'Papa jaga N macam anak sendiri!' Sedih, berita pemergian seniman Jaafar Onn pada pagi 23 Ramadan sememangnya mengejutkan peminat, khususnya generasi 80-an yang membesar dengan drama bersiri Cili Padi. Salah seorangnya Datin Anne Ngasri yang menerima khabar tersebut ketika sedang beribadat di Tanah Suci.