Nama Young Syefura Othman, tidak asing lagi dalam dunia politik tanah air. Memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ketari pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu dan bernaung di bawah parti DAP.
Wanita cantik yang lebih mesra disapa Rara masih muda dan kini menginjak ke usia 30 tahun. Rara memperolehi Diploma Kejururawatan dan pernah bekerja sebagai jururawat peribadi selama setahun. Setelah berhenti darida menjadi jururawat Rara membuka sebuah klinik Rawatan Alternatif Bekam dan Akupuntur.
Pada 7 Mac lalu Rara sah bercerai talak satu dengan bekas suaminya seorang Pengurus Pelaburan, Muhamad Masyhur Abdullah, 32 tahun. Perkahwinan yang dibina selama 3 tahun itu runtuh lantaran tiada persefahaman lagi di antara suami isteri ini. Pasangan ini belum dikurniakan cahaya mata sepanjang perkahwinan mereka.
Walau bagaimanapun, kelibat Rara sering mencuri tumpuan kerana sering tampil cantik namun ringkas dan menarik. Rara sering tampil cantik dan bertudung bawal, memilih warna merah dan memakai jersey.
1. Sering tampil bertudung bawal
2. Menggemari warna merah
3. Suka memakai jersey
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Beruntung Datin Noor Kartini Noor Mohamed dikurniakan tubuh badan sihat dan rupa paras memikat. Meniti usia 57 tahun, pesona ibu kepada selebriti popular Noor Neelofa ini tidak perlu disangkal lagi.
8 Julai tahun ini genap 57 tahun usia Datin Noor Kartini. Masih sihat bertenaga dan aktif berniaga, tak dinafikan ibu sembilan cahaya mata yang juga nenek ini jelita dalam kelas tersendiri.
Melihat penampilannya, figura ini nyata lebih muda daripada usia sebenar. Bersandarkan status ibu selebriti, pastinya Datin Noor Kartini turut tidak terlepas menjadi perhatian khalayak.
Apatah lagi, anak-anak perempuan termasuk Noor Nabila, Athisha Khan dan Ameera Khan merupakan influencer popular.
Mesra disapa Datin Tini, isteri Dato’ Abdul Halim Khan ini pernah mendedahkan petua cantik sihat yang diamalkan ialah minum air putih.
“Sebenarnya, tiada sebarang petua yang saya amalkan. Saya hanya amalkan beberapa tip ringkas. Amalan penjagaan diri saya sungguh mudah. Setiap kali bangun tidur, saya akan terus menikmati secawan air putih.
Saya pernah membaca satu artikel mengenai kebaikan minum air putih untuk penjagaan diri. Jadi saya mengamalkan untuk minum air putih sewaktu bangun tidur, sebelum
mandi dan selepas mandi,” katanya yang memiliki darah keturunan Pakistan-Arab.
Dalam pada itu, Datin Tini juga mementingkan sikap positif dalam kehidupan seharian. Tambahnya, “Saya tidak menyimpan sebarang perkara negatif di dalam hati. Saya anggap cerita negatif sebagai satu perkara yang tidak mustahak selain mahu sentiasa kekal positif.
Selain itu, bercakap mengenai elemen kecergasan, saya juga mengamalkan senaman ringan seperti pilates dan yoga. Saya juga sering berjalan-jalan di sekitar taman selama
30 minit untuk kekal aktif,” terang anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini.
Sembilan anak Datin Tini ialah Noor Sara Dinna, Noor Nabila, Noor Neelofa, Noor Nellisa, Nur Athira, Mohamed Aqief, Nur Athisha, Nur Ameera dan Mohamed Faliq.
Ibu berjiwa kental ini juga seorang usahawan berjaya yang menguruskan empayar produk Kucate, Young and Glow dan Aunty Tini Kitchen.
Setiap makanan punya khasiat tersendiri dan bermanfaat untuk kesihatan. Bukan sekadar diamalkan begitu sahaja, ia juga boleh dijadikan sebahagian daripada bahan penambah perisa. Selain itu, ia juga berguna untuk membantu merawat atau mengurangkan penyakit seperti kolesterol, darah tinggi dan kenaikan gula dalam darah. Jadikan ia amalan seharian, mana tahu ia menjadi penawar kepada masalah kesihatan anda.
Tanpa sedar, banyak antara makanan kita mempunyai nilai -nilai perubatannya yang dapat membantu menurunkan tahap gula dalam darah.
1.CERI
Ceri mengandungi serat, vitamin A dan C. Selain itu, ia mengandungi bahan kimia semulajadi dikenali sebagai anthosyanin yang boleh membantu menurunkan tahap gula darah pada penghidap diabetes.
Dalam kajian yang diterbitkan oleh Jurnal Pertanian dan Makanan Kimia mendapati ia boleh mengurangkan pengeluaran insulin sebanyak 50 peratus. Antosionin juga boleh melindungi daripada penyakit jantung dan kanser.
Lain-lain kebaikan ceri:
1.Meningkatkan sistem imuniasi badan.
2.Memperbaiki peredaran darah.
3.Membantu melawan lelah
4.Membantu mengurangkan sakit radang tenggorok.
2.CUKA
Cuka digunakan sejak berabad yang lalu. Antara buah yang biasa digunakan untuk dijadikan cuka ialah anggur, tamar, buah tin, epal dan pir. Ia juga disediakan daripada nira kelapa, nira nipah, beras dan gula tebu. Cuka didapati dapat menghalang kenaikan paras gula dalam darah. Ia juga bertindak sebagai insulin. Cuka mengimbangi gula lebih baik pada individu pradiabetik berbanding yang sensitiviti insulin normal.
Lain-lain kebaikan cuka:
1.Membantu mencegah pembentukan penyakit berkaitan pembengkakan seperti bisul dan kanser.
2.Membantu membuang darah kotor dan melancarkan peredaran darah.
3.KULIT KAYU MANIS
Kajian yang diterbitkan oleh Jurnal Diabetes Care menunjukkan bahawa kulit kayu manis boleh menyebabkan otot dan sel hati bertindak balas lebih mudah kepada insulin. Ia dengan itu meningkatkan penurunan berat badan. Tindak balas lebih baik terhadap insulin bermakna baki gula dalam darah yang lebih bermakna.Ia menyebabkan insulin dilepaskan ke dalam tubuh.
Lain-lain kebaikan kulit kayu manis:
1.Membantu mengatasi masalah pencernaan.
2.Membantu mencegah makanan daripada cepat busuk atau rosak.
3.Merangsang peredaran darah terutamanya pada jari tangan atau kaki.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menjelang hujung tahun ini, ayuh semak barisan produk terbaharu yang dicipta untuk menjaga kecantikan melangkaui batas masa.
Penuaan itu pasti, namun ada caranya melambatkan proses kedutan dan mengekalkan kemudaan dengan berkesan. Dengan kecanggihan sains dan penyelidikan berterusan, evolusi wajah dapat diperlahankan.
Yang mana satu himpunan terbaik untuk kulitmu? Ini pilihan Nona…
(1) OLEHENRIKSEN Barrier Booster
Terus maju dan nikmati segala kelebihan dalam koleksi OLEHENRIKSEN Truth yang ikonik, Barrier Booster Orange Ferment Essence. Esen vitamin C ini bukan sahaja ringan, malah memberi lembapan instant hingga dua kali ganda, mencerah dan melindungi kulit daripada radikal bebas.
Bahan aktif ekstrak jeruk kulit oren, sel stem oren, vitamin C, asid hyaluronik dan sebagainya turut membuatkan wajah anda tampak lebih bermaya!
(2) Fenty Skin Cookies N Clean & Cherry Treat
Mengambil idea Rihanna yang mahukan masker wajah ‘lazat’ seperti krim putar, maka terhasillah Cookies N Clean ini yang mampu mengecutkan liang pori, mengurangkan lebihan minyak dan menjadikan kulit lebih halus selepas pemakaian.
Gunakan dua kali seminggu, selain merawat bibir yang kering merekah dengan Cherry Treat Conditioning + Strengthening Lip Oil setiap hari. Kesannya, sangat menakjubkan!
(3) LANEIGE Radian-C
Kandungan vitamin C sering ‘trending’ kerana khasiatnya dalam meningkatkan imuniti tubuh dan antioksidan yang melindungi kulit daripada kerosakan radikal bebas.
Justeru, Laneige memperkenalkan rangkaian Radian-C yang berkesan untuk menyerikan wajah kusam. Antara produk yang mesti dimiliki adalah Radian-C Cream, Advanced Effector dan Sun Cream.
(4) Shokubutsu Natural Protection Hand Wash
Tangan yang bersih dan lembut merupakan tanda aras baru dalam industri kecantikan. Dalam situasi pandemik yang masih belum berakhir, soal kebersihan tangan sangat mencerminkan kualiti kecantikan seseorang wanita.
Jadi pastikan anda kerap membasmi kuman dengan pembersih tangan Shokubutsu ini. Ia diperbuat daripada 100% minyak shiso organik dan prebiotik tumbuhan untuk mengimbangi microbiome semula jadi kulit.
(5) Supergoop! (Re) Setting Refreshing Mist SPF40
Cara termudah untuk memakai SPF pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja. Semburan SPF ini bukan sahaja mudah dibawa, malah memberi kemasan matte dengan aroma rosemary dan mint yang segar.
Hanya goncangkan botol dan semburkan ke seluruh wajah untuk perlindungan UV yang menyeluruh. Sungguh ringan seakan tak terasa anda memakai SPF!
(6) Sephora Collection Glitter Brush Set for Face & Eyes
Sephora Collection terus melahirkan produk-produk baru berupa mekap, penjagaan wajah dan rambut, wangian serta mandian hebat yang mudah dan berpatutan untuk setiap wanita. Antaranya set berus terbaharu ini.
Terdapat dalam dua pilihan, anda boleh pilih set mata yang terdiri empat berus untuk solekan pembayang mata dan kening atau set wajah dan mata untuk solekan seluruh wajah. Menarik bukan?
(7) Dr. Jart+ Cicapair
Kulit sensitif boleh berlaku disebabkan faktor pencemaran, tekanan, hormon dan diet. Dengan rangkaian terbaru Dr. Jart+’s Cicapair, alami kebaikan Tiger Grass untuk menentang punca-punca kulit sensitif dengan berkesan.
Antara yang mesti ada adalah Calming Gel Cream untuk menghidrat dengan cepat dan Calming Serum Mask untuk mengurangkan masalah kemerahan kulit sepantas 48 jam!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zizi Kirana Sambut Ramadan di Syria apabila penyanyi itu menyertai misi bantuan kemanusiaan menyampaikan makanan, kit ibadah dan bantuan kepada keluarga serta kanak-kanak yang berpuasa di kawasan perang.