Hidup di kota metropolitan, sama ada anda wanita berkerjaya atau pengurus keluarga yang setia, perlu berkejaran masa, memandu atau beraktiviti luar, percayalah… dedahan kepada cahaya matahari memang tidak dapat dielakkan. Kerana itu pemakaian Booster Serum kini mula menjadi trend, kesannya luar biasa, memudakan dan mencerah semula kulit kusam!
Sampai bila mahu membiarkan kulit menderita dan tidak terjaga? Mari Nona kenalkan anda dengan 2 produk Booster Serum Hada Labo kegemaran ramai, H.A Supreme Vita Brightening Booster Serum dan H.A Supreme Retin Lifting Booster Serum terbaharu.
Sebagai jenama penjagaan kulit Jepun yang terkemuka, Hada Labo amat mementingkan kualiti dan konsep minimalis.
Ini bermaksud hanya mengandungi ramuan asli tanpa tambahan alkohol, minyak mineral, pewangi dan pewarna, seiring falsafah Hada Labo iaitu ‘Perfect & Simple’.
Tak susah digunakan, dua cara ini mampu jadikan kulit anda lebih berseri dan tampak awet muda!
Digunakan selepas membersihkan wajah dan memakai losyen.
Booster serum ini merupakan serum pencerah yang mampu menyelesaikan masalah kulit dengan lebih pantas berbanding serum normal yang lain. Diperkaya dengan ramuan berkuasa dan kesan penyerapan yang efisien, formulanya membantu mencerahkan kulit dengan berkesan.
Kandungan 5% Niacinamide, Vitamin B12 dan empat jenis asid hyaluronik berupaya meresap hingga 1.2mm lapisan dermis, sekaligus mengurangkan penampilan bintik gelap serta bekas jerawat hingga 48%! Ringan dan selamat untuk semua jenis kulit.
Digunakan selepas membersihkan wajah dan memakai losyen.
Booster serum anti-penuaan yang mampu merawat masalah kulit lebih pantas berbanding serum normal biasa. Ia mengandungi peptida kompleks dan retinol derivatif untuk menganjalkan semula kulit kendur agar wajah tampak kembali muda dan berkontur.
Ads
Dengan ramuan empat asid hyaluronik yang membekalkan lembapan mendalam, penggunaan booster serum yang ringan ini berupaya mengembalikan kemudaan ketika anda lena diulit mimpi. Bebas alkohol, pewangi, minyak mineral serta pewarna, menjadikan ia selamat digunakan oleh semua jenis kulit.
Dengan gabungan kombo Booster Serum Hada Labo H.A Supreme Vita Brightening Booster Serum (Pagi) dan H.A Supreme Retin Lifting Booster Serum Baharu (Malam), anda kini mampu tampil lebih yakin dengan wajah berseri-seri, bagai tak terusik masa!
Selepas menggunakan Booster Serum, susuli dengan rutin penjagaan wajah anda yang biasa agar kulit kekal menawan. Layari web Hada Labo Malaysia (klik link) atau Facebook MY Hada Labo (klik link) untuk maklumat lanjut.
Siapa yang tak kenal dengan heroin filem epik tersohor, Titanic yang telah melonjakkan nama Kate Winslet antara artis wanita popular pada era tersebut. Walaupun dah jarang kita melihat artis jelita ini di layar filem namun ibu kepada 3 anak ini tetap kelihatan mempesona walaupun kini usianya menjangkau 40an.
Ternyata, Kate Winslet masih tampak awet muda serta langsing. Sebenarnya, Kate Winslet seorang yang begitu menitikberatkan soal penjagaan wajah dan tubuh khususnya dalaman. Jom semak apa rahsia Kate Winslet.
Untuk wajah, Kate Winslet mengamalkan satu diet khusus untuk wajah agar kesegaran wajahnya kekal terpancar. Diet ini dilakukan 2 hari secara konsisten bagi membuang racun dari wajah. Salah satu caranya, Kate Winslet mengamalkan meminum segelas jus limau yang dicampur lemon, kiwi dan raspberry.
Untuk tubuh langsing dan ideal, Kate Winslet mengikuti kelas tarian dan pilates secara rutin. Kate Winslet turut menasihatkan agar setiap wanita mencintai tubuh masing-masing walau apa pun keadaannya.
Kate Winslet juga sering tampil dengan solekan sederhana dan natural. Setiap kali muncul di acara-acara tertentu, Kate Winslet berusaha untuk mengenakan solekan seminima mungkin agar kulitnya dapat bernafas dengan baik. Jika untuk aktiviti biasa Kate Winslet lebih selesa mengenakan concealer dan lip balm saja.
Tak ketinggalan, Kate Winslet juga mementingkan penjagaan rambut. Cara yang diamalkan oleh Kate Winslet mudah saja. Rambut tak akan disikat ketika masih basah. Agar rambut tak mudah kusut pula Kate Winslet akan menyikatnya dua kali sehari. Agar rambut tumbuh sihat, Kate Winslet akan pastikan hujung rambutnya di trim setiap 3 bulan sekali.
Kredit Foto: Instagram kate.winslet.official
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dari seorang ‘influencer’ yang memiliki lebih 100 ribu pengikut di laman Instagram, Qasrina Karim kini melebarkan sayap kariernya dalam dunia lakonan. Kejayaan lakonannya dalam filem Kongsi Raya hasil arahan Teddy Chin membuka jalan luas untuknya melakar kejayaan buat diari seninya sendiri.
Qasrina yang memiliki segulung ijazah dalam jurusan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Malaysia ternyata bukan sahaja memiliki gaya fesyen menarik yang seringkali menjadi rujukan kaum hawa terutamanya yang memakai hijab untuk tampil bergaya, malah bintang yang kian menyerlah ini memiliki aura kecantikan yang sempurna.
Menurut Qasrina yang ditemubual di acara pelancaran kosmetik Wardah juga merupakan duta bagi jenama ini berkongsi antara rahsia yang diamalkan untuk mengekalkan keserian wajahnya ialah membasuh muka sekurang-kurangnya selama satu minit untuk memastikan wajahnya menyerap segala segala fungsi pencuci muka yang digunakan.
Saya selalunya akan mengambil masa selama satu minit untuk mencuci muka kerana ia merupakan sebuah proses yang penting dan tidak harus diabaikan.
Selain daripada itu, bintang kelahiran Subang Jaya ini juga turut menyatakan bahawa dia selalu mengamalkan pengambilan dua liter air setiap hari.
Sumber air amat penting untuk memastikan tubuh badan saya sentiasa bertenaga dan tidak mudah penat. Malah, ia juga memberi kebaikan kepada kulit wajah.
Jadi saya seringkali minum sekurang-kurangnya dua liter air atau satu liter botol besar. Bagi aspek pemakanan pula, saya tidak minum susu kerana ia boleh menyebabkan wajah saya berjerawat
Menurut Qasrina juga, dia hanya minum susu jenis oat dan juga kacang almond untuk memastikan wajahnya bebas dari masalah jerawat.
Di samping itu juga, Qasrina akan memastikan waktu tidurnya dijaga dengan baik untuk memberi tenaga pada keesokakan harinya.
Sama juga seperti orang lain, bagi saya, waktu tidur amat penting. Saya perlukan selama enam hingga tujuh jam untuk memastikan tubuh badan saya berfungsi dengan baik pada keesokan harinya.
Bukan itu sahaja, malah untuk memberi tubuh badan saya lebih bertenaga, saya menjadikan senaman badminton atau berlari sebagai aktiviti senaman yang memberi banyak kebaikan pada diri
Wajah Qasrina juga seringkali disamakan dengan dua figura hebat tanah air iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Mira Filzah. Memandang isu tersebut dalam sudut yang positif, Qasrina terima sebagai pujian tetapi lebih selesa jika tidak dibanding-bandingkan dengan mana-mana selebriti.
Makin berseri-seri isteri Ungku Ismail ini lepas bersalin anak ketiga pada Oktober lepas. Tak dinafikan, sejak bergelar ibu tiga anak, penampilan baharu Nad Zainal bertambah anggun. Biarpun tanggungjawab kian bertambah dengan kehadiran cahaya mata namun aktres ini tetap ligat jana pendapatan.
Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin sah bergelar isteri kepada pelakon kacak, Ungku Ismail pada 23 Januari 2023.
Bagaimana pun, mereka mengumumkan berita perkahwinan tersebut kepada peminat selepas hampir seminggu bernikah.
Masih aktif sebagai pelakon, figura berusia 33 tahun berkenaan melebar sayap perniagaan pula dengan mengusahakan bisnes tudung dengan suami tercinta.
Kredit Instagram @nad.zainalKredit Instagram @nad.zainalKredit Instagram @nad.zainalKredit Instagram @nad.zainal
Difahamkan tudung jenama Nadi Kesuma sudah pun mempunyai penggemar tersendiri dan dijual dengan harga berpatutan.
Namun yang paling menarik perhatian peminat ialah penampilan Nad selepas melahirkan anak. Bintang filem Kami Histeria ini kelihatan makin ramping dan sihat.
Sebelum ini Nad pernah berkongsi amalan pemakanan demi mengekalkan susuk tubuh ideal. “Kita ni orang Melayu dik, mana boleh tinggal nasi. Nak makan nasi boleh, makanlah korang.
Tapi makan tu kenalah dengan portion yang betul. This is how Nanad eat nasi everyday tapi berat still turun laju lepas bersalin.”
AirAsia berhijab membuka lembaran baharu buat wanita Muslim dalam industri penerbangan dengan membenarkan kru kabin memakai hijab secara rasmi. Perubahan ini meraikan kepelbagaian dan memberi ruang kepada wanita hadir sebagai diri sendiri tanpa mengorbankan prinsip.