Ads

Bersuara Lunak & Ada Ijazah, Wani Kayrie Teruja Terima Undangan Persembahan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong!

Wani Kayrie Teruja Terima Undangan Persembahan Istana Negara
Wani Kayrie Teruja Terima Undangan Persembahan Istana Negara

Tuah penyanyi bersuara lunak, Wani Kayrie menerima undangan persembahan dari Istana Negara untuk sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini. Sebagai anak seni, undangan istimewa ini pastinya menjadi antara detik istimewa dalam kerjaya kerana berpeluang bertemu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Bukan semua orang dapat peluang tersebut!  

Menerusi perkongsian di media sosial, Wani atau nama penuhnya Syazwani Abdullah memuat naik video ketika dia mengadakan sesi raptai penuh sebelum majlis berlangsung.  

Artikel https://www.nona.my/berbakat-cantik-bijak-azeva-natassha-ikut-jejak-langkah-ibu-bapa-ada-pakej-lengkap-jadi-selebriti/

Wani Kayrie Buat Persembahan Di Istana Negara

Bersuara Lunak & Ada Ijazah, Wani Kayrie Teruja Terima Undangan Persembahan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong! Bersuara Lunak & Ada Ijazah, Wani Kayrie Teruja Terima Undangan Persembahan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong! Bersuara Lunak & Ada Ijazah, Wani Kayrie Teruja Terima Undangan Persembahan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wani Kayrie (@wanikayrie)

Ads

Difahamkan, untuk sambutan Hari Raya itu Wani Kayrie membawakan lagu popular dendangannya Cak Cak Cekuk iaitu lagu berirama rakyat pop moden tradisional yang menyatukan eleman budaya lama dengan susunan muzik kontemporari.  

Teruja membuat persembahan di hadapan KDYMM Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah figura berusia 26 tahun berkenaan meluahkan rasa syukur menerima undangan itu.

“Menjunjung Kasih Tuanku. Berbesar hati untuk terima undangan persembahan ke Majlis Hari Raya Aidilfitri Kebawah Duli Yang Maha Mulia SPB Raja Permaisuri Agong bertempat di Istana Negara, Kuala Lumpur.   

Ads

MasyaAllah Tabarakallah.️ Rezeki Cak Cak Cekuk dapat didendangkan di hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia SPB Raja Permaisuri Agong beserta yang turut diraikan pegawai Istana yang berkhidmat di Istana Negara diiringi penari cilik yang hebat dari Permata Seni Tari.” 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wani Kayrie (@wanikayrie)

Bersuara Lunak & Ada Ijazah, Wani Kayrie Teruja Terima Undangan Persembahan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong!

Ads

Antara Selebriti Hadir Bersama Wani Kayrie Di Istana Negara

Antara barisan selebriti yang turut menerima undangan ke Majlis Hari Raya Aidilfitri di Istana Negara termasuk Dato’ M. Nasir yang hadir bersama isteri, Datin Marlia Musa, Zizan Razak, Hael Husaini, Aisha Retno dan Sherry Alhadad. 

Bersuara Lunak & Ada Ijazah, Wani Kayrie Teruja Terima Undangan Persembahan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong! Bersuara Lunak & Ada Ijazah, Wani Kayrie Teruja Terima Undangan Persembahan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong! Bersuara Lunak & Ada Ijazah, Wani Kayrie Teruja Terima Undangan Persembahan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong! Bersuara Lunak & Ada Ijazah, Wani Kayrie Teruja Terima Undangan Persembahan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong!

Wani Kayrie yang berasal dari Sandakan, Sabah mula mencipta nama dalam industri hiburan tanah air selepas memenangi program realiti televisyen Kamilah Bintang. Dia kemudian meniti populariti menerusi single ‘Jangan Jangan’ pada tahun 2015.  

Selain aktif sebagai penyanyi, Wani juga merupakan anak seni berpendidikan tinggi dan mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dan Perdagangan (Kepujian) dari Management and Science University (MSU).  

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Azeva Natassha Ikut Jejak Langkah Ibu Bapa Dalam Seni

Berbakat, Cantik & Bijak, Azeva Natassha Warisi ‘Darah Seni’ Ibu Bapa...

Nama Azeva Natassha menjadi bualan ramai kebelakangan ini khususnya dalam industri hiburan. Ini selepas dia diumumkan sebagai salah seorang peserta program hiburan Talk To My Manager musim kedua yang berlangsung pada 19 April 2026.