
Sepanjang bergelar anak seni, jarang dengar kontroversi melibatkan nama Bella Dally. Tak dinafikan, orangnya ‘low profile’ dan tidak akan sesekali jaja kisah peribadi untuk populariti. Sebaliknya keperibadian menyenangkan yang dimiliki sudah cukup membuatkan Bella disayangi peminat dan wajah cantiknya menghiasi kempen promosi jenama-jenama popular tanah air.
Bella Dally yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah berhijrah ke Kuala Lumpur kira-kira 17 tahun yang lalu. Dia memulakan kerjaya dalam industri seni sebagai pelakon.
Kehidupan Bahagia Bella Dally

Memperlahankan karier lakonan demi memberi perhatian kepada minatnya terhadap fesyen, empunya nama Nabilah Ali Dally ini juga dilihat semakin bahagia menjadi suri hati Arif Izuddin. Terserlah wajah bahagia pelakon Gila-Gila Remaja 2 berkenaan setiap kali berada di sisi suami tercinta.
31 Mac lalu merupakan ulang tahun perkahwinan Bella Dally dan Arif Izuddin. Pejam celik, usia perkahwinan pasangan suami isteri ini sudah pun mencecah tujuh tahun! Meskipun belum dikurniakan rezeki untuk timang zuriat namun kedua-duanya bahagia dengan cara sendiri.
Bersempena ulang tahun perkahwinan, Duta Ariani ini berkesempatan menitipkan doa kesejahteraan rumah tangga dan syukur kerana dikurniakan seorang suami yang menerima Bella Dally seadanya.
“We met, we clicked, and somehow, we ended up married. 7 years ago, what started out as something casual turned into something full of love, patience, and barakah.”
Dia turut memuat naik momen meraikan hari istimewa berkenaan dalam suasana romantik di sebuah restoran mewah dan mendedahkan peribadi suami tercinta.
“He, an extrovert full of energy, and me — the reserved, ‘too proper’ one. Yet you’ve loved me exactly as I am. Happy Anniversary sayang! Choosing you. Always InshaAllah.”
Bella dan Arif disatukan sebagai suami isteri pada 31 Mac 2019 selepas hanya mengenali di antara satu sama lain selama enam bulan.
Bella Dally Santuni Insan Kurang Bernasib Baik

Mengintai media sosial Bella Dally, selain sibuk menjayakan kempen jenama fesyen Ariani aktres cantik berusia 34 tahun ini menggunakan platform media sosial tersebut untuk berkongsi gaya hidup dan perkembangan dirinya.
Bella dikenali sebagai salah seorang selebriti popular yang aktif bersukan dan pandai jaga penampilan diri. Jika ada masa terluang, dia akan meluangkan masa untuk bersenam dan berbasikal.
View this post on Instagram

Oktober tahun lalu, Bella turun padang menjayakan inisiatif Yayasan Al Izuddin. Difahamkan suami tercinta iaitu Arif Izuddin Mohd Radzali merupakan Pengerusi Yayasan Al Izuddin yang diasaskan sebagai sebuah organisasi yang bertujuan untuk membantu pembangunan pendidikan, kebajikan dan komuniti.
Bella Dally kelihatan mesra bertemu golongan terlantar sakit dan menghulurkan sumbangan kepada individu terlibat menerusi Yayasan Al Izuddin yang diwakilinya.
Semoga rumah tangga Bella dan Arif sentiasa dalam lindungan Allah SWT serta berkekalan sampai syurga.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!





