Keputihan merupakan perkara normal bagi kebanyakan wanita. Ia terjadi disebabkan pelbagai faktor dan lazimnya tidak membahayakan selagi tidak berwarna kuning atau kehijauan serta mengeluarkan bau kurang enak. Sebagai umat Islam yang mementingkan kebersihan terutamanya apabila mengerjakan ibadah, lendir keputihan yang keluar adakalanya mengundang rasa curiga dalam diri wanita itu sendiri sama ada wuduk yang diambil adalah sah atau sebaliknya.

Dalam mencari kepastian tentang perkara ini, Prof Dr Imelda dari Pusat Perubatan Universiti Malaya tampil memberi penjelasan. Malah, ia turut disokong oleh Pensyarah Syariah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Yasmin Khaula dan Ustaz Ahmad Faidzal Abdul Latif yang mempunyai kelulusan Syariah dari Universiti Al-Azhar yang mengesahkan fiqah wanita berkenaan isu keputihan.

Kaitan Antara KEPUTIHAN, Cecair Yang Keluar Dari Faraj & Hukum WUDUK! Wanita ISLAM Kena Ambil Tahu
Fatwa Majlis Jordan seperti yang dikongsikan oleh Prof Dr Imelda

PERTAMA:
Segala yang mengalir di dalam tubuh bila keluar di luar badan dinamakan najis seperti darah, kencing, muntah, tahi.

KEDUA:
Jika keputihan, cecair atau lendir itu yang berasal dari luar faraj dan rahim (iaitu bahagian kemaluan di luar yang boleh dibasuh), maka ia bukan najis dan tidak membatalkan wuduk.

KETIGA:
Jika keputihan cecair atau lendir datangnya dari dalam faraj atau rahim tetapi belum lagi keluar dari dalam faraj, ia bukan najis sehingga ia keluar daripada pintu faraj. Tidak ada dalam Islam yang menyuruh kita meruang.

KEEMPAT:
Bila keputihan keluar daripada faraj, ia membatalkan wuduk. Cuci kemaluan dan ambil wuduk semula.

KELIMA:
Jika semasa solat, keluarnya cecair dan kita tidak pasti sama ada cecair itu asalnya datang dari luar atau dari dalam faraj, tidak batal wuduk.

KEENAM:
Jika semasa solat, keluarnya cecair yang datang dari faraj dan kita tidak sengaja sebab ini adalah di luar kawalan wanita, ramai ustaz ustazah berpendapat solat kita tidak batal, tetapi cuci dan ambil wudu semula dan pakai pad/panty liner apabila masuk waktu untuk solat yang kemudian, seperti juga kencing yang tidak lawas.

==================================================

Kaitan Antara KEPUTIHAN, Cecair Yang Keluar Dari Faraj & Hukum WUDUK! Wanita ISLAM Kena Ambil Tahu

Kaitan Antara KEPUTIHAN, Cecair Yang Keluar Dari Faraj & Hukum WUDUK! Wanita ISLAM Kena Ambil Tahu

Sekarang saya nak tunjuk pula anatomi wanita yang ramai ustaz ustazah tidak tahu, tetapi ini sebenarnya menyokong pendapat ulama. Sila lihat gambar.

Saya sampaikan pendapat daripada ilmu sains kesihatan wanita yang juga tidak bercanggah dengan pendapat ustaz dan Ustazah. Memang tidak ada kelenjar di dalam faraj yang membuat cecair atau lendir kelembapan faraj. Semua lendir yang bukannya berpenyakit dan bukannya darah (bukan haid, wiladah, nifas dan istihadah) datang dari 3 tempat dan semua wanita yang subur dan sihat mengalaminya:

1) Kelenjar Bartholin’s Gland

Tempatnya di luar faraj dan luar rahim. Ia mengeluarkan lendir dari di pintunya di sebelah permukaan luar dinding faraj. Ia membasahkan permukaan luar Qubul dan dinding faraj. Tidak ada bau dan adakalanya lendir ini keputihan sedikit dan adakala seakan-akan kekuningan sedikit terutamanya jika sudah dibiarkan kering berkerak di seluar dalam, dan ia boleh menjadi lebih melekit jika wanita tak minum air dengan secukupnya (dehydration)

Ini lah dinamakan Ruthubah Al-Faraj atau Rutubatul Farj. Hukumnya BUKAN NAJIS, seperti peluh di badan kita. Tidak membatalkan wudu. Tanpa lendir ini wanita tidak akan selesa membuat hubungan kelamin. Kelenjar Bartholin’s ini mengeluarkan lebih lagi lendir semasa hubungan kelamin.

Ini lah dinamakan MAZI. Sebab ia keluar dalam keadaan shahwat, ia membatalkan wuduk. Kena mandi hadas jika persetubuhan berlaku, walaupun ia datangnya dari kelenjar yang sama yang membuat Ruthubah Al-Faraj. Tugas kelenjar Batholin’s juga menjaga kelembapan faraj sentiasa, melindungi kulit faraj daripada serangan bakteria dan juga air kencing yang datang daripada saluran urethra.

Jika faraj kering, wanita tidak akan rasa selesa apabila terkena air kencing. Sewaktu selesai kencing kelenjar ini akan mengeluarkan lendir keputihan yang melindungi dinding faraj. Inilah yang dinamakan WADI iaitu lendir keputihan yang didapati keluar selepas kencing. Sebab bercampur air kencing, ia dikira NAJIS. Memang pun selepas kencing, kita cuci kemaluan dan ambil wuduk semula.

2) Kelenjar Skene’s Gland itu sekarang dikenali dengan nama baru, iaitu Prostate Wanita. Ia menjadi bengkak dalam shahwat dan mengeluarkan air MANI pada masa persetubuhan, juga di luar pintu faraj. Ia BUKAN NAJIS, tapi sebab keluar dalam shahwat, membatalkan wuduk dan kena mandi hadas.

3) Cervical mucus
Ini adalah lendir atau keputihan yang datang dari pangkal rahim bagi wanita yang subur di antara haid. Ia juga dikeluarkan semasa mengandung dengan tujuan melindungi wanita daripada kemasukan kuman, dan menetapkan pH yang seimbang di dalam faraj.

Bila ia keluar daripada faraj, walaupun ia BUKAN PENYAKIT, ia digelar NAJIS dan membatalkan wuduk. Tak perlu mandi hadas sebab bukan dalam shahwat, tetapi sebab ia NAJIS kena bersihkan seluar dalam atau tukar panty liner.

Kaitan Antara KEPUTIHAN, Cecair Yang Keluar Dari Faraj & Hukum WUDUK! Wanita ISLAM Kena Ambil Tahu

Prof Dr Imelda,
Pusat Perubatan Universiti Malaya,
Kuala Lumpur.

Sumber: Facebook Imelda Balchin

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI