Gara-gara tindakan Siti Sarah memuat naik satu video yang tidak membeli barang dijual seorang lelaki tua mendapat kecaman netizen. Tindakan penyanyi yang baru pulang mengerjakan umrah itu untuk bergurau dengan bapa kandungnya disalah erti oleh netizen sehingga beliau dituduh biadap!
Bagaimanapun dalam entry terbaru di laman instagramnya, Sarah menjelaskan bahawa video itu hanyalah sekadar gurauan kerana lelaki tua yang berada dalam video tersebut ialah bapa kandungnya sendiri, Raissuddin Hamzah.
Siti Sarah dianggap biadap kerana dikatakan tidak membeli barang yang dijual oleh lelaki tua berkenaan.
” Ada pihak yang kurang bijak mengatakan saya biadap sebab tak beli barang pakcik ni! Nak beli apanya, dia beli untuk diri dia sendiri kami cuma bergurau”. ujarnya.
https://www.instagram.com/p/BkO8AZbF95y/?hl=en&taken-by=sitisarahraissuddin
sumber: instagram Siti Sarah
Cantiknya, Penampilan TENGKU PERMAISURI SELANGOR Berhijab Curi Tumpuan!
Penampilan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin sentiasa menjadi tumpuan. Tidak hanya dalam kalangan rakyat Selangor, bahkan pesona baginda turut dikagumi masyarakat berbilang kaum di seluruh negara. Raut wajah cantik dan lembut serta senyuman yang tidak lekang di bibir membuatkan ramai yang terpegun dengan keanggunan Tengku Permaisuri Norashikin.
Sempena sambutan Maulidur Rasul pada 9 November lalu, DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1441 Hijrah / 2019 peringkat Negeri Selangor di Stadium Malawati, Shah Alam.
Turut mengiringi keberangkatan baginda ialah DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan anakanda, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.
Terdahulu, DYTM Tengku Amir Shah memimpin perarakan sejauh dua kilometer bermula dari pintu gerbang Stadium Shah Alam. Segak menyarung baju melayu rona merah hati yang lengkap bersamping merah dan kuning…. Tengku Amir Shah tenang memimpin perarakan yang membabitkan hampir 4, 000 peserta daripada 77 kontinjen.
Majlis sambutan kemudian diisi dengan persembahan nasyid dan tazkirah khas Maulidur Rasul oleh Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid. Pada majlis ini, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Norashikin dilihat tampil sedondon dalam persalinan indah rona lembut merah jambu.
Sultan Selangor kelihatan segak mengenakan baju melayu merah jambu bersama samping songket kuning cair. Sementara Tengku Permaisuri Selangor pula anggun berbusana tradisi kurung merah jambu dan putih serta lengkap berhijab polos putih gading. Tampil dengan gaya sederhana, Tengku Permaisuri Norashikin turut dilihat menjinjit beg tangan berwarna putih selain memilih rantai mutiara putih sebagai pelengkap gaya. Ringkas namun tetap memukau!
Dalam majlis ini Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor turut meluangkan masa beramah mesra dan bersalaman dengan para hadirin. Sebelum mengakhiri majlis, DYTM Tengku Amir Shah turut berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang papan sepanduk dan kontinjen perarakan terbaik.
Kredit: Facebook Selangor Royal Official
Bergabung Di Atas SATU PENTAS, Afgan & Ungu Bakal Adakan Konsert Terunggul Di SHAH ALAM
Lagu-lagu Ungu Band seperti Kekasih Gelapku, Demi Waktu, Tercipta Untukku sentiasa menjadi siulan peminat. Begitu juga Afgan, namanya sudah tidak perlu diperkenalkan lagi sebagai penyanyi solo Indonesia yang berbakat besar.
Tapi pernahkah anda membayangkan dua nama gergasi dari Indonesia ini bergabung di bawah satu konsert?
Buat julung kalinya, Popcorn Studio membawakan gandingan sensasi genre pop/balada dan rock balada Indonesia di dalam satu konsert yang pastinya ditunggu-tunggu oleh peminat muzik tempatan.
Konsert Terunggul Afgan & Ungu akan diadakan pada 6 Oktober 2017 (Jumaat), pukul 8.30 malam bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam bakal menampilkan Afgansyah Reza atau Afgan sebagai bintang utama dan kumpulan Ungu sebagai pembuka tirai.
Kali ini dan berbeza dengan konsert sebelum ini, Afgan akan membuai perasaan peminat dengan persembahan melalui seleksi lagu-lagu hits miliknya selain rantaian lagu popular masa kini.
Konsert bertemakan rock dan jazz balada dijangka mengambil masa selama dua jam akan menyenaraikan lagu-lagu terkenal Afgan seperti Terima Kasih Cinta, Padamu Ku Bersujud, Jodoh Pasti Bertemu, Katakan Tidak, Untukmu Aku Bertahan dan lain-lain termasuk Pesan Cinta dan Bukan Cinta Biasa yang melodinya akan digubah semula.
Selain Afgan, Ungu juga menjanjikan persembahan yang pastinya akan mencipta mood ‘cinta’pada pembukaan tirai konsert dengan alunan lagu-lagu rock balada popular mereka seperti Tercipta Untukku, Demi Waktu, Kekasih Gelapku, Cinta Dalam Hari dan Aku Tahu.
Tiket konsert dijual pada harga RM130 (Bronze), RM150 (Silver), RM200 (Gold), RM200 (Rock Zone), RM250 (VIP) dan RM350 (Platinum) boleh didapati melalui www.ticketpro.com.my.
Trivia Afgan Syahreza
- Afgan menghasilkan debut album berjudul Confession No.1 pada Januari 2008.
- Afgan dikatakan sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang ekonomi di Kampus MONASH University Sunway, Malaysia.
- Sering digosipkan mempunyai hubungan istimewa dengan penyanyi Rossa.
- Antara lagu popular afgan termasuklah Terima Kasih Cinta, Panah Asmara dan Pesan Cinta.
Trivia Ungu
- Ungu atau Ungu Band adalah sebuah kumpulan muzik dari Indonesia dan dianggotai vokalis Pasha, pemain bass Makki, pemain gitar Onci dan Eda serta pemain dram, Rowman.
- Ungu diitubuhkan pada 1996, dan tahun ini kumpulan ini sudah 21 tahun ditubuhkan.
- Kumpulan Ungu pernah terjun ke dunia filem dengan membintangi filem Purple Love pada tahun 2011. Rosmah Idayu Abu Samah
Bawa Mini Telekung & Botol Spray Wuduk, Baca Perkongsian Wanita Ini Yang Teruja Menonton PERLAWANAN FINAL BOLA SEPAK #KL2017 Esok. Bersemangat!
Kehangatan Sukan SEA 2017 sudah sampai ke kemuncak apabila skuad bola sepak negara berjaya meloloskan diri ke final memburu sebutir lagi pingat emas untuk rakyat Malaysia.
Anak didik Datuk Ong Kim Swee ini bakal bertemu dengan pasukan Thailand pada jam 8.45 malam, esok. Keterujaan menonton bola sepak tidak hanya menghantui peminat bola sepak tanah air, malah termasuklah golongan wanita yang turut sama memenuhi ruang Stadium Shah Alam bagi menyaksikan peristiwa bersejarah tersebut.
Salah seorang wanita yang tidak ketinggalan menunjukkan sokongan ialah Eswati Azni Jaafar yang terjebak dengan bola sepak kerana minat suami dan anak.
“Sebenarnya anak dan suami yang meminati sukan bola sepak ini. Boleh dikatakan seharian mereka berdua bercerita tentang bola tidak kira dalam dan luar negara.
Saya pula suka menonton perlawanan bola sepak yang melibatkan negara seperti Sukan SEA dan AFC berbanding bola sepak liga. Mungkin kerana jiwa patriotik yang kuat dan semangat kenegaraan yang menebal.
Tapi kalau nak diikutkan, memang sejak kecil saya dah biasa bersama arwah bapa dan famili yang kaki bola. Jadi, selalu tengok perlawanan di kaca TV termasuklah kakak-kakak saya yang suka tengok World Cup berbanding pasangan mereka sendiri.
Kalau musim demam World Cup dan Euro Cup, kami selalunya akan update dalam Whatsapp sepanjang perlawanan bola,” jelas ibu kepada seorang cahaya mata ini.
Sewaktu ditanya tentang semangat untuk menonton bola sepak di stadium berbanding menonton TV di rumah, jawabnya, “Memang sejak dulu setiap kali acara Sukan SEA, Sukan Komanwel atau AFC berlangsung, jika berkesempatan memang kami akan cuba dapatkan tiket untuk menonton secara langsung di stadium.
Tetapi, sejujurnya semangat saya lain macam pada Sukan SEA 2017 kali ini, tambah-tambah dah turun ke event di Bukit Jalil beberapa kali.
Lagi satu, sebab suka tengok pasukan Malaysia depan mata. Mereka nampak lebih tangkas dan bersemangat. Saya mungkin tak kenal setiap individu itu tapi nampak kerja berpasukan yang baik dan rasanya ramai yang setuju dengan pendapat saya ini,” ujar Azni yang mengesahkan bakal menonton perlawanan akhir Malaysia menentang Thailand di Stadium Shah Alam, esok.
Menyingkap persiapan untuk menyaksikan perlawanan esok, “Dari segi persiapan, saya sudah pastikan jersi telah dibasuh dan boleh dipakai untuk ke perlawanan final. Bukan untuk saya saja, tapi satu famili terutamanya kelengkapan anak.
Malah saya turut menyediakan baju hujan sebagai persediaan awal jika malam tersebut hujan turun dengan lebat. Tapi harap-harapnya cuaca baik dan kita bakal menggondol emas untuk Malaysia.
Bagi wanita yang nak ke stadium, jangan risau tentang sembahyang. Yang penting bawa kain mini telekung, pakai stoking, sejadah dan juga botol spray untuk berwuduk dan yang paling penting kamera serta power bank kena ada,” pesannya.
Nona suka berkongsi video daripada Azni ini sewaktu dia menghadiri perlawanan semi final di antara Malaysia-Indonesia tempoh hari. Rasa bersemangat dan happening, 1Malaysia sangat! Hamizatul Maizan Mohamed