Tampil Lebih FABULOUS  Dengan JUMPSUIT, Ini EMPAT Tip Melaram JUMPSUIT Buat Wanita BERHIJAB!

Tampil Lebih FABULOUS Dengan JUMPSUIT, Ini EMPAT Tip Melaram JUMPSUIT Buat Wanita BERHIJAB!

Fesyen jumpsuit kian mendapat tempat di kalangan penggemar fesyen termasuk wanita berhijab. Siapa kata jumpsuit tidak boleh digayakan oleh wanita berhijab? Dengan penataan gaya yang betul, gaya wanita muslimah mampu menjadi lebih stailo dan trendy. Jika anda khuatir dilabel sebagai fesyen ‘Teletubbies’, jom Nona kongsikan tip bagaimana anda boleh ber-jumpsuit tetapi masih menutup aurat!

PADANAN KARDIGAN
Tambahan seperti kardigan atau jaket tipis adalah perlu memandangkan kebanyakan jumpsuit tidak berlengan. Sebagai wanita berhijab, pilihlah kardigan yang mempunyai potongan panjang yang boleh menutup sebahagian belakang tubuh anda. Jika anda tidak gemar mengenakan kardigan, pilih jumpsuitberlengan panjang yang mempunyai potongan lengan jenis ruffle.

PEMILIHAN WARNA
Pemilihan dari segi warna adalah penting kerana warna memberi kesan pada bentuk fizikal seseorang. Dalam pemilihan jumpsuit, pilihlah warna gelap supaya tidak terlalu menampakkan bentuk tubuh badan anda. Sama ada anda kurus atau gemuk, warna gelap mampu menutup ‘cela’ pada tubuh. Jika anda lebih gemar memilih warna pastel, pastikan warna pastel bukan kosong sebaliknya bercorak.

KENAKAN AKSESORI
Jangan lupa aksesori seperti rantai panjang dan gelang manik. Biar jadi penggemar fesyen hippies yang sedikit ‘selekeh’ tetapi masih mempunyai gaya menarik tetapi bukan fesyen teletubbies yang menjadi bahan ketawa orang sekeliling. Apa pendapat anda?

SAIZ
Dari segi saiz pula, elak memilih saiz jumpsuit yang hanya muat pada saiz tubuh anda. Adalah lebih baik memilih saiz jumpsuit sedikit lebar atau besar supaya pergerakan tidak terlalu terhad dan anda tidak merasa kekok atau malu apabila berpakaian ketat. Pemilihan potongan kaki pada seluar yang besar adalah lebih selamat dan bukannya berpotongan ‘skinny’.

 

Jamu Mata Dan Membeli-belah Di BUTIK KONSEP GIUSEPPE ZANOTTI, Paduan Dekorasi Unik Interior Klasik Dan Kontemporari Pasti Mencuri Deria Pandang

Jamu Mata Dan Membeli-belah Di BUTIK KONSEP GIUSEPPE ZANOTTI, Paduan Dekorasi Unik Interior Klasik Dan Kontemporari Pasti Mencuri Deria Pandang

Giuseppe Zanotti merupakan ikon pereka kasut mewah dan pereka fesyen Itali yang terkenal dengan arcanya serta kasut tumit tinggi bertatahkan permata. Menerusi labelnya yang tersohor iaitu Giuseppe Zanotti, beliau mengeluarkan dan mengedarkan koleksi kasut wanita, lelaki serta kanak-kanak edisi terhad termasuklah barangan kulit, beg tangan, permata serta ready-to-wear.

Terdapat di 75 buah negara seluruh dunia, koleksi kasut Giuseppe Zanotti bukan sahaja dijadikan ilham malah sering menjadi pilihan gaya di karpet merah. Selain di Pavilion Kuala Lumpur, butik Giuseppe Zanotti turut dibuka pada tahun lalu di Singapura hasil kerjasama antara Giuseppe Zanotti dan Valiram.

INTERIOR
Terletak di ION Orchard Singapura, butik Giuseppe Zanotti memiliki interior dalaman yang cukup menarik kerana keindahan seni binanya yang penuh gaya lebih-lebih lagi dengan statusnya sebagai kompleks membeli belah paling popular di Singapura.

Reka bentuk dalaman butik Giuseppe Zanotti ini didorong oleh DNA jenama yang melambangkan semangat serta emosi. Memilih ruang premium berkeluasan kira-kira 108 meter persegi, butik Giuseppe Zanotti ini menampilkan koleksi kasut arca ikonik berjenama, avant-garde sneakers, beg tangan kulit serta aksesori buat lelaki dan wanita.

 

Selain itu, elemen chrome dan permukaan emas berkilat dicampur dengan fabrik kuning gelap serta electric blue di atas karpet dan perabot di samping elemen-elemen klasik seperti dinding putih dan cermin melengkapi perincian perabot kontemporari serta perkakasan di butik Giuseppe Zanotti.

Penelitian perincian material membawa kepada persekitaran yang akan mencetuskan sebuah suasana kontemporari sekaligus meningkatkan penciptaan jenama untuk pengalaman membeli belah secara mewah.

KREATIVITI
Teras kepada kombinasi antara Valiram dan Giuseppe Zanotti ialah berlandaskan kreativiti dan kerja-kerja pertukangan yang cukup teliti. Maka, tidak hairanlah Giuseppe Zanotti banyak menghasilkan koleksi kasut ikonik untuk beberapa tokoh terkenal dunia.

Ramai Keliru Wajah Seiras! Ini FAKTA Yang Bezakan SYATILLA MELVIN Dan SYIFA MELVIN

Ramai Keliru Wajah Seiras! Ini FAKTA Yang Bezakan SYATILLA MELVIN Dan SYIFA MELVIN

Jika biasa mengikuti perkembangan Syatilla Melvin atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin di Instagramnya, yang menarik perhatian tentulah wajah adiknya, Syifa Melvin. Wajah Syifa saling tak tumpah dengan wajah Syatilla atau lebih mesra dengan panggilan Tilla sehingga agak sukar untuk membezakan antara mereka berdua.

Syifa atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah Amirol Melvin berbeza empat tahun dengan kakaknya, Tilla. Dua beradik ini memang sangar rapat. Ayuh kita selidik apa yang sama dan apa yang tidak antara Tilla dan Syifa.

1. Siapa yang paling kuat melaram?
Syifa

2.Susah tak bila punya wajah seiras?
Tilla tiada masalah tapi Syifa adakalanya rasa macam ‘menyampah’ juga (sambil ketawa besar). Sebenarnya bentuk wajah kami tidak sama. Tilla lebih panjang manakala Syifa berwajah sedikit bulat. Tapi sekarang ramai peminat sudah dapat membezakan kami berdua.

3.Siapa yang paling kuat menyakat?
Tilla

4.Siapa yang paling kuat membebel?
Syifa

5.Siapa yang paling menepati masa?
Tilla

6.Siapa yang paling lama di bilik air?
Syifa. Paling lama 20 minit di bilik air.

7.Siapa yang paling obses dengan produk mekap?

Syifa- sebab suka berekperimen dengan produk-produk mekap. Syifa paling suka dengan eyeshadow. Warna eyeshadow mungkin sama tetapi berlainan jenama maka sebab itulah Syifa suka kumpul.

8.Siapa yang paling suka bereksperimen dengan mekap?
Syifa suka bereksperimen dengan mekap sebab Syifa suka bermain dengan warna.

9.Siapa yang paling obses dengan beg tangan?
Tilla. Lagi pun Tilla ada jenama kasut dan beg sendiri. Antara beg dan kasut, Tilla paling suka kumpul kasut.

10.Anda berdua biasa tak berkongsi barang seperti pakaian, baju, kasut, beg tangan dan sebagainya?
Kami bertuah kerana punya saiz baju dan kasut yang sama. Jadi tiada masalah untuk berkongsi semua itu. Ya! satu kelebihan untuk kami adik beradik.

11. Siapa yang paling kuat bercakap?
Syifa sebab memamg suka bercakap.

12.Siapa yang paling jiwang karat?
Tilla. Suka dengar lagu-lagu lama.

13.Siapa yang paling kuat merajuk?
Dua-dua tidak kuat merajuk.

14.Jika ada berselisih faham, siapa yang akan meminta maaf dahulu?
Kami berdua jenis tidak pernah simpan dalam hati.Setakat bebel itu biasa. Contoh, pakai kasut tidak bagi tahu.

15.Siapa yang paling cerewet dengan penjagaan kecantikan?
Syifa- lebih terperinci.

16.Siapa yang suka buat rawatan di spa?
Syifa- sebab saya suka manjakan diri.

17. Persamaan antara Tilla dan Syifa?
Kami punya cita rasa yang sama (suka style dan fesyen yang sama)

 

10 SNEK TERBAIK Untuk Diet, Boleh Makan Tanpa Bimbang Berat Badan Naik

10 SNEK TERBAIK Untuk Diet, Boleh Makan Tanpa Bimbang Berat Badan Naik

Ketika berdiet amat penting untuk memilih makanan yang berkhasiat. Pemilihan makanan yang tepat mampu memberi tenaga untuk melakukan aktiviti seharian. Salah satu jenis makanan yang terbaik ialah makanan kering. Walaupun telah mengalami proses pengeringan namun khasiatnya masih tetap tersimpan baik. Lihat sendiri apa kebaikan snek-snek sihat ini jika anda sedang berdiet.

CERI KERING
Ceri kering mengandungi potassium dan vitamin A. Ceri yang dikeringkan mengandungi banyak melatonin yang membantu anda untuk cepat tidur.

KISMIS
Buah anggur yang telah dikeringkan merupakan sumber zat besi yang paling baik untuk tubuh. Kandungan seratnya sama ada yang larut ataupun tidak larut dapat membantu sistem penghadaman serta mengurangkan kolesterol dalam badan.

KURMA
Kurma mengandungi karbohidrat. Tiga biji kurma memberikan anda potassium yang tinggi. Tiga biji kurma hanya mengandungi 96 kalori.

KACANG GAJUS
Kacang gajus kaya dengan kandungan protein, karbohidrat, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin K dan phystosterol. Ia bermanfaat sebagai bahan antiseptik yang melindungi tubuh daripada serangan virus dan kuman.

KACANG HAZEL
Pengambilan kacang hazel dalam diet anda amat baik bagi membantu kelancaran sistem pencernaan. Antara nutrisi yang dibekalkan oleh kacang hazel adalah seperti thiamin, magnesium, beta-sitosterol dan phytosterol.

WALNUT
Walnut mengandungi magnesium, fosforus, beta karotena, linoleic acid dan phytosterosis. Kacang walnut dikatakan dapat membantu mengurangkan gejala darah beku selain berperanan dalam mengurangkan rasa gatal atau radang pada kulit.

PRUN
Buah prun amat kaya dengan serat, potassium dan antioksida. Lima biji buah prum adalah bersamaan dengan 100 kalori.

KACANG PISTACHIO
Kacang pistachio membekalkan karbohidrat, zat besi, magnesium, potassium, thiamin, vitamin B6, vitamin A dan beta karotena kepada tubuh. Khasiat yang terkandung di dalamnya turut memberikan manfaat pada tubuh di mana ia dapat membantu tubuh mengawal hipertensi dan memperkuatkan daya kekuatan mental untuk mengawal tekanan.

KACANG BRAZIL
Kacang Brazil kaya dengan khasiat magnesium, fosforus, zat besi, zink, selenium, thiamin, dan Vitamin E. Kacang Brazil juga merupakan di antara sumber terbaik bagi penghidap anemia.

KACANG BADAM
Kacang badam adalah di antara kekacang yang bertindak sebagai bahan antioksidan. Ia juga kaya dengan kandungan magnesium, fosforus, riboflavin, Vitamin E, phytosterol dan beta-sitosterol.

 

5 POTONGAN DENIM Yang Sesuai Untuk Wanita Tubuh Berisi

5 POTONGAN DENIM Yang Sesuai Untuk Wanita Tubuh Berisi

Denim sering kali menjadi pilihan ketika anda ingin tampil dengan gaya kasual. Denim umumnya bertekstur tebal daripada bahan dasar denim yang permukaannya ketat. Dek kerana itulah ramai wanita dengan tubuh berisi berasa kurang yakin saat mengenakan denim. Alasannya adalah kerana takut lekuk bahagian kakinya terlihat besar. Namun dengan berkembangnya dunia fesyen, ‘ketakutan’ itu boleh disingkirkan jauh-jauh. Berikut jenis-jenis denim yang boleh digayakan oleh wanita dengan tubuh yang berisi.

OVERSIZED JEANS

Tidak ada salahnya mengenakan denim yang besar (oversized). Fesyen denim jenis ini sudah ada sejak 90-an lagi. Dahulu, semua orang lebih banyak memiliki oversized jeans kerana modelnya yang ringkas. Kini trend itu kembali booming. Pilih oversized jeans ini, agar lekukan tubuh tidak ketara terlihat. Selain itu, pastinya anda akan merasa lebih selesa mengenakannya.

MOM JEANS

Denim jenis mom jeans adalah denim yang memiliki sisi baggy (longgar) pada bahagian pinggangnya. Mom jeans yang sesuai untuk wanita bertubuh berisi ini sekilas hampir sama dengan model high waist jeans. Namun dari segi potongan, wanita yang bertubuh berisi akan lebih sesuai mengenakan jenis mom jeans kerana potongannya yang lebih baggy jika dibandingkan dengan high waist jeans. Selain itu ciri daripada mom jeans ialah modelnya yang lebih vintaj.

BLACK DENIM

Warna denim akan mempengaruhi bentuk kaki anda. Maka warna denim yang sesuai buat wanita dengan tubuh berisi tentunya hitam. Warna hitam mampu memberikan ilusi langsing pada tubuh si pemakai. Warna gelap akan memberikan kesan bentuk kaki yang kelihatan lebih kecil. Warna hitam juga  akan memudahkan anda untuk memadu padankan denim dengan apa jua jenis baju. Ini kerana warna hitam pada dasarnya adalah warna yang natural.

STRAIGHT CUT JEANS

Denim dengan potongan straight cut jeans  sangat sesuai untuk wanita dengan tubuh berisi. Sesuai dengan namanya, denim jenis ini memiliki potongan lurus dan rata. Sebab itulah denim ini sangat sesuai untuk mereka yang berisi. Denim dengan potongan yang lurus mampu melindungi bentuk kaki yang besar dan lekukan pada kaki pun tidak begitu jelas kelihatan. Cara untuk tetap terlihat stylish ketika mengenakannya ialah dengan memadankan denim ini dengan crop blazer ataupun layer shirt.

MID-RISE JEANS

Salah satu kesalahan ketika mengenakan denim ialah dengan memperlihatkan bahagian pinggang. Maka sebab itulah denim yang tidak terlalu high waist namun tidak low-rise amat sesuai untuk anda. Potongan denim yang paling tepat ialah jenis mid-rise jeans. Denim jenis ini memang diperuntukkan buat wanita berpinggang besar. Ini kerana denim jenis ini ‘dicipta’ dengan potongan bahagian punggung yang lebih lebar bagi menghadirkan keselesaan.

 

 

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: