
Siapa sangka kehidupan bermula dalam sebuah keluarga biasa tetapi kerana cinta telah merubah gadis ini menjadi keluarga diraja. Maharani Michiko Shoda, 85, adalah seorang wanita bertuah yang berjaya menawan hati Putera Mahkota Jepun ketika itu.
Perkahwinan di antara Maharani Michiko yang memegang status wanita kebanyakan dengan Maharaja Akihito, 86 tahun, telah mencipta sejarah dalam instutusi keluarga diraja Jepun. Ini kerana perkahwinan yang dilangsungkan pada tahun 1959 ini merupakan perkahwinan pertama keluarga diraja Jepun dengan gadis biasa.

Lebih 500,000 orang membanjiri jalan untuk meraikan hari bersejarah itu dengan pasangan tersebut diarak menaiki kereta kuda.
Sudah tentu Maharani Michiko ini mempunyai aura yang luar biasa sehingga Maharaja Akihito sanggup memperisterikannya walaupun mendapat tentangan.

Umpama sebuah cerita dongeng apabila mendengar cerita, cinta pasangan diraja ini bersemi di gelanggang tenis. Mereka berdua bertemu dalam satu kejohanan tenis musim panas pada tahun 1957. Mungkin pada ketika itu Mahkota Akihito telah terkena panahan asmara lalu mempelawa Michiko untuk bertanding dalam perlawanan tenis tersebut.
Sama ada Akihito benar-benar kalah atau sengaja memberi kemenangan kepada Michiko ketika perlawanan tersebut nyata berbaloi kerana dapat merebut cinta anak gadis kepada pasangan Hidesabuto Shoda dan Fumiko Soejima.

Michiko bukan sebarangan gadis kerana dilahirkan dalam keluarga kaya dan berpendidikan tinggi. Sejak kecil, Michiko telah dibentuk menjadi golongan sosialit dan belajar di sekolah Inggeris aliran Kristian. Michiko berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Kesusasteraan Inggeris di University of the Sacred Heart, Tokyo, Jepun.
Selama 60 tahun hidup sebagai keluarga diraja, Michiko pernah menyatakan bukan mudah hidup sebagai Puteri Mahkota dan seterusnya Maharani. Mujur pendidikan yang telah diberi oleh ibu bapanya sangat membantu dalam meneruskan hidup sebagai kerabat diraja.

Mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Putera Mahkota Naruhito, 59; Putera Akishino, 53, dan Puteri Sayako, 49.
Perjalanan hidup Michiko sentiasa menjadi perhatian rakyat Jepun dan juga dunia. Pengunduran suaminya, Maharaja Akihito dan memberi laluan kepada anak sulungnya, Putera Mahkota Naruhito menaiki takhta pada 1 Mei ini turut mencipta sejarah institusi diraja Jepun.

Maharaja Akihito yang dilahirkan pada 1933 mewarisi takhta diraja Jepun pada 1989 menggantikan ayahandanya Maharaja Hirohito sekali gus bergelar pemerintah ke-125 dalam sejarah panjang keluarga diraja negara itu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!















“Ketika kecil saya sudah merasa hidup susah. Hidup membantu keluarga, melihat bagaimana Mak yang bergelar ibu tunggal mencari wang demi keluarga.
“Saya kagum dengan Mak kerana semangatnya yang luar biasa telah menjadikan siapa saya sekarang ini.”
“Saya sendiri sejak usia 9 tahun sudah pandai memasak. Sebagai anak sulung pagi-pagi lagi saya sudah ke dapur untuk masak cekodok dan lempeng pisang.


“Sekarang ini saya banyak menguruskan kerja-kerja di rumah termasuk berkebun seperti menanam ulam ulaman, pokok pisang, pokok rambutan dan sebagainya. Memandangkan anak-anak pun dah besar maka masa saya lebih banyak di Perlis. Selain itu, saya juga aktif dengan aktiviti hiking.”