Zalora Lancar Color Riche L’Oreal Paris x Balmain Paris, Mana Satu GINCU BOLD Untuk Anda?

Sebagai wanita, gincu memainkan peranan penting dalam menatarias wajah. Secalit gincu mampu mengubah penampilan sekaligus menjadikan personaliti anda nampak meyakinkan. Hmm, warna apa yang menjadi pilihan anda? Warna lembut atau warna neutral? Lupakan rona-rona selamat ini dan apakata anda serlahkan bibir anda dengan pilihan warna menarik L’Oreal Paris x Balmain Paris.

Sudah semestinya apabila fashion meets beauty 

setiap aspek produk yang dihasilkan mengikut piawaian gaya rumah fesyen terbabit dan Balmain Paris antara jenama yang lantang dalam manifesto gayanya. Lihat sahaja kepada rekaan luar gincu ini yang menampilkan corak ala marmar yang mewah serta dikemaskan dengan bingkas rona emas bersepuh.

Di negara kita, Zalora telah menjadi hub rasmi penjualan produk hasil kolaborasi dua jenama besar ini. Pelancaran produk ini berlangsung meriah di Kyo, Mandarin Oriental KL dan dihadiri oleh tetamu-tetamu jemputan khas dan juga para media.

Rona yang ditawarkan cukup menarik dan ia dibahagikan kepada tiga koleksi warna iaitu Blue for Rock, Black for Couture dan Green for Glamazon. Menariknya tentang setiap gincu ini ia memiliki nama tersendiri yang diinspirasikan dari kekuatan wanita. Antara nama tersebut seperti Confidence, Power, Legend, Freedom dan Liberation.

Sebagai simbolik kepada 12 rona warna koleksi eksklusif ini 12 orang influencers dalam dunia fesyen dan kecantikan dijemput khas bagi memeriahkan lagi suasana. 12 personaliti tersebut ialah Tuti Noor, Kaka Azraff, Atikah Karim, Tunku Elana Khyra, Alicia Amin, Marisa Soraya, Rubini Sambanthan, Qalisha Ray, Johanis Sani, Aina Syahirah, Cherrie Mun dan Evangeline Yan. Masing-masing tampil ranggi dan menawan dengan calitan gincu  ini seiring energi jenama Balmain.

Setiap batang gincu ini dijual dengan harga RM49.90 secara ekslusif di laman sesawang membeli belah Zalora.

 

 

 

IKLAN
Share