Setiap tahun, pastinya Anugerah Golden Globes dinanti-nanti dan menjadi tumpuan netizen seluruh dunia. Selain ternanti-nanti siapakah gerangan yang bakal membawa balik trofi berprestij itu, peminat pastinya ingin melihat penampilan selebriti kegemaran mereka di karpet merah. Tahun ini, lebih banyak selebriti yang tampil dengan busana yang sememangnya memukau sesiapa sahaja yang melihatnya. Jom, lihat senarai selebriti dengan busana terbaik di Anugerah Golden Globes 2019.
1. JULIA ROBERT
Tahun ini, Julia Roberts tampil berbeza dengan mengenakan jumpsuit daripada pereka Stella McCartney. Helaian tersebut memberi kesan yang cukup anggun buat Julia sekaligus membuatkan beliau tampil cukup stunning. Bukan itu sahaja, bintang ‘Pretty Woman’ itu juga kelihatan menyerlah dengan rona rambut yang lebih terang.
2. CHARLIZE THERON
Dres monokrom rekaan Dior dengan perincian key-hole nyata menyerlahkan gaya aktres terkenal ini. Walaupun rekaan ini tampak ringkas, Charlize berjaya membawa dres ini dengan baik dan memberi impak yang cukup luar biasa.
3. LADY GAGA
Setiap tahun, queen of pop ini pasti menjadi tumpuan ramai. Namun kali ini, Gaga mengejutkan orang ramai dengan penampilan beliau yang cukup anggun. Bintang ‘ A Star Is Born’ ini menyarungkan busana Valentino Haute Couture rona lembut yang begitu eksentrik. Jelas sekali, she can pull anything off!
4. CONSTANCE WU
Bintang ‘Crazy Rich Asians’ tampil mempersona dalam balutan gaun rona nude ilham pereka Vera Wang. Gaun yang tampak senada dengan rona kulitnya kelihatan bold dengan kehadiran reben rona oren di bahagian pinggangnya.
5. EMMA STONE
Dres rona nude juga menjadi pilihan aktres Emma Stone. Perincian jemeki dan kristal pada gaun rekaan Louis Vuitton nyata memancarkan pesona menarik Emma.
6. EMILY BLUNT
Emily Blunt menyempurnakan malam tersebut dengan gaun sarat renda daripada pereka Alexander McQueen.
7. NICOLE KIDMAN
Dres rona merah hati berkilauan daripada jenama Michael Kors menjadi pilihan Nicole Kidman. Dres ringkas ini memaksimalkan gayanya dengan clutch rona perak berbentuk bola dari Moynat.
8. IRINA SYAHK
Hadir bersama kekasihnya, actor Bradley Cooper, Irina Syahk memancarkan aura seksinya dengan gaun belah tinggi rekaan Atelier Versace.
9. ROSAMUND PIKE
Gaun Givenchy Haute Couture menjadi pilihan aktres Rosamund Pike. Gaun tersebut hadir dengan perincian cut-out pada bahagian pinggul. Cropped blazer berkilat dipadankan bersama gaun tersebut yang memberi impak cukup glamor.
10. DAKOTA FANNING
Dakota Fanning tampil bak bidadari dalam balutan gaun putih yang cukup ringkas dan minimalis. Polos tanpa sebarang perincian, ia tampak cukup sempurna pada tubuh Dakota. Gorgeous!