Selepas lima tahun menduda, pelakon tampan Esma Daniel, 54, kembali bergelar suami kepada Nur Atira Mazlan, 31, pada Sabtu.
Menurut Esma, majlis pernikahan mereka diadakan di kediaman keluarga pengantin perempuan di Kajang, Selangor.
“Walaupun pernah berkahwin dua kali sebelum ini, saya tetap gementar apabila melalui semula saat itu (dinikahkan).
Ads
“Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan majlis perkahwinan kami pun sebenarnya diawalkan dari perancangan asal,” katanya yang mengikat tali pertunangan pada 22 Januari lalu.
Mengharapkan perkahwinan kali ketiga ini akan kekal sehingga akhir hayat, Esma pernah membawa Atira ke lokasi penggambaran bagi membiasakan isterinya itu dengan kerja sebenar anak seni.
“Pada awalnya penerimaan dia berbeza, tetapi selepas beberapa kali di bawa ke lokasi, dia semakin memahami.
“Selepas dua kali gagal, tentu sekali saya harap perkahwinan kali ini berkekalan sehingga ke akhir hayat,” jelasnya.
Ads
Esma sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan aktres Sherie Merlis pada 1992 dan bercerai lima tahun kemudian. Mereka dikurniakan dua cahaya mata.
Pada tahun 2002, Esma menikahi Nitra Sari Omar, namun perkahwinan mereka hanya bertahan sehingga 2016. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan enam orang anak.
Sumber : mStar | Sinar Plus
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selamat ulang tahun perkahwinan buat pempengaruh Farah Lee dan Fuad Hashim. Pejam celik, rupa-rupanya usia perkahwinan pasangan ini sudah pun melangkau setahun! Tanggal 5 Januari 2024 pastinya menjadi memori terindah buat kedua-duanya apabila sah disatukan sebagai suami isteri.
Kian bahagia melayari alam rumah tangga, Farah Lee atau nama sebenarnya Nurfarahin Romli yang sebelum ini pernah melangsungkan perkahwinan dengan pengacara popular iaitu Ally Iskandar, kembali menemui bahagia dengan jejaka pilihan, Mohamad Fuad Hashim.
Meskipun baru setahun bergelar isteri Fuad Hashim namun aktivis ini memanjatkan kesyukuran kerana dikurniakan seorang suami yang baik dan sangat memahami. Berkongsi rasa gembira bersempena ulang tahun perkahwinan, Farah menitipkan ucapan bermakna buat lelaki kesayangan.
“Ulang tahun pertama meraikan kemenangan Fuad. Now I know what a healthy relationship looks like, and I thank him for that. It’s definitely hard to love a traumatised me, I’ve been through a lot, I ain’t easy, but he nailed it effortlessly.
I learnt to trust love again. I am home. Setahun. Banyak lagi tapak yang harus dilangkah. Lurus mahupun liku, moga Allah tetapkan kita sampai syurga dalam bahagia.”
Sejak berpisah daripada perkahwinan pertama pada 2016, ketabahan Farah sebagai ibu tunggal di samping anak perempuan iaitu Maream Esabel sering menjadi perhatian dan inspirasi masyarakat. Lebih-lebih lagi dalam kalangan wanita yang senasib dengannya.
Dalam kesibukan membesarkan cahaya mata, semangat suri hati Fuad Hashim ini membina empayar perniagaan dan menuntut ilmu turut meraih tumpuan.
Dia memiliki ijazah kejuruteraan mekanikal dari Universiti Korea Selatan pada tahun 2013 dan mengenggam Sarjana Pendidikan Kanak-Kanak di University of Leads, United Kingdom pada Mac 2022.
Nona mendoakan agar rumah tangga yang dibina Farah Lee dan Fuad berkekalan hingga ke Jannah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sana-sini sedang heboh bercerita tentang penyampai berita RTM, Normazalina Mohd Nor yang dikatakan persis penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza. Sejak wajahnya menjadi viral di laman media sosial, Normazalina atau lebih dikenali sebagai Linaberjaya menaikkan rating Berita Nasional 8, apabila ramai yang ingin melihat persamaan unik tersebut.
“Macam tak percaya penangan viral ini buatkan telefon saya sampai jadi hang dengan panggilan dan mesej daripada rakan-rakan termasuk saudara mara. Kalau buka Facebook dan Instagram pula memang penuh dengan notifikasi dan beribu friend request. Ada yang tak sempat hendak approved sebab terlalu ramai. Begitu juga tawaran daripada beberapa rancangan televisyen yang mahu menjemput saya.
Maaf ya, bukan sombong tapi kekangan kerja.”
Mengenali Lina hampir lapan tahun lalu, kemiripan wajah wanita berusia 33 tahun ini sebenarnya sudah mula disedari sejak dia menjadi penyampai Berita Perdana pada tahun 2015. “Saya diterima masuk ke Bilik Berita RTM sebagai wartawan penyiaran pada tahun 2009 dan menjadi penyampai berita setahun kemudian walaupun niat utama untuk jadi deejay.
Selalunya lepas baca berita, ada saja kawan-kawan yang private message di FB dan usik wajah saya seperti Dato’ Siti. Penerbit berita juga ada bacakan Twitter mengenai perkara sama. Asalnya cerita ini sudah pun disensasikan salah seorang kenalan lama yang juga seorang ahli kelab Sitizoners, Aflan Syafiq dua tahun lalu.
Jujur saya rasa segan apabila disamakan seperti Dato’ Siti kerana beliau seorang wanita yang sangat cantik dan hebat. Realitinya memang ada kelainan antara kami cuma mungkin bentuk fizikal muka saya yang bulat macam Dato’ Siti. Tambah-tambah lagi bila pakai cermin mata.
Solekan jurumekap juga banyak mainkan peranan sebenarnya. Kadang-kadang, mereka sendiri yang mahu mengenakan teknik solekan ala-ala Dato’ Siti pada muka saya. Ada masa menjadi tapi ada juga yang tidak pun,” ujar Lina yang pernah menjadi deejay radio kampus PutraFM, UPM Serdang dan kini berkhidmat sebagai Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat.
Ditanya momen paling lucu dan tidak dapat dilupakan, anak kelahiran Paka, Terengganu ini membuka rahsia yang dirinya pernah menerima sepucuk surat istimewa daripada penonton setia RTM setahun lalu. “Memang terkejut dan lucu bila ingat balik isi kandungan surat itu. Tanpa segan, pengirimnya mahu melamar siap menyatakan jumlah belanja hantaran lagi!
Satu lagi insiden yang saya tak boleh lupa ialah ketika berada di airport suatu masa dulu dan ada dua orang perempuan tegur untuk bergambar kerana sangka saya Dato’ Siti. Sekarang ini pun adik-beradik dan anak-anak buah saya di kampung turut terkena tempias. Ada yang bertanyakan sama ada kami ada bau-bau bacang dengan Dato’ Siti Nurhaliza walhal tidak ada langsung.”
Diusik mungkinkah dirinya akan menjadi pilihan lelaki berstatus VIP kelak, sambil tertawa Lina menganggap ia sekadar gurauan. “Jodoh itu rahsia Allah. Saya masih seperti dulu dan tak ada ciri-ciri lelaki idaman tertentu yang saya letakkan. Cukuplah dia seorang lelaki yang matang, simple dan berfikiran jauh serta terima diri saya seadanya.”
Teringat lagi betapa besar kasih sayang Lina terhadap kedua-dua ibu bapanya hingga sanggup mengambil cuti panjang semata-mata mahu menjaga arwah bapa setiap hari di hospital lapan tahun lepas. Harapan Nona semoga Normazalina terus sukses dalam lapangan kerjaya yang diceburi. Khabarnya Lina akan baca berita esok! Jom kita tunggu depan TV.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Haid ialah campuran darah bersama-sama bahan daripada lapisan dalaman rahim yang luruh apabila persenyawaan tidak berlaku. Haid pertama (akil baligh) biasanya berlaku antara umur kira-kira 10 hingga 14 tahun. Kitaran haid yang normal menunjukkan wanita itu subur dan tidak datang haid selepas baru berkahwin pula tanda kehamilan.
Seorang bayi perempuan yang baru lahir mempunyai sehingga 450,000 telur tersimpan dalam ovarinya. Apabila kitaran haid bermula, satu daripada telur-telur ini akan matang setiap bulan sebagai persediaan untuk persenyawaan berlaku.
Kitaran haid merujuk kepada perubahan berkala berlaku kepada rahim dan ovari bagi tujuan reproduktif (pembiakan). Kitaran haid perlu dikira dari hari pertama haid hingga kepada hari terakhir sebelum haid seterusnya.
Adakah kitaran haid teratur?
Jangka masa kitaran haid setiap wanita berbeza di antara 23 hingga 35 hari, iaitu puratanya adalah 28 hari. Biasanya tempoh pengaliran darah ini berlaku selama lebih kurang 2 hingga 8 hari. Kitaran haid ini dikawal oleh perubahan hormon.
Kelenjar pituitari di dalam otak menghasilkan Hormon Perangsang Folikel (Follicle Stimulating Hormone, FSH) dan Hormon Peluteinan (Luteinizing Hormone, LH) semasa kitaran haid. Jenis hormon yang terlibat dalam kitaran haid dan fungsinya adalah seperti berikut:
Kitaran haid dibahagikan kepada tiga fasa:
Semasa fasa folikel, paras FSH meningkat dan merangsang beberapa folikel ovari untuk berkembang. Salah satu folikel akan menjadi dominan dan menjadi matang. Pada masa yang sama, ovari menghasilkan estrogen.
Paras LH mencapai kemuncak pada 34 hingga 36 jam sebelum ovulasi. Folikel yang matang pecah dan membebaskan ovum dari ovari. Ini dinamakan fasa ovulasi.
Selepas ovulasi, folikel yang pecah akan bertukar menjadi korpus luteum (fasa luteum). Korpus luteum menghasilkan progesteron dan estrogen.
Ovum yang keluar akan ditolak ke dalam saluran fallopio. Jika persenyawaan berlaku, telur disenyawakan di tiub fallopio dan akan bergerak ke dalam rahim. Ia menanamkan diri (implantation) ke dalam lapisannya. Perjalanan daripada tiub fallopio ke dalam rahim ini mengambil masa kira-kira lima hari. Tahap progesteron akan kekal tinggi dan boleh mula merasai tanda-tanda awal kehamilan.
Jika tiada persenyawaan berlaku, ovum akan merosot selepas satu hari. Korpus luteum juga merosot pada penghujung fasa luteum. Kemudian paras estrogen dan progesteron juga menurun. Kejatuhan paras hormon menyebabkan rahim meluruhkan lapisannya dan ovum yang tidak disenyawakan dan pendarahan berlaku. Proses ini dikenali sebagai haid.
Apakah sindrom pra-haid?
Sindrom pra haid merujuk kepada segala tanda atau gejala yang dialami oleh seorang wanita sebelum atau kadang-kala selepas haid. Biasanya gejala-gejala ini akan muncul antara 7 hingga 14 hari sebelum atau selepas haid.
Mengapakah saya mengalami sakit ketika haid (dysmenorrhea)?
Sakit semasa haid terbahagi kepada dua:
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zizi Kirana Sambut Ramadan di Syria apabila penyanyi itu menyertai misi bantuan kemanusiaan menyampaikan makanan, kit ibadah dan bantuan kepada keluarga serta kanak-kanak yang berpuasa di kawasan perang.