji sebelum ini. Semoga pasangan selebriti popular ini kekal bahagia selamanya.
Kredit Foto: Instagram Victoria Beckham
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sekali imbas, memang tidak dinafikan kedua-duanya mempunyai rupa paras yang tidak banyak berbeza antara satu sama lain. Malah, kedua-duanya mudah memberikan kerjasama dalam memberi pose menarik untuk pembaca NONA. Keakraban dua beranak ini terserlah dengan usikan manja Nourul Depp yang memuji kejelitaan yang dimiliki oleh anak gadisnya.
Membuat keputusan untuk menamatkan zaman bujang pada usia muda tidak pernah dikesalinya malah dia amat bersyukur kerana diberi peluang untuk bergelar ibu pada usia yang masih muda. Walaupun jodoh bersama bekas suami tidak panjang, bagi Nourul kehadiran cahaya mata tunggal bersama bekas suami adalah anugerah terindah yang dimiliki olehnya. Walaupun telah berpisah, baik Nourul mahupun bekas suami memberikan komitmen tanpa berbelah bahagi mendidik permata hati mereka.
“Bergelar ibu pada usia yang masih muda pastinya memberi pelbagai cabaran buat diri saya. Tetapi saya anggap ia sebagai pengalaman berharga buat diri kerana dari usia muda saya berpeluang menjaga anak sendiri dan kini apabila Ayu sudah meningkat remaja, saya boleh berkongsi segalanya bersama Ayu.
Saya juga sudah boleh enjoy bila melihat Ayu boleh membantu saya menjaga adik-adiknya yang masih kecil. Kadang-kadang, garang si Ayu mengalahkan ibu tiri,” ujar Nourul berseloroh mengenai anak gadisnya sambil disertai gelak tawa kedua beranak ini.
Malah, kisah kejayaan Ayu Nazirah Mohd Faizal memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dua tahun yang lalu membuktikan bahawa perpisahan kedua ibu bapa bukanlah halangan untuk membuktikan kecemerlangan akademik. Ayu merupakan seorang yang perfectionist.
“Sejak kecil, jika dia mahukan sesuatu, dia akan melakukannya sehabis baik. Dia juga merupakan seorang individu yang fokus terhadap perkara yang ingin dilakukannya serta konsisten dalam apa yang diingini. Saya selalu melihat Ayu amalkan bangun awal pagi untuk belajar. Ada ketikanya Ayu akan berjaga malam untuk menelaah. Jika dia stress, muzik sering menjadi penemannya. Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi,” ujar Nourul lagi.
Penyanyi kelahiran Tasek Gelugor, Pulau Pinang ini turut berkongsi minat yang sama dengan anak gadis kesayangannya. Memang bertuah memiliki anak perempuan, jadi Nourul dan Ayu sering berkongsi pengetahuan tentang fesyen, muzik dan alat solekan si ibu turut menjadi ‘pilihan’ buat Ayu Nazirah.
“Seronok bila Ayu sudah meningkat remaja ni kerana kami bagaikan bff!. Kami berkongsi cerita mengenai kehidupan seharian Ayu dan lebih seronok apabila kebanyakan pakaian saya sudah boleh digayakan oleh Ayu. Alat solekan saya juga sering menjadi pilihan Ayu. Ayu juga sudah pandai bergaya seperti mamanya,” ujar Nourul yang memberi kebebasan untuk anaknya membuat pilihan namun tetap memberi garis panduan dan nasihat buat puteri kesayangannya itu.
Menyentuh soal kecantikan di usia 41 tahun, Nourul percaya kulit yang cantik harus bermula dari pemakanan seseorang.
“Saya percaya untuk mendapatkan kulit yang cantik pemakanan perlu diberi perhatian. Saya amat prihatin soal pemakanan selain wajah perlu dibersihkan dengan sebaik mungkin apabila kerap mengenakan solekan yang tebal.
Malah saya dan Ayu amat gemar mengenakan masker wajah di waktu malam. Ia merupakan saat bonding sambil bercerita mengenai pelbagai perkara.” ujar Nourul lagi.
Mendirikan rumahtangga dengan Eric Daniel Depp, memberikan Nourul lebih menghargai faktor pemakanan seimbang agar tubuh dapat berfungsi pada tahap terbaik.
“Saya amat mementingkan pengambilan pemakanan kesihatan serta pengambilan air yang secukupnya untuk kesihatan tubuh badan. Saya kekal aktif kerana mempunyai tenaga dari pemakanan kesihatan yang diamalkan. Selain itu, saya juga kerap bersenam supaya badan sentiasa kekal cergas dan aktif. Apabila usia semakin meningkat, tubuh badan perlu cergas dan aktif,” ujar Nourul yang sememangnya gemar menjalani gaya hidup aktif.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lawatan Muzium Pahang bersama Tengku Ampuan Pahang menjadi detik penuh bermakna apabila baginda membawa rakan sekelas ISTAC UIAM menyelami sejarah, ilmu dan kenangan manis yang menyentuh hati.