Berapa ramai di antara kita yang dimalukan atau memalukan diri sendiri di di dalam mesyuarat sebab tidak tahu apa yang dibentangkan atau tidak punya idea hendak dibentangkan? Berapa banyak pula yang senantiasa di buli oleh rakan sekerja akibat ‘kebodohan’ kita itu? Ataupun terpegun dengan kehebatan rakan sepejabat ‘mengelentong’ rakan sekerja kita yang lain dengan begitu hebat sekali?

Berapa ramai di antara kita yang dimalukan atau memalukan diri sendiri di di dalam mesyuarat sebab tidak tahu apa yang dibentangkan atau tidak punya idea hendak dibentangkan? Berapa banyak pula yang senantiasa di buli oleh rakan sekerja akibat ‘kebodohan’ kita itu? Ataupun terpegun dengan kehebatan rakan sepejabat ‘mengelentong’ rakan sekerja kita yang lain dengan begitu hebat sekali?

IKLAN

Tidak kiralah bagaimana keadaan-keadaan sebegini boleh terjadi, jangan sesekali mempunyai mentaliti bahawasanya mesyuarat itu tiada gunanya langsung. Pokoknya di sini ialah – ia dapat membantu mengembangkan karier anda atau menghancurkannya serta-merta.

Ini ada beberapa tip untuk anda TIDAK LANGSUNG harus lakukan di dalam bilik mesyuarat.

(a) Tiba Lewat

Jangan bagi alasan lewat jika kamu sudah tahu yang kamu ada mesyuarat hari itu. Sebaliknya cuba sampai awal beberapa minit untuk menunjukkan kamu hormat masa rakan sekerja kamu dan mendapat tempat duduk terbaik untuk meeting tersebut.

(b) Tidak Bersedia

Lakukan segala persediaan fizikal dan mental untuk menghadiri mesyuarat. Jika kamu diberi agenda mesyuarat, baca dan fikirkan apa sahaja soalan atau perkara berbangkit untuk dibincangkan di akhir mesyuarat nanti.

(c) Memonopoli Perbincangan

Jangan jadi tak sedar diri untuk menguasai perbincangan dalam mesyuarat. Paling penting hormat individu yang mempunyai pangkat lebih tinggi. Biar mereka yang memulakan perbincangan dahulu. Jangan pula jadi pendengar sahaja, cuba menyampuk dengan cara paling sopan. Beri juga point dan pandangan anda.

(d) Jangan bina ayat seolah-olah bunyinya seperti ‘bertanya’

Mencipta ayat seperti bertanyakan soalan menjemput ramai orang berkata tidak, berdebat ataupun mengambil kesempatan terhadap kelemahan anda itu. Berucaplah dalam struktur ayat yang membina subjek-subjek yang lebih positif.

(e) Jangan tersalah tafsir isyarat orang lain

IKLAN

Cuba fahami apa yang anda mahukan dan dalam masa yang sama juga naikkan  ‘mood’ orang lain di dalam bilik mesyuarat. Dengar baik-baik apa yang dibentangkan dan pastikan anda tidak tersalah dengar. Fokus kepada apa yang sedang dibincangkan supaya tidak tersasar.

(f) Jangan biarkan diri anda teraniaya

Malangnya, ada di antara rakan-rakan sepejabat anda yang menjadikan mesyuarat sebagai medan peperangan dan meletakkan diri mereka sebagai juara debat! Masing-masing bertarung untuk menyenangkan hati bos. Kalau anda rasa ditindas atau teraniaya, tenang dan jangan panik. Ambil masa untuk mempertahankan diri anda dan gunakan rasional dan kematangan anda ketika berucap.

(g) Jangan mengunyah

IKLAN

Kalau ada antara anda yang suka makan atau mengunyah di bilik mesyuarat, HENTIKAN! Ini akan mendatangkan rasa meluat dan menyampah di kalangan rakan-rakan anda. Paling dahsyat ia dianggap biadap dan tidak menghormati orang lain.

(h) Jangan biarkan telefon anda berbunyi

Tanpa banyak bicara, anda pun tahu sendiri apa sebab dan akibatnya kan?

(i) Jangan meleret-leret dan keluar tajuk

Usah sesekali cuba untuk ‘merosakkan’ agenda mesyuarat. Tumpukan sepenuh perhatian pada apa yang ingin dicapai oleh syarikat. Jika ingin mencelah atau memberi pendapat anda, pastikan anda tahu apa yang perlu di bentangkan, jangan main ‘boh’ aje!

(j) Jangan mengelat

Memang anda punya hak untuk tidak menghadiri mesyuarat dan boleh duduk sahaja di meja kerja anda. Tapi sekiranya mesyuarat itu dihadiri oleh orang-orang penting dalam syarikat, jangan biarkan diri anda keciciran sehingga kehadiran anda tidak disedari oleh orang-orang atasan ini. Ingat, meeting bukan sekadar berbual bicara dan berbincang cara malahan platform terbaik untuk menaikkan produktiviti dan membuktikan progress anda dalam syarikat. KR

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI