• 12.4K
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    12.4K
    Shares

Sejak Personaliti TV, Farrah Adeeba memuat naik status di Instagram mengenai perjalanan rawatan kesuburan In Vitro Fertilization (IVF) yang sedang dilaluinya lebih dua minggu lalu, pelbagai kata-kata semangat dan doa menghujani ruangan komen wanita berjiwa cekal ini. Tidak kira yang sudah bergelar ibu, sedang melalui prosedur rawatan serupa mahupun yang masih belum berkahwin, masing-masing menjentik aura positif buat Farrah.

Bukan mudah bagi public figure sepertinya berkongsi sisi peribadi kepada khalayak mengenai perkara yang agak sensitif bagi kebanyakan wanita ini. Namun, bersandarkan niat untuk mendorong semangat wanita khususnya yang kepingin menimang cahaya mata, dia memberanikan diri berbuat demikian. Apatah lagi, sudah 15 tahun Farrah dan suami berusaha untuk mempunyai zuriat sendiri.

Mengenali perwatakan Pengusaha Restoran Padangs on Wheels yang sarat dengan sifat ceria, peramah dan tidak jemu mengajak orang ramai ke arah kebaikan membuatkan sesiapa sahaja berasa senang berada di sampingnya. Malah, ketika meminta keizinan Farrah untuk memanfaatkan kisah ini sebagai inspirasi kepada wanita di luar sana jawapan yang diberikan cukup ringkas. “If it helps those like me, please do.”

Berdasarkan coretan Farrah, meskipun ramai yang reluctant untuk berkongsi mengenai rawatan IVF secara terang-terangan tapi pengacara tv ini mengambil pendekatan berbeza. Akuinya, pada awal proses rawatan dia terpaksa menyuntik diri sendiri dengan ubat hormon untuk merangsang tumbesaran telur di samping perlu mengambil vitamin dan mengamalkan diet yang tinggi kandungan protein. Selepas selesai rutin tersebut dan mengenalpasti telur yang sihat dan matang, Farrah kemudian perlu menyuntik ubat hormon sekali lagi dengan dos lebih tinggi.

Disebabkan suntikan tersebut, dia pernah pengsan kerana mengalami hypo akibat kemasukkan hormon yang tinggi selain keadaan tubuh yang tidak mendapat kandungan gula mencukupi. Pada 21 Oktober lalu, 2 telur yang telah matang berjaya dihasilkan namun hanya 1 yang survived.

Selepas beberapa hari menanti, alhamdulillah dengan izin Allah dia berjaya melepasi prosedur Embrio Transfer pada 16 November lepas.

KEPUTUSAN IVF

Benarlah, manusia hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan. Enggan menyalahkan takdir atas apa yang berlaku hari ini, Farrah kuat mengharungi perkhabaran doktor tentang keputusan IVFnya semalam.

“Doktor dah dapat result. Dia tanya hendak whatsapp atau call. Saya jawab whatsapp pun ok. I just wanted to deal with my feelings on my own. The result was negative. My heart sunk a little. But I never doubted His decision for me. I can’t see the wisdom just yet. It does not matter.

Saya tak menangis. Selepas solat, saya terus mendukung Harith. Perasaan sangat indah bila dapat kembali memeluknya dalam pangkuan selepas dua minggu tak dapat mendukungnya atau mengangkat benda berat. Ya Allah puasnya. Dah 2 minggu duduk baring dekat bilik tamu. So now, i shall drive!

Saya kemudian telefon mama & mesej ama. Kedua-duanya memberi kata-kata motivasi kepada saya tanpa henti. Tapi ada beberapa momen yang hampir membuatkan saya menangis. Well the 2 weeks were my closest experience to pregnancy I guess. Saya hanya mahu merasa ‘sempurna’ sebagai seorang wanita sebagaimana yang dilalui wanita lain. I kept asking for what is best. So He gave what is best.

Salam takziah buat Farrah sekeluarga. Moga ada hikmah di sebalik semua ini dan diharapkan agar Farrah terus tabah serta tidak berhenti memberi inspirasi kepada para wanita di luar sana.

 

 

 

 

Jangan Lupa Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: