Baru meniti usia 12 tahun tapi bakat dan kepetahan anak Puteri Lily Lokman dan Aziz M Osman ini cukup terserlah. Gaya santai dan mesra Puteri Nur Azzahra atau lebih dikenali sebagai Ara Aziz menjadi tumpuan. Tidak hairanlah walau masih kecil, Ara sudah pun menerima tawaran sebagai pengacara televisyen kanak-kanak!

Cepat betul masa berlalu. Sejak kecil Ara sudah mula dikenali warga maya dengan perkongsian video tutorial mekap yang viral di media sosial. Gelagat dan telatahnya yang sewaktu itu berusia sekitar empat tahun membuatkan ramai terpikat.

Jelas terserlah bakat Ara beraksi depan kamera. Iyalah, anak pengarah dan penerbit filem!

Petah Usia 12 Tahun & Ada Jenama Sendiri, Bakat Anak Puteri Lily & Aziz M Osman Raih Perhatian! Petah Usia 12 Tahun & Ada Jenama Sendiri, Bakat Anak Puteri Lily & Aziz M Osman Raih Perhatian! Petah Usia 12 Tahun & Ada Jenama Sendiri, Bakat Anak Puteri Lily & Aziz M Osman Raih Perhatian!

Petah Usia 12 Tahun & Ada Jenama Sendiri, Bakat Anak Puteri Lily & Aziz M Osman Raih Perhatian!

Dalam temu bual Nona bersama Puteri Lily sebelum ini, dia memberitahu,“My daughter, Ara yang take over dan hosting. Saya juga banyak ajar dia macam mana nak jadi seorang pengacara dan sebagainya.

Saya masukkan dia macam-macam kelas termasuk public speaking to build up her confident and how to talk in front of camera. Semua tu bukan untuk saya tapi untuk dia sebab bapa dia pengarah, mak dia producer jadi dia ada advantage untuk ini.

Alhamdulillah Ara ada talent dan minat dia memang nampak lebih kepada bidang seni. Saya ni suka belakang tabir je bila depan tu, tak minat sangat.”

Artikel https://www.nona.my/terima-kasih-allah-atas-bahagia-ini-sheera-iskandar-makin-jelita-syukur-dikurnia-anak/

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 𝓐𝓻𝓪 (@araaziz)

Petah Usia 12 Tahun & Ada Jenama Sendiri, Bakat Anak Puteri Lily & Aziz M Osman Raih Perhatian! Petah Usia 12 Tahun & Ada Jenama Sendiri, Bakat Anak Puteri Lily & Aziz M Osman Raih Perhatian! Petah Usia 12 Tahun & Ada Jenama Sendiri, Bakat Anak Puteri Lily & Aziz M Osman Raih Perhatian!

Mengikuti sesi persekolahan di sebuah sekolah antarabangsa, Ara memanfaatkan populariti yang diraih dengan mengusahakan jenama kosmetik miliknya, Ara Little Beauty yang turut dijual di pasaran Singapura dan Brunei.

Ara merupakan anak ketujuh Aziz M Osman bersama ibunya, Puteri Lily Lokman. Menerusi perkahwinan Aziz terdahulu, dia turut mempunyai enam orang anak.

Aziz dan Puteri Lily berkahwin pada 6 Jun 2010 namun dilaporkan berpisah pada Julai 2023. Selain Ara, mereka turut dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Muhammad Aryan Aziz berusia lima tahun.

Petah Usia 12 Tahun & Ada Jenama Sendiri, Bakat Anak Puteri Lily & Aziz M Osman Raih Perhatian! Petah Usia 12 Tahun & Ada Jenama Sendiri, Bakat Anak Puteri Lily & Aziz M Osman Raih Perhatian! Petah Usia 12 Tahun & Ada Jenama Sendiri, Bakat Anak Puteri Lily & Aziz M Osman Raih Perhatian!

Walau sudah bercerai namun Puteri Lily dan Aziz masih berkawan baik. Bahkan ketika menyambut Syawal baru-baru ini, kelihatan mereka meraikan Hari Raya bersama dengan anak-anak.

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI