Penyanyi bertaraf antarabangsa, Yuna baru saja meraikan anniversary yang ke-5 tahun bersama suami tersayang, Adam Yousof Mohamed Sinclair pada 26 Januari 2023. Sekejap saja masa berlalu, dah setengah dekad.
Yuna berkongsi video pendek lengkap dengan kapsyen yang cukup bermakna di akaun Instagram miliknya memaparkan momen-momen indahnya bersama suami sepanjang lima tahun mereka bergelar suami isteri.
“Half a decade! Love you @adamyousofunny you give me a reason to smile every day. I love doing this thing called life with you! Thank you for always being by my side and believing in me.”
Ads
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata para pengikut dan rakan artis seperti Aizat Amdan serta Nourul Depp menitipkan ucapan buat pasangan serasi ini.
Kakak ipar kepada Yuna iaitu Bunga Cinta Lestari tak ketinggalan sambil meluahkan rasa rindu kepada Yuna dan Adam.
Ads
“Happy anniversary. I miss you both”
Terdahulu, Yuna dan Adam mendirikan rumahtangga pada 26 Januri 2018 dalam sebuah majlis indah.
Ads
Majlis perkahwinan mereka pernah tular disebabkan kemewahan dan keunikan pelamin yang berlatarkan pergunungan di Bentong, Pahang. Ia menjadi inspirasi kepada ramai bakal pengantin yang ingin merealisasikan majlis perkahwinan impian mereka.
Jujurnya, penulis kagum dengan naluri keibuan dan jiwa penyayang Sharifah Aminah Syed Mohssain ini. Bayangkan selama sembilan tahun dia menggalas tanggungjawab sebagai ibu seorang diri. Meskipun waktu itu, dia masih bujang!
Masuk tahun ini, sudah 14 tahun Sharifah Aminah atau mesra disapa Sha bergelar ibu dan membesarkan lima anak. Pada pandangan khalayak, dia sama seperti kaum ibu lain yang ada anak kecil dan sibuk dengan kerjaya masing-masing.
Hakikatnya, lima anak yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang itu bukan berasal dari darah daging Sha sendiri. Sebaliknya, mereka adalah anak angkat yang dijaga dengan sempurna oleh Sha sejak kecil lagi.
Murni sungguh hati insan ini kerana sanggup mengorbankan masa dan wang ringgit semata-mata mahu membesarkan anak bertuah Muhammad Mukhlis Daniel, 14 tahun; Muhammad Mohssain Danish, 13 tahun; Mysarah Aqeelah Wafaa dan kembarnya, Muhammad Aqeel Wafiyy, 12 tahun; dan Muhammad Aqmal Wafeeq, 7 tahun.
“Niat untuk ambil anak angkat ini bermula secara kebetulan waktu hari jadi saya yang ke-29. Masa tu tahun 2008 apabila seorang sahabat baik datang ke rumah saya dan membawa bayi lelaki yang baru berusia 53 hari.
Memandangkan dia belum berkahwin dan tak ada rumah yang sesuai, saya bersetuju membiarkan bayi tersebut tinggal di rumah saya sementara menunggu dia mencari rumah. Diam tak diam, enam tahun juga saya jaga bayi tersebut dan kemudian baru kawan jaga sepenuhnya.
Bila sudah selalu bersama dan tiba-tiba terpaksa berpisah, memang saya rasa sedih. Kalau dulu, setiap hari dia ada bersama tapi lepas kawan turut jaga anak pertama saya, Mukhlis, kami berdua gilir-gilir jaga.
Sebab sedih tak dapat selalu jumpa, adik perempuan saya pergi carikan anak angkat yang baru pula untuk saya secara sah. Dari situlah, saya mula ambil anak angkat kedua sampai anak yang kelima. Masa sudah ada anak dua, majikan beritahu yang dia mahu ambil anak angkat juga sebab belum dapat anak lagi.
Tapi bila saya sudah dapatkan bayi untuk diambil sebagai anak angkat dan selamat dilahirkan, lain pula jadinya sebab majikan saya tadi cakap yang dia belum bersedia. Tak mahu hampakan keluarga bayi tersebut, saya lapangkan dada untuk jaga anak kembar mereka sekaligus jadi anak ketiga dan keempat. Alhamdulillah.
Ingatkan sampai takat itu saja tapi rupanya Allah hendak bagi rezeki anak angkat lagi dekat saya. Hendak dijadikan cerita, ada seorang kawan bawa wanita yang sarat mengandung ke rumah saya pukul 2 pagi.
Seminggu kemudian, dia bersalin dan sama seperti kes sebelum ini, suami isteri yang mahu ambil anak angkat mungkir janji. Sudahnya, saya yang ambil anak ini dan bawa ibunya sekali untuk tinggal bersama.
Jujur saya beritahu, ambil anak angkat ini bukan mudah sebab banyak proses yang perlu dilakukan. Kena berurusan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk memaklumkan yang kita sudah mengambil anak angkat.
Kemudian perlu berurusan dengan Jabatan Pendaftaran Negara pula untuk tanda tangan beberapa dokumen oleh ibu bayi terbabit sebelum diserahkan kepada ibu bapa angkat. Selepas tempoh 2 tahun, barulah secara rasminya proses pengambilan anak angkat selesai.”
Bayangkan tanpa bantuan insan bergelar suami waktu itu, Sha teguh menguruskan segala keperluan anak-anak seorang diri. Baginya, itu adalah kepuasan yang dicari selama ini. Berkongsi kasih bersama anak kecil yang memerlukan!
Ibarat pelangi selepas hujan, tanggal 25 Disember 2017 tugas yang digalas Sharifah Aminah selama ini dikongsi bersama lelaki bergelar suami. Selamat mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan keluarga, Muhamad Anizan Kadir… wanita berjiwa murni ini mengakui hidupnya lebih sempurna sekarang.
Apatah lagi hasil perkongsian hidup bersama suami tercinta, Sha dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Wan Shakyra Aareefa, 2 tahun dan anak bongsu yang mesra dengan nama panggilan, Deqbie Tyra setahun.
Membahasakan diri dengan gelaran Umi ketika berada bersama anak-anak, Sha juga tidak terlepas daripada persepsi negatif masyarakat yang menganggap usaha murninya itu semata-mata mahu menyembunyikan status diri.
Meskipun terkadang timbul sekelumit rasa benci dengan tohmahan khalayak, wanita cekal ini membulatkan hati untuk terus memperjuangkan nasib anak kesayangan.
“Tak dinafikan saya terima banyak feedback orang ramai tentang hal ini. Ada yang menyokong dan tidak kurang juga yang mengata serta menjaja cerita. Kononnya saya yang melahirkan anak ini dan terpaksa menyorokkan mereka kerana saya sudah berkahwin dan menjadi isteri kedua.
Saya tak mahu ambil peduli dengan cakap-cakap orang luar. Cukuplah ahli keluarga sokong dan menerima anak saya seperti darah daging sendiri.
Alhamdulillah, semua anak-anak disusukan adik perempuan saya. Jadi kepada wanita yang ada keinginan mengambil anak angkat; jaga, sayangi dan lindungilah mereka macam anak sendiri. Jangan sesekali abaikan kerana mereka adalah amanah Allah… walaupun hakikatnya kita bukan insan yang melahirkan mereka ke dunia.
Paling penting, ambil anak dengan prosedur yang betul dan sah di sisi undang-undang supaya nasib mereka akan terbela kelak,” pesannya yang kini bahagia di samping suami tercinta dan tujuh orang anak.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sejak pulang dari umrah pada Februari lalu, penampilan Juara Dewi Remaja 2005/2006 Scha Alyahya ini dilihat semakin manis dan berseri.
Sejuk je mata memandang.
Minimalis dan tidak berlebihan itulah Scha Al-Yahya, ibu anak dua yang kini mencecah usia 39 tahun. Pakai apa pun tetap nampak cantik.
Ketika ditemui di sebuah acara pertunjukan fesyen baru-baru ini, Nona mengambil kesempatan bertanya tentang perkembangan terkini Scha termasuklah sambutan Ramadan tahun ini.
“Alhamdulillah, rasa cepat sangat kita masuk tahun baharu. Dah puasa, dah nak raya.
“Sambutan Ramadan tahun ini sederhana saja. Saya seorang yang simple, keluarga juga jenis yang simple.
“Setakat ini tiada apa-apa plan lagi.”
Kongsi Scha lagi, Ramadan tahun ini dia mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada keluarga.
Masa yang ada ingin dimanfaatkan dengan rutin-rutin ibadah iaitu berbuka puasa, solat berjemaah dan berterawih bersama suami serta anak-anak.
“Buat masa ini saya memang nak fokus terhadap anak-anak terutamanya anak kedua kami, Lila. Dia dah pandai nak ajak solat.
“So bagi saya itulah keseronokan dan momen yang ditunggu-tunggu.”
Menyentuh tentang karier pula, baru-baru ini Scha dilantik sebagai muse untuk jenama fesyen tempatan, Amber Official milik usahawan terkenal Datin Adzliana Prof Dato’ Sri Dr Hasan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd.
“Selepas 1-2 tahun berehat, saya decided untuk berkolaborasi pula dengan local brand. Lagi pula Datin Adzliana adalah rakan saya. Sejarah di sebalik koleksi Amber sangat panjang.
“Antara nama-nama besar dalam industri kreatif yang ada di sebalik jenama Amber Official ialah Fizi Woo, Min Luna dan Yana Baharudin.
“Semestinyalah saya ingin menjadi sebahagian dari mereka yang hebat ini untuk sama-sama mengketengahkan Amber Official.”
Kongsi Scha lagi, dalam koleksi ini turut diserapkan ‘DNA’ mengikut personalitinya. Seperti kita tahu, Scha jarang mengenakan pakaian-pakaian yang berwarna terang dan berwarna warni.
“Disebabkan raya, we go colorful betul-betul, full printed. Dipakai bukan hanya untuk raya bahkan boleh juga untuk the whole year, percutian mahupun harian.
Ini yang saya suka tentang kokeksi ini. Ia sangat praktikal.”
Untuk info, Scha yang berketurunan Melayu, Cina dan Arab ini dilahirkan di Sungai Petani, Kedah.
Scha merupakan anak saudara kepada pasangan penyanyi Syed Sobrie dan Datin Sheril Aida. Scha juga merupakan anak saudara kepada pelakon, Usop Wilcha.
Graduan Diploma Teknologi Maklumat dari MSU Shah Alam ini juga pernah berkhidmat sebagai pramugari syarikat penerbangan komersial AirAsia selama setahun (2006-2007).
Kemudiannya Scha melibatkan diri dalam dunia peragaan, iklan TV dserta lakonan.
Semoga Ramadan dan Syawal tahun ini membawa kebahagiaan buat Scha sekeluarga.
Kredit Foto: Instagram Scha Al-Yahya
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sepanjang pelaksanaan PKP 3.0, pastinya kelangsungan bisnes usahawan PKS terjejas teruk. Perkara ini jelas ‘mengganggu fikiran’ Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin.
Sebagai ibu kepada lima orang anak, pemimpin yang mesra disapa Datuk Emy ini amat memahami cabaran wanita yang perlu bekerja sambil menguruskan keluarga.
“Saya tahu ramai wanita di luar sana sangat kuat dan bersemangat untuk memastikan kelangsungan diri dan keluarga apatah lagi dicabar impak penularan COVID-19.
MEDAC akan terus bantu setiap usahawan wanita untuk terus bangkit dan mempertingkatkan keupayaan diri menerusi pelbagai inisiatif dan program khas untuk wanita yang dianjurkan oleh Kementerian.
Dalam masa yang sama, saya juga mengingatkan usahawan wanita untuk mendaftarkan perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) supaya tidak terlepas inisiatif yang diumumkan Kerajaan menerusi pakej-pakej rangsangan ekonomi.
Bercakap dan berhubung dengan kami. Kami cuba untuk bantu perniagaan anda.” Datuk Emy
Bagi meredakan cabaran golongan rentan, keputusan jemaah menteri untuk tidak mengambil gaji selama tiga bulan bermula Jun ini juga disambut baik oleh rakyat.
Sumbangan itu akan disalurkan ke Akaun Amanah Bencana Negara sebagai solidariti kerajaan dan kepimpinan Perikatan Nasional bersama-sama rakyat dalam perang melawan COVID-19.
“Selain membantu frontliners daripada terus ‘burnout’ atau keletihan, saya berharap supaya kita boleh kembali kepada sifar kes seperti dulu.” Datuk Mas Ermieyati.
BANTUAN
Pada waktu pandemik ini, Datuk Emy dan MEDEC giat meneruskan agenda memperkasakan keusahawanan wanita, selepas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pemerkasa PLUS berjumlah RM40 bilion.
Berusia 44 tahun dan merupakan Ahli Parlimen Masjid Tanah serta Naib Ketua Srikandi Bersatu Malaysia, Datuk Emy sejak dulu lagi sangat mengambil berat soal kebajikan wanita.
“Kami memahami denyut nadi usahawan PKS. Dengan manfaat Pemerkasa PLUS, golongan ini diberi kelulusan moratorium secara automatik selama tiga bulan atau boleh memilih untuk pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50 peratus selama tempoh enam bulan.
Pemberian Geran Khas Prihatin (GKP) yang ditambah sebanyak RM500 ringgit kepada 1,500 ringgit yang melibatkan hampir 1 juta PKS dan perusahaan mikro serta pembiayaan mikro kredit sebagai modal kerja, sebanyak RM1.5 bilion ringgit disediakan oleh BSN, TEKUN, MARA, SME Corp. dan YAPEIM dengan kadar pembiayaan serendah 3 peratus.
Wanita ini menambah, potongan khas turut diberi kepada pemilik bangunan dan ruang perniagaan yang menawarkan pengurangan sewa premis perniagaan kepada PKS dan bukan PKS untuk tempoh enam bulan lagi sehingga 31 Disember 2021 bagi pengurangan sewa sekurang-kurangnya 30 peratus daripada kadar sewa semasa.
Institusi perbankan juga akan terus menawarkan kemudahan pembiayaan dan pinjaman dengan penambahan fasiliti kemudahan bantuan dan pemulihan bersasar untuk PKS.
“Kita kekalkan untuk duduk di rumah dan patuh kepada SOP yang telah ditetapkan. Sayangi diri, sayangi keluarga dan orang tersayang. Semoga kita boleh kembali kepada sifar kes suatu ketika dulu. Kita pasti menang!”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Taylor Swift dan Travis Kelce mengakhiri penantian peminat apabila sah bergelar suami isteri dalam majlis perkahwinan mewah di Madison Square Garden yang disifatkan bak sebuah fairytale moden.