Clean outfit menjadi trend sepanjang zaman yang memberikan kekemasan, keanggunan, dan kesederhanaan. Gaya pakaian ringkas namun stylish ini semakin popular terutama di kalangan selebriti.yang tahu memadankan pakaian dengan aksesori yang minimalis.

ZASKIA SUNGKAR Lambang ‘Fashion Trendsetter’ Wanita Moden Yang Sederhana Namun Stylish!
Kredit Foto: zaskiasungkar15

Isteri tersayang kepada Irwansyah ini antara selebriti terkenal Indonesia yang sering tampil dengan clean outfit.

ZASKIA SUNGKAR Lambang ‘Fashion Trendsetter’ Wanita Moden Yang Sederhana Namun Stylish!

Zaskia terkenal bukan sahaja dengan kejayaannya dalam dunia hiburan, malah gaya fesyennya yang sentiasa menarik perhatian dan menjadi ikutan.

Dia sering dilihat tampil dengan kombinasi pakaian ringkas, namun tetap memberikan kesan mewah dan stylishClean outfit yang sering menjadi pilihannya amat sesuai dengan imej wanita moden.

Bukan itu sahaja, Zaskia juga bijak memadankan barangan fesyen daripada pelbagai jenama termasuk jenamanya sendiri bagi mencipta penampilan yang sentiasa segar dan memberi inspirasi.

Elegan

Pada suatu ketika, Zaskia kelihatan anggun menyarungkan gaun putih bercorak kelabu jenama Khanaan Official. Penampilannya lebih sempurna dengan tudung segi empat tepat rona kelabu yang elegan.

Ads

Zaskia melengkapkan gaya tersebut dengan kasut tumit tinggi rona perak dan tas tangan hitam memberikan kesan yang sofistikated. Kombinasi warna lembut ini menunjukkan betapa ringkasnya clean outfit namun Zaskia tetap nampak stylish.

Gaya Selesa Dalam Cuaca Sejuk

Walaupun mengambil gambar dalam cuaca sejuk, Zaskia tetap tampil bergaya dengan pakaian kelabu pilihannya. Dia memakai pakaian luar hangat dipadankan dengan solekan natural.

ZASKIA SUNGKAR Lambang ‘Fashion Trendsetter’ Wanita Moden Yang Sederhana Namun Stylish!

Instant shawl rona hitam menambah sentuhan elegan tanpa menjejaskan keselesaan, menjadikan penampilan sempurna untuk cuaca sejuk.

Ads

BACA JUGA: Penantian Selama 10 Tahun, UKKASYA MUHAMMAD SYAHKI Penyeri Hidup Irwansyah & Zaskia Sungkar 

Bergaya Dengan Jenama Sendiri

Zaskia bukan sahaja pandai memilih pakaian daripada jenama lain, malah turut memakai koleksi daripada jenamanya sendiri. Dia dilihat memakai tudung tudung berjenama Zaskia Sungkar Jakarta dengan kerjasama Nasl oleh Nagita Slavina.

ZASKIA SUNGKAR Lambang ‘Fashion Trendsetter’ Wanita Moden Yang Sederhana Namun Stylish!

Gabungan coklat hitam dan susu dalam pakaiannya membuatkan Zaskia tampil anggun, dengan beg dari jjenama adiknya, SHI by Shireen Sungkar, menambah sentuhan kemewahan.

Ads

Rona Bumi

Ketika meluangkan masa bersama suami dan anak sulung, Zaskia memilih pakaian yang selesa tetapi tetap bergaya. Dia memakai kemeja putih berlapis dengan vest coklat mocha yang dipadankan dengan tudungnya.

ZASKIA SUNGKAR Lambang ‘Fashion Trendsetter’ Wanita Moden Yang Sederhana Namun Stylish!

Kombinasi hitam dan coklat susu serta kasut putih melengkapkan gaya semula jadi yang ringkas. Ini menunjukkan Zaskia masih mengutamakan keselesaan tanpa mengorbankan gaya.

Cantik Di Butik Sendiri

Sempena pembukaan kedai jenamanya, Zaskia Sungkar Jakarta, penampilan Zaskia ini sangat serasi dengan tema kedainya yang didominasi warna coklat.

Zaskia menyarungkan outfit bercorak dan warna coklat, lengkap dengan skirt berlipat yang menambah kesan feminin.

ZASKIA SUNGKAR Lambang ‘Fashion Trendsetter’ Wanita Moden Yang Sederhana Namun Stylish!

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads