Yuna & Suami Rai Anniversary Ke-5, Bunga Citra Lestari Ucap Tahniah, Luah Rasa Rindu

Penyanyi bertaraf antarabangsa, Yuna baru saja meraikan anniversary yang ke-5 tahun bersama suami tersayang, Adam Yousof Mohamed Sinclair pada 26 Januari 2023. Sekejap saja masa berlalu, dah setengah dekad.

Yuna berkongsi video pendek lengkap dengan kapsyen yang cukup bermakna di akaun Instagram miliknya memaparkan momen-momen indahnya bersama suami sepanjang lima tahun mereka bergelar suami isteri.

“Half a decade! Love you @adamyousofunny you give me a reason to smile every day. I love doing this thing called life with you! Thank you for always being by my side and believing in me.”

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata para pengikut dan rakan artis seperti Aizat Amdan serta Nourul Depp menitipkan ucapan buat pasangan serasi ini.

Kakak ipar kepada Yuna iaitu Bunga Cinta Lestari tak ketinggalan sambil meluahkan rasa rindu kepada Yuna dan Adam.

“Happy anniversary. I miss you both”

Terdahulu, Yuna dan Adam mendirikan rumahtangga pada 26 Januri 2018 dalam sebuah majlis indah.

Majlis perkahwinan mereka pernah tular disebabkan kemewahan dan keunikan pelamin yang berlatarkan pergunungan di Bentong, Pahang. Ia menjadi inspirasi kepada ramai bakal pengantin yang ingin merealisasikan majlis perkahwinan impian mereka.

Semoga rumahtangga pasangan ini berkekalan sampai syurga.

Kredit Foto: Instagram Yuna

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona

IKLAN
Share