DATO' SRI EIZLAN YUSOF

Kehadiran Dato’ Sri Eizlan Yusof dalam dunia seni tidak datang dengan ‘tangan kosong’. Sudah pun merencana impian dan visi untuk membawa industri tanah air ke tahap lebih tinggi sejak awal pembabitannya pada tahun 1994, pemilik nama Idris Md Yusof ini berjaya membuktikan hasrat tersebut bukan satu omong kosong.

27 tahun berkecimpung dalam karier seni, beliau kini tidak hanya bergelar pelakon malah mendapat kepercayaan sebagai pengarah dan penerbit serta ahli perniagaan berjiwa besar.

IKLAN

Dilahirkan pada 14 Julai 1971, Dato’ Sri Eizlan bukan calang-calang selebriti. Beliau merupakan graduan Diploma Perniagaan dan Pengurusan dari Swansea Institute of Higher Education selain bakal menamatkan pengajian di peringkat Master of Science (Management) di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Tidak cukup itu, beliau juga pernah menimba pengalaman dalam sektor korporat sebelum melangkah masuk ke arena hiburan dan masih menerajui syarikat korporat Midas Surplus Management Sdn Bhd sejak tahun 2012.

13 Tahun Jadi ‘Tauke’ Arang Batu & Urus Bisnes Korporat, DATO’ SRI EIZLAN Bukti Anak Seni Serba Boleh!

13 Tahun Jadi ‘Tauke’ Arang Batu & Urus Bisnes Korporat, DATO’ SRI EIZLAN Bukti Anak Seni Serba Boleh!

 

13 Tahun Jadi ‘Tauke’ Arang Batu & Urus Bisnes Korporat, DATO’ SRI EIZLAN Bukti Anak Seni Serba Boleh! 13 Tahun Jadi ‘Tauke’ Arang Batu & Urus Bisnes Korporat, DATO’ SRI EIZLAN Bukti Anak Seni Serba Boleh!

Bersandarkan kredibiliti yang ada pada dirinya, Dato’ Sri Eizlan turut diberi jawatan tinggi dalam organisasi seni negara. Antaranya selaku Ahli Perbadanan, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Pengerusi Hal Ehwal Industri, Kebajikan dan Data Industri FINAS dan Pengerusi Skim Wajib Tayang FINAS. Beliau menjawat kesemua tugas itu hingga ke hari ini.

Terus melakar pencapaian membanggakan, nama Dato’ Sri Eizlan menjadi bualan ramai pada 1 November 2021 apabila dilantik sebagai Perunding Kreatif kepada Menteri Luar Negeri Malaysia, Dato’ Sri Saifuddin Abdullah.

13 Tahun Jadi ‘Tauke’ Arang Batu & Urus Bisnes Korporat, DATO’ SRI EIZLAN Bukti Anak Seni Serba Boleh!

13 Tahun Jadi ‘Tauke’ Arang Batu & Urus Bisnes Korporat, DATO’ SRI EIZLAN Bukti Anak Seni Serba Boleh!

IKLAN

Menyentuh resipi kejayaan dan kemampuannya bertahan dalam industri selama hampir tiga dekad, Dato’ Sri Eizlan yang berpangkat Kolonel Bersekutu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) lantas melontar bicara.

“Syukur ke hadrat ilahi atas kurniaan rezeki yang diberikan kepada saya dan keluarga. Atas kapasti individu, saya sentiasa mahu mengekalkan disiplin diri dan juga disiplin kerja yang diterapkan dalam diri daripada mula bergiat dalam seni sehingga ke hari ini.

Bantu-membantu, saling menghormati dan komunikasi yang baik sesama masyarakat juga amat penting apabila anda memasuki bidang kreatif. Saya sentiasa cuba untuk mengelak daripada terpalit dengan kontroversi atau situasi yang tidak baik sebab ia salah satu tanggungjawab selebriti.

Apabila menjadi public figure, secara tidak langsung kita perlu jaga tingkah laku. Setiap langkah yang diambil, kita kena fikir akibat yang bakal berlaku daripada perbuatan tersebut,” tegas bintang filem Lurah Dendam ini.

13 Tahun Jadi ‘Tauke’ Arang Batu & Urus Bisnes Korporat, DATO’ SRI EIZLAN Bukti Anak Seni Serba Boleh! 13 Tahun Jadi ‘Tauke’ Arang Batu & Urus Bisnes Korporat, DATO’ SRI EIZLAN Bukti Anak Seni Serba Boleh! 13 Tahun Jadi ‘Tauke’ Arang Batu & Urus Bisnes Korporat, DATO’ SRI EIZLAN Bukti Anak Seni Serba Boleh! 13 Tahun Jadi ‘Tauke’ Arang Batu & Urus Bisnes Korporat, DATO’ SRI EIZLAN Bukti Anak Seni Serba Boleh!

IKLAN

Ditanya kekuatan yang ada dalam diri dan patut dijadikan suri teladan kepada generasi baru, jawab suami Datin Sri Natasha Rosa Boudville ini, “Saya suka membantu orang yang memerlukan. Bantuan itu tidak semestinya wang ringgit tapi dalam banyak cara.

Selain itu, I’m a good listener dalam mendengar luahan orang dan cuba untuk menjadi seorang penasihat yang baik. Dalam masa sama, saya juga memerlukan pendengar dan penasihat yang baik juga supaya mereka boleh beri aura positif untuk kita terus mengorak langkah.”

Menjadikan bapa tersayang iaitu Allahyarham Md Yusof Abdullah sebagai idola dalam kehidupan, Dato’ Sri Eizlan pernah menjadi penyanyi kumpulan Impression dianggotai Dato’ Sani Salleh dan Norman Hakim. Bagaimana pun beliau terpaksa meninggalkan karier berkenaan kerana minatnya lebih menjurus dalam bidang lakonan.

Bagaikan tidak puas dengan kejayaan yang diraih, Dato’ Sri Eizlan semakin rancak melibatkan diri dalam medan keusahawanan. Beliau yang sebelum ini lebih selesa untuk tidak menggembar-gemburkan pembabitan dalam perniagaan kerana bimbang dikatakan riak, tampil berkongsi sisi peribadi dengan niat mahu menyuntik inspirasi.

Dalam diam, Dato’ Sri Eizlan merupakan Pengarah Kewangan bagi syarikat PT Barracuda Topcoal Almughni. Ia adalah sebuah syarikat perdagangan dan perlombongan arang batu yang beroperasi di Kalimantan Timur, Indonesia.

Difahamkan perniagaan tersebut membekalkan arang batu ke pasaran China dan sudah diusahakan sejak tahun 2008. Bermakna sudah 13 tahun Datuk Sri Eizlan bergelar tauke arang batu!

Semoga dengan perkongsian Dato’ Sri Eizlan ini memberi kekuatan semangat dan cetusan inspirasi kepada masyarakat untuk terus mengejar impian. Nona percaya dengan pengaruh dan status selebriti yang dibawanya selama 27 tahun ini, Dato’ Sri Eizlan mampu meninggalkan impak besar kepada khalayak di samping menghasilkan pembaharuan dalam industri seni hiburan untuk kesejahteraan semua.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI