Lagu-lagu Ungu Band seperti Kekasih Gelapku, Demi Waktu, Tercipta Untukku sentiasa menjadi siulan peminat. Begitu juga Afgan, namanya sudah tidak perlu diperkenalkan lagi sebagai penyanyi solo Indonesia yang berbakat besar.

IKLAN

Tapi pernahkah anda membayangkan dua nama gergasi dari Indonesia ini bergabung di bawah satu konsert?

Buat julung kalinya, Popcorn Studio membawakan gandingan sensasi genre pop/balada dan rock balada Indonesia di dalam satu konsert yang pastinya ditunggu-tunggu oleh peminat muzik tempatan.

Konsert Terunggul Afgan & Ungu akan diadakan pada 6 Oktober 2017 (Jumaat), pukul 8.30 malam bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam bakal menampilkan Afgansyah Reza atau Afgan sebagai bintang utama dan kumpulan Ungu sebagai pembuka tirai.

Bergabung Di Atas SATU PENTAS, Afgan & Ungu Bakal Adakan Konsert Terunggul Di SHAH ALAM

Kali ini dan berbeza dengan konsert sebelum ini, Afgan akan membuai perasaan peminat dengan persembahan melalui seleksi lagu-lagu hits miliknya selain rantaian lagu popular masa kini.

Konsert bertemakan rock dan jazz balada dijangka mengambil masa selama dua jam akan menyenaraikan lagu-lagu terkenal Afgan seperti Terima Kasih Cinta, Padamu Ku Bersujud, Jodoh Pasti Bertemu, Katakan Tidak, Untukmu Aku Bertahan dan lain-lain termasuk Pesan Cinta dan Bukan Cinta Biasa yang melodinya akan digubah semula.

IKLAN

Bergabung Di Atas SATU PENTAS, Afgan & Ungu Bakal Adakan Konsert Terunggul Di SHAH ALAM

Selain Afgan, Ungu juga menjanjikan persembahan yang pastinya akan mencipta mood ‘cinta’pada pembukaan tirai konsert dengan alunan lagu-lagu rock balada popular mereka seperti Tercipta Untukku, Demi Waktu, Kekasih Gelapku, Cinta Dalam Hari dan Aku Tahu.

IKLAN

Bergabung Di Atas SATU PENTAS, Afgan & Ungu Bakal Adakan Konsert Terunggul Di SHAH ALAM

Tiket konsert dijual pada harga RM130 (Bronze), RM150 (Silver), RM200 (Gold), RM200 (Rock Zone), RM250 (VIP) dan RM350 (Platinum) boleh didapati melalui www.ticketpro.com.my.

Trivia Afgan Syahreza

  • Afgan menghasilkan debut album berjudul Confession No.1 pada Januari 2008.
  • Afgan dikatakan sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang ekonomi di Kampus MONASH University Sunway, Malaysia.
  • Sering digosipkan mempunyai hubungan istimewa dengan penyanyi Rossa.
  • Antara lagu popular afgan termasuklah Terima Kasih Cinta, Panah Asmara dan Pesan Cinta.

Trivia Ungu

  • Ungu atau Ungu Band adalah sebuah kumpulan muzik dari Indonesia dan dianggotai vokalis Pasha, pemain bass Makki, pemain gitar Onci dan Eda serta pemain dram, Rowman.
  • Ungu diitubuhkan pada 1996, dan tahun ini kumpulan ini sudah 21 tahun ditubuhkan.
  • Kumpulan Ungu pernah terjun ke dunia filem dengan membintangi filem Purple Love pada tahun 2011. Rosmah Idayu Abu Samah
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI