Sedekad menanti kehadiran cahaya mata akhirnya komposer Julfekar dan penyanyi Min Yasmin dikurniakan zuriat. Berkat kesabaran, usaha dan tawakal, pasangan ini dikurniakan anugerah terindah berkenaan yang sudah tentu menjadi pelengkap dan penyeri rumah tangga mereka berdua. Tahniah!

IKLAN

Berkongsi khabar gembira itu, dia dan suami menerusi kiriman Whatsapp kepada Nona mendedahkan momen kelahiran anak tersayang yang difahamkan seorang bayi lelaki secara pembedahan.

Ujarnya, “Allahuakbar.. Alhamdulillah. Penantian cahaya mata setelah 10 tahun Min dan Abang Jul mendirikan rumah tangga bersama.

Syukur, Min telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada Hari Malaysia 16 September pada jam 7.49 malam baru-baru ini.

10 Tahun Tunggu Zuriat, Min Yasmin Kini Jadi Ibu & Mohon Doa Kesihatan Bayi Pra Matang!
Kredit Instagram @minyasmin
10 Tahun Tunggu Zuriat, Min Yasmin Kini Jadi Ibu & Mohon Doa Kesihatan Bayi Pra Matang!
Koleksi peribadi Min Yasmin
10 Tahun Tunggu Zuriat, Min Yasmin Kini Jadi Ibu & Mohon Doa Kesihatan Bayi Pra Matang!
Koleksi peribadi Min Yasmin

Min telah dikejarkan ke Hospital Wanita & Kanak-Kanak Sabah dengan ambulans kerana tekanan darah tingginya yang tak terkawal.

Setelah berbincang, untuk mengelakkan keadaan semakin buruk memandangkan detak jantung bayi yang mula semakin lemah, Min terus dibedah dengan serta-merta.”

Dalam kegembiraan menyambut ‘orang baru’, pasangan ini bagaimana pun reda apabila anak yang dilahirkan belum cukup bulan. Justeru, mereka memohon doa orang ramai supaya diberi kesihatan yang baik buat anak kecil berkenaan.

IKLAN

“Mohon doakan keselamatan dan kesihatan sepenuhnya bayi pra matang kami yang berusia 30 minggu (tujuh setengah bulan) ini. Moga anak kami ini mampu membesar sihat seperti anak-anak yang lain.

Moga anak ini menjadi seorang anak yang soleh dan membawa kebaikan kepada agama, bangsa dan keluarga.

IKLAN
10 Tahun Tunggu Zuriat, Min Yasmin Kini Jadi Ibu & Mohon Doa Kesihatan Bayi Pra Matang!
Koleksi peribadi Min Yasmin
10 Tahun Tunggu Zuriat, Min Yasmin Kini Jadi Ibu & Mohon Doa Kesihatan Bayi Pra Matang!
Koleksi peribadi Min Yasmin
10 Tahun Tunggu Zuriat, Min Yasmin Kini Jadi Ibu & Mohon Doa Kesihatan Bayi Pra Matang!
Koleksi peribadi Min Yasmin

Bertambahlah seorang lagi anak Bro Jul sekarang. Terima kasih semua atas doanya dan syukur kehadrat ilahi atas kelahiran seorang lagi umat Muhammad SAW di bumi ini. Alhamdulillah.”

Nona turut dimaklumkan penyanyi berkenaan bersalin ketika suaminya berada di Filipina atas tuntutan tugas. Bagaimana pun Julfekar bakal pulang ke tanah air secepat mungkin untuk bertemu isteri tercinta dan anak sulung mereka.

Jul dan Min Yasmin atau nama sebenarnya Nurul Yasmin Abdul Aziz berkahwin pada April 2014. Ia adalah perkahwinan kedua Julfekar yang turut mempunyai empat orang cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu.

Artikel berkaitan https://www.nona.my/bahagia-walau-belum-ada-zuriat-datin-aida-yusof-syukur-17-tahun-jadi-isteri-dato-adi-putra/

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI