Bawang Putih & Telur Je Pun, Tapi Boleh Hilangkan ‘Blackhead’!

Bawang Putih & Telur Je Pun, Tapi Boleh Hilangkan ‘Blackhead’!

Wanita amat mementingkan kesempurnaan wajah. Kalau boleh, mahu saja kulit yang halus, bersih dan putih tanpa perlu memikirkan soal jerawat, kulit berminyak dan juga bintik hitam di muka. Siapa la yang tak rimas dengan lambakan whitehead dan blackhead di muka kan? Lagi-lagi yang di sekeliling hidung tu. Kalau tengok cermin rasa macam nak picit-picit je keluarkan sehingga puas.

Tidak kira berapa umur anda, lelaki atau perempuan, semua orang pasti mengalami masalah bintik hitam ini yang paling kerap belaku bila masuk awal remaja dan dewasa. Masalah ini terjadi akibat dari persekitaran, makanan. pertukaran hormon dan juga penggunaan produk kosmestik yang berlebihan.

Ini ada cara untuk hilangkan bintik hitam dan bintik putih menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati dan ada di rumah.

Bahan-bahan:

  1. Bawang Putih (2-3 ulas)
  2. Putih  Telur (1 biji)
  3. Limau Nipis (1 biji)
  4. Tisu Muka

 

Cara-cara:

  1. Bersihkan bawang putih dan tumbuk sehingga lumat dan letakkan ke dalam bekas.
  2. Perahkan limau nipis (tapis biji) dan putih telur ke dalam bekas tadi dan gaul sehingga sebati.
  3. Kemudian, ambil beberapa helai tisu muka dan letakkan di atas muka.
  4. Perlahan-lahan, sapukan ramuan yang telah disediakan tadi
  5. Biarkan sampai tisu kering lebih kurang dalam masa 20-30 minit. Kemudian. baru bilas dengan air suam.

Lakukan 3-4 kali seminggu secara konsisten.

Sumber: Facebook Zana Mokhtar

ASHRAF MUSLIM Bahagia Hidup Berpoligami, Isteri Kedua Hamil Lagi!

ASHRAF MUSLIM Bahagia Hidup Berpoligami, Isteri Kedua Hamil Lagi!

Dari mata kasar, dillihat kehidupan berpoligami ni sangat mudah dan menyeronokkan. Iya lah, lelaki mana yang tidak suka apabila dapat beristeri dua atau lebih. Cantik-cantik pula tu. Namun, hidup berpoligami bukan suatu perkara mudah kerana seseorang suami itu bukan sekadar perlu berlaku adil terhadap pasangan namun harus bijaksana dan disiplin dalam mengemudi rumah tangga.

Bertuah nasib badan pelakon lelaki kacak Ashraf Muslim apabila dia dilihat berjaya mengharungi kehidupan perkahwinan berpoligami dengan baik bersama kedua-dua isterinya.

Apa yang menariknya, bilangan ahli keluarga Ashraf Muslim akan bertambah lagi apabila isteri keduanya, Wan Sakinah kini sedang hamil anak ketiga. Ashraf berkongsi sendiri berita gembira itu kepada peminatnya di laman instagram miliknya. Ashraf turut dihujani dengan ucapan tahniah daripada peminat dan juga rakan artis.

Walaupun sudah masuk minggu kedua Syawal, Ashraf Muslim dan kedua-dua isterinya masih lagi dalam mood beraya kerana mereka sekeluarga masih berkesempatan pulang ke kampung halaman yang terletak di Serkam Pantai, Melaka. Untuk Syawal kali ini, Ashraf dan dua bidadari syurganya memilih busana raya sedondon berwarna coklat.

 

Ashraf berkahwin dengan isteri pertama, Dr Noor Dayana Lokman pada 30 Ogos 2011 di Makkah dan kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi pada 7 Julai 2013 di Selatan Thailand. Hasil dua perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Sarah Ashraf (4 tahun), Adam Ashraf (3 tahun), dan Anas Ashraf (2 tahun).

Gembira melihat pasangan ini boleh hidup dengan bahagia lebih-lebih lagi melihat hubungan antara Dayana dan Sakinah yang sangat akrab seperti adik-beradik yang tidak dapat dipisahkan walaupun terpaksa berkongsi suami dan hidup bermadu. Tidak semua wanita yang sanggup dimadukan. Diharapkan semoga hubungan baik antara mereka sekeluarga terus berkekalan dan terus dilindungi.

Ini Larangan Yang Harus Dipatuhi WANITA Arab Saudi, Kalau Tidak Akan Dihukum!

Ini Larangan Yang Harus Dipatuhi WANITA Arab Saudi, Kalau Tidak Akan Dihukum!

Suatu ketika dahulu, negara Arab Saudi menjadi satu-satunya negara yang tidak membenarkan golongan wanita untuk memandu kereta. Namun bermula semalam, kaum wanita di negara Timur Tengah itu menyambut berita gembira apabila mereka dibenarkan untuk memandu kereta secara sah.

Setelah sekian lama terkurung dan hanya boleh meminta bantuan abang, suami, saudara lelaki atau menggunakan perkhidmatan Uber untuk ke sesuatu destinasi, kini golongan wanita di sana seperti mencapai kemerdekaan kerana boleh memandu kereta ke mana-mana sahaja dan boleh membuat permohonan lesen memandu.

Arab Saudi atau Kingdom of Saudi Arabia (KSA), merupakan sebuah negara Arab yang berada di wilayah Asia Barat dan negara ini merupakan negara terbesar ke 5 di Asia. Selain wanita tidak dibenarkan memandu, negara ini juga memang terkenal sebagai negara yang melaksanakan pelbagai peraturan ketat lain terhadap golongan wanita di negara tersebut. Sebahagian daripada larangan tersebut ada berdasarkan Syariat Islam dan sebahagian lagi diusulkan oleh Pejabat Pemerintah.

Berikut adalah contoh larangan-larangan ketat yang dijalankan oleh pemerintahan Arab Saudi kepada kaum wanita di sana.

 

1. MENUTUP AURAT

Pakaian menjadi salah satu yang sensitif bagi masyarakat di sana. Sebagai negara Islam, kerajaan tersebut memerintahkan supaya wanita mengenakan pakaian yang panjang dan tidak menampakkan bentuk tubuh badan selari dengan Syariat Islam yang mewajibkan kita untuk menutup aurat. Umumnya, pakaian yang hanya digunakan adalah abaya yang berwarna hitam. Wanita yang didapati tidak memakai abaya akan ditangkap dan diberikan hukuman.

 

2. AKSESORI WANITA TIDAK DIBENARKAN

Memakai aksesori atau hiasan tambahan seperti rantai juga tidak dibenarkan dan dilarang keras. Selain itu, wanita di negara ini juga dilarang untuk mengenakan solekan di wajah.

 

3. KELUAR TANPA IZIN

Keluar tanpa izin daripada suami atau wali lelaki adalah dilarang. Wanita juga tidak diizinkan untuk meninggalkan rumah sendiri dan dilarang menerima tetamu lelaki dan apatah lagi untuk berinteraksi dengan lelaki bukan Mahram.

 

4. ACARA SUKAN

Wanita di Arab Saudi berdepan halangan untuk bersukan. Mereka perlu memakai pakaian menutup aurat di tempat awam, mematuhi peraturan pengasingan gender yang ketat dan mendapatkan kebenaran daripada penjaga lelaki untuk mengembara, belajar atau berkahwin.

Kali pertama negara yang kaya hasil minyak itu menghantar atlet wanita ialah Olimpik 2012 di London.

 

 

5. PERKAHWINAN

Perempuan yang ingin berkahwin degan warga asing perlu mendapatkan kebenaran dan persetujuan daripada Kementerian Dalam Negeri terlebih dahulu, namun perkara ini tidak tertakluk bagi golongan lelaki.

Bagaimanapun, Arab Saudi dilihat semakin memberi kelonggaran kepada beberapa peraturan susulan pelancaran Wawasan 2030 yang menyaksikan perubahan ekonomi dan sosial, yang antara lain menyasarkan peningkatan tenaga kerja wanita.

 

Sumber: Tribunnews.com

Empat Stail Fesyen Ni Nampak Pelik, Tapi NEELOFA ‘Nailed It’!

Empat Stail Fesyen Ni Nampak Pelik, Tapi NEELOFA ‘Nailed It’!

Selebriti terkenal yang cukup versatile, Neelofa memang tidak dapat lari daripada kecaman netizen kerana gaya fesyen yang pelik dan agak unik. Tidak semua netizen dapat menerima gaya fresh yang cuba ditonjolkan Neelofa setiap kali muncul di khalayak ramai.

Neelofa sebelum ini pernah mendapat kecaman daripada netizen kerana menggayakan ‘pouch beg’ besar di pinggang dan digayakan bersama jaket dan seluar oren serta turban. Ada juga yang mempertikaikan kenapa Neelofa seorang selebriti popular mahu bergaya sebegitu rupa dan menganggap beliau sebagai mangsa fesyen.

Tapi apa yang anda tidak tahu sebenarnya Neelofa merupakan seorang yang celik fesyen. Dia berani mengambil inspirasi fesyen daripada benua Eropah yang memang sudah menjadi ikutan masyarakat di sana untuk digayakan sesuai dengan dirinya yang sukakan fesyen.

Nampaknya, ramai yang kena ambil tahu tentang perkembangan fesyen terkini dunia dan perlu kaji terlebih dahula sebelum mengkritik. Lagipun, jenama pakaian yang digayakan oleh Neelofa bukan calang-calang ya. Ia antara jenama antarabangsa yang menjadi pilihan artis antarabangsa seperti Beyonce, Dua Lipa dan Jennifer Lawrence.

 

DONIA ALLEGUE

 

MARC JACOBS

 

DIOR

 

EMPORIA ARMANI

“Habis Tercabut Semua Bulu Mata,” Baca Ni Untuk Tip Pemakaian MASKARA Yang Sempurna!

“Habis Tercabut Semua Bulu Mata,” Baca Ni Untuk Tip Pemakaian MASKARA Yang Sempurna!

Memiliki bulu mata yang panjang dan melentik akan menyerlahkan lagi penampilan anda. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk mendapat bulu mata yang cantik. Salah satu caranya adalah dengan menggunakan maskara.

Jika anda berasa malas untuk mengenakan solekan yang tebal pada wajah ketika ingin keluar rumah, cuba tambah maskara. Pasti akan memberi efek fresh look dalam penampilan anda.

Solekan yang kemas terutamanya pada bahagian mata adalah sangat penting untuk sentiasa tampil cantik dengan mata galak. Ini ada beberapa tip cara memakai maskara yang tepat dan baik.

1. PILIH MASKARA YANG TEPAT

Dipasaran, terdapat pelbagai jenis maskara yang memberikan efek yang berbeza-beza untuk bulu mata. Ada maskara yang menjanikan kesan lebat, panjang dan tahan lama. Kenali jenis bulu mata anda dan cuba cari maskara yang mempunyai formula yang khusus.

 

2. WARNA HITAM TERBAIK

Warna hitam sangat sesuai untuk dipakai oleh semua orang. Namun, tidak menjadi masalah jika anda ingin cuba bermain dengan rona coklat dan sebagainya. Maskara warna hitam juga sesuai bagi mereka yang berambut perang.

 

3. SUDAH TIGA BULAN? BUANG!

Jika mascara anda sudah melebihi tiga bulan. Buang saja dan gantikan dengan yang baharu. Dan jangan tunggu sehingga warna maskara berubah warna dan berbau kerana akan menjejaskan kesihatan mata.

 

4. GUNA MASKARA KALIS AIR BILA PERLU SAHAJA

Penggunaan maskara yang mempunyai formula kalis air juga sangat sukar untuk dibuang kerana anda perlu menggosok dengan kuat dan akan membuatkan bulu mata anada gugur. Jangan terlalu kerap maskara yang kalis air. Pakai hanya ke majlis yang tertentu sahaja.

 

5. PELENTIK BULU MATA

Gunakan pelentik bulu mata dari pangkal bulu mata dan perlahan-lahan sehingga ke hujung bulu mata. Ulang langkah ini beberapa kali sehingga boleh lihat perubahannya.

 

6. MAKE UP REMOVER

Jangan lupa bersihkan maskara selepas seharian dan gunakan make up remover yang berunsurkan minyak kerana minyak akan membantu menanggalakan kotoran dengan lebih pantas. Selain itu, jangan tidur dengan maskara yang belum dicuci kerana ini akan membuatkan mata senang dijangkiti kuman.

Pelihara bulu mata dengan beberapa langkah mudah ini dalam pemakaian maskara yang sempurna agar bulu mata sentiasa sihat.

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: