•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Ramai wanita yang mengenakan kanta lekap sebenarnya mengundang risiko tertentu terhadap kesihatan mata.  Bukan untuk menakut-nakutkan tetapi realitinya sudah ramai di antara mereka mengalami masalah penglihatan akibat kesan penggunaan kanta lekap yang tidak diiktiraf dan kurang peka terhadap aspek kebersihan.

Berdasarkan kajian yang dijalankan Jennifer Cope iaitu pegawai perubatan di Waterborne Disease Prevention Branch of the Centers for Disease Control and Prevention dan pasukannya mendapati 81 peratus belia dan 88 peratus orang dewasa terjebak dengan sekurang-kurangnya satu kesalahan penggunaan kanta lekap sekali gus meningkatkan risiko jangkitan mata.

“Amalan kebiasaan yang dilakukan kebanyakan individu sehingga mengalami jangktian mata termasuk tidur dengan kanta lekap, tidak menggantikan bekas dan kanta lekap itu sendiri dengan cara yang betul di samping gemar memakai kanta lekap ketika berenang,” ujar Jennifer.

Penggunaan kanta lekap sebenarnya tidak membahayakan pengguna namun langkah pencegahan daripada terkena jangkitan mata harus diutamakan. Ini kerana pemakaian kanta lekap adalah cukup sensitif terhadap mata lebih-lebih lagi apabila menyentuh soal kebersihan.  Cara terbaik untuk melindungi mata anda dan memelihara penglihatan adalah menerusi rutin penjagaan kanta lekap yang sempurna.

Cara Untuk Memastikan Kanta Lekap Selamat Dipakai

  • Jika terasa jangkitan pada mata, segera tanggal kanta lekap. Mata merah, sakit dan gatal merupakan antara tanda berlakunya jangkitan pada mata. Elakkan memakainya selama beberapa hari dan jika masih mengalami perkara sama, segera berjumpa pakar mata
  •  Jangan sesekali tidur bersama kanta lekap. Ia antara penyebab utama yang mengundang jangkitan. Meskipun hanya tidur sebentar dalam keadaan masih memakai kanta lekap, ia tetap meningkatkan risiko jangkitan sehingga enam ke lapan kali ganda. Ingat, mata memerlukan oksigen dan kegagalan menanggalkannya sewaktu tidur mengehadkan kemasukan oksigen untuk mata

 

 

  • Tukar kanta lekap ikut tempoh ditetapkan. Jika ‘jangka hayat’ kanta lekap hanya sesuai dipakai untuk seminggu atau pun 30 hari, pastikan anda tidak menggunakannya melepasi tempoh tersebut. Penggunaan kanta lekap lebih lama daripada yang sepatutnya akan menggalakkan pembiakan bakteria dan meningkatkan risiko jangkitan
  • Jangan basuh kanta lekap dengan air sinki. Ini kerana ia mengandungi parasit yang mampu menjejaskan penglihatan dikenali sebagai acanthamoeba keratitis. Untuk langkah selamat, elakkan mandi atau basuh muka anda ketika masih memakai kanta lekap. Situasinya sama jika membasuh kanta lekap dengan menggunakan air sinki. Tangan juga harus bersih dan kering sebelum menyentuh kanta lekap
  • Jangan memakai kanta lekap ketika berenang. Kepelbagaian mikroorganisma yang hidup dalam air kolam renang adalah sama seperti yang ditemui dalam air sinki. Untuk itu, pastikan anda menanggalkannya terlebih dahulu sebelum berenang.

Cara membersihkan kanta lekap yang salah

  • Guna fresh solution setiap hari. Jika lihat cecair pembersih kanta lekap dalam bekas berkurangan, jangan hanya menuang dan menambah cecair tersebut ke dalamnya semata-mata. Sebaliknya, anda perlu pastikan bekas itu kosong dan bersih terlebih dahulu setiap kali menanggalkan kanta lekap dan isikan dengan cecair baru apabila ingin menyimpannya ke dalam bekas semula.
  • Tukar bekas kanta lekap secara berkala. Sebaiknya, tukar bekas kanta lekap yang baru apabila tempoh penggunaan kanta lekap sudah tamat. Ia baik untuk mengelakkan pembiakan  bakteria di dalamnya.

Jangan Lupa Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: