Meraikan kempen Fall 2017, jenama perhiasan kemas Tiffany & Co menerusi Ketua Pegawai Artistik, Reed Krakoff memperkenalkan rekaan ‘There’s Only One’, iaitu himpunan yang mengangkat kuasa individual setiap manusia.
Menariknya, enam personaliti dari disiplin yang berbeza dipilih untuk merealisasikan visi ini iaitu Elle Fanning, David Hallberg, Zoe Kravitz, Janelle Monae, Cameron Russell serta Annie Clark.
Lihatlah sendiri foto kempen yang dirakam oleh jurufoto terkemuka Inez & Vinoodh ini, tiap satunya dalam stail tersendiri bersama perhiasan ikonik Tiffany. Memang unik! #theresonlyone
Kempen #BreakTheBias Sempena Hari Wanita Sedunia, Ketahui Makna Isyarat Tangan Ini
Tanggal 8 Mac sinonim dengan sambutan Hari Wanita peringkat antarabangsa dan diraikan setiap tahun di seluruh dunia. Pada 2022, tema #BreakTheBias dipilih sebagai simbolik memperjuangkan hak setiap manusia.
Bayangkan sebuah dunia yang adil untuk lelaki dan wanita. Dunia yang bebas dari stereotaip, diskriminasi atau sifat berat sebelah. Dunia yang pelbagai, dimana setiap perbezaan atau kelainan diterima baik.
Dengan ikatan yang kukuh sesama wanita, kita mampu mewujudkan ‘dunia’ itu dan sama-sama #BreakTheBias.
STRIKE THE POSE
Bias, atau sifat berat sebelah sebenarnya mengekang perjalanan wanita untuk terus melangkah maju. Walaupun ramai yang menyedari kewujudan bias dalam masyarakat, tapi usaha mengatasinya masih berkurangan.
Jika anda melihat situasi berat sebelah atau gender bias, adakah anda mahu membantu mencegahnya?
Silangkan lengan anda seperti ini sebagai tanda solidariti.
Inilah pose atau isyarat rasmi #BreakTheBias sempena Hari Wanita Sedunia 2022. Kongsikan pose ini dengan hashtags #IWD2022 dan #BreakTheBias agar lebih ramai orang dapat menyertai kempen ini di media sosial.
Pemain tenis Amerika, Venus Williams turut menyokong penuh kempen tahun ini kerana baginya semua wanita mempunyai impian. Namun jika bias masih berleluasa, impian itu akan musnah dan tiada impian yang mampu dicapai lagi.
Tonton video Hari Wanita Sedunia 2022 bersama Venus Williams ini…
#VenusWilliams on #BreakTheBias 🙅🏽♀️ “Breaking the bias has been my life…I was never expected to hit the courts at #Wimbledon. But I did. Why? Because breaking the bias is living your dream & not letting any stereotype or any perception stop you.” https://t.co/dQTZMH7nI7 #IWD2022
— Women’s Day (@womensday) March 5, 2022
Jadi, sama-sama kita sokong perjuangan Hari Wanita Sedunia tahun ini dengan membuat pose #BreakTheBias – cuma silangkan lengan sebagai tanda komitmen kita menolak bias, mencegah sifat berat sebelah dan stereotaip, mengecam ketidakadilan serta diskriminasi terhadap sesama wanita.
Masih bergantung dengan lelaki? Wanita yang kuat adalah wanita yang berdikari, tak pernah takut menjadi diri sendiri dan bahagia seadanya. Selamat menyambut Hari Wanita buat semua pembaca Majalah Nona!
Makin Cantik Berhijab, Farah Nabilah Zahir Ucapan Terima Kasih Doa Kebaikan Buat Keluarganya
Tergambar riak bahagia di wajah pelakon yang menempa populariti menerusi drama Titian Cinta ini. Bermula dengan fasa perkahwinan kemudian bergelar ibu, kini Farah Nabilah mencuri perhatian apabila mengambil keputusan untuk berhijab.
Tidak mahu mengulas panjang tentang keputusannya untuk berhijab namun ibu kepada Andre Omar mengiyakan apabila diajukan pertanyaan tersebut.
“Saya tak ada nak komen apa-apapun. Lagipun saya rasa tak perlu diumumkan pun.
Cuma apa-apapun saya nak ucapkan terima kasih banyak kerana ramai yang mendoakan hal ini serta segala kebaikan kepada keluarga saya,” kata Farah Nabilah yang sebelum ini sering memuatnaik gambar memakai selendang di laman media sosialnya.
Teringat ketika pertemuan kami di sebuah majlis pelancaran tudung dahulu dan sempat bertanya rahsia wanita cantik ini menjaga kulitnya yang halus itu.
“Saya jaga kecantikan kulit dengan banyak minum air. Pagi-pagi saya akan minum perahan lemon bersama air panas. Sikit jer pati lemon tu terus minum. Tanpa gula dan dengan perut kosong. Petua ini baik untuk detoks kulit. Sebab kan saya tak sempat nak exercise so banyak minum camtu kulit akan detoks sendiri,” terang Farah sambil tersenyum.
Farah Nabilah dan suaminya telah diijabkabulkan pada 20 Disember 2019 di Mutiara Ballroom, Royale Chulan Damansara dan melahirkan Andre pada 22 Oktober 2020 bersamaan 5 Rabiulawal 1442.
Demi Negara, Ratu Cantik England 2019 Ini Sanggup Tanggalkan Mahkota & Sarung Baju PPE!
Ratu Cantik Miss England 2019 telah mengambil keputusan meninggalkan kerja amal yang dilaksanakan sekarang untuk kembali ke United Kingdom bagi meneruskan kerjayanya sebagai seorang doktor dalam usaha memantu pandemik COVID-19.
“Saya rasa bersalah memegang gelaran Ratu Cantik England ketika dunia berperang melawan virus termasuk rakan-rakan saya,” jelas Dr. Bhasha Mukherjee yang mengambil cuti dari kerjayanya sebagai doktor junior bagi memberi fokus untuk bertanding dalam pertandingan Miss World pada Disember 2019.
Mukherjee, 24 tahun mewakili England telah dijemput menjadi duta untuk beberapa badan amal. Beliau merancang untuk memberi tumpuan kepada kerja kemanusiaan sehingga Ogos tahun ini.
“Saya dijemput ke Afrika, Turki, India, Pakistan dan beberapa negara Asia lain untuk menjadi duta kepada kerja-kerja kebajikan,” katanya kepada CNN.
Dalam serangan COVID-19 yang semakin teruk di United Kingdom, Mukherjee mendapat mesej daripada bekas rakan sekerja di hospital lamanya, Hospital Pilgrim di Boston, memberitahu betapa sukarnya keadaan mereka sekarang. Lantas, Mukherjee menghubungi pasukan pengurusan hospital untuk memberitahu mereka bahawa dia mahu kembali bekerja.
Beliau memberitahu CNN bahawa beliau merasa bersalah memakai mahkota Miss England, walaupun untuk kerja-kerja kemanusiaan, sementara orang di seluruh dunia mati akibat coronavirus.
View this post on InstagramA post shared by Dr Bhasha Mukherjee (@bhasha05) on
“Apabila anda melakukan semua kerja kemanusiaan ini di luar negara, anda masih dianggap sebagai seorang ratu cantik yang memakai mahkota dan sentiasa bersiap untuk kelihatan cantik. Tetapi buat masa sekarang saya mahu pulang ke rumah dan terus bekerja.
Saya merasakan ini adalah masa terbaik untuk saya kembali dan menjadi sebahagian daripada rakan-rakan doktor lain dalam usaha membantu mereka dan rakyat England. Saya tahu, saya dapat membantu. Inilah masa yang tepat bagi saya untuk menjadi Miss England dan membantu England pada masa yang diperlukan,” katanya.
Mukherjee telah kuarantin diri selama satu hingga dua minggu, sebelum dia boleh kembali bekerja sebagai doktor di Hospital Pilgrim. Sehingga hari ini, United Kingdom telah mencatatkan lebih daripada 51,608 kes jangkitan dan hampir 5,373 kematian akibat COVID-19.
Sumber: CNN & Astro Awani