Tak dinafikan pelakon veteran, Aznah Hamid merupakan antara personaliti wanita popular tanah air yang dikurniakan rupa paras menawan. Menyambut ulang tahun kelahiran pada 6 September, pesona dan kecantikan Aznah Hamid pada usia 63 tahun seakan tidak pudar.
Walau jelas kelihatan garis dan kedutan pada wajah namun tetap manis dipandang dan memikat.
Tidak hanya bertuah kerana mempunyai wajah cantik bahkan ibu kepada pelakon Sheera Iskandar ini juga dikurniakan kesihatan yang baik sampai sekarang. Malah dia turut masih menghiasi drama di kaca televisyen.
Sheera menerusi media sosial miliknya menitipkan ucapan hari lahir buat ibu tersayang. Malah pelakon Gerak Khas ini memuat naik gambar terkini dirinya di samping anak
perempuan comel, Puteri Long Harissa dan Aznah Hamid.
“Happy birthday Grandmama! We love you so much. Semoga mama sentiasa dipelihara dan dilindungi Allah SWT. Semoga panjang umur, sihat selalu dan dimurahkan rezeki.”
Ads
Dalam perkongsian foto tersebut jelas kelihatan Sheera mewarisi kecantikan Aznah Hamid. Tambahan pula apabila mengenakan cermin mata, saling tak tumpah seperti ibunya.
Sementara itu, meninjau media sosial Aznah Hamid pula aktres ini aktif mengikuti bazar jualan melibatkan rakan-rakan artis. Antara yang dijual termasuklah produk kecantikan, tudung, snek dan minyak wangi.
Malah, dia juga ceria melayan pelanggan yang hadir ke gerai jualannya untuk membeli barang mahupun beramah mesra.
Aznah Hamid dilaporkan mula karier lakonan seawal usia 12 tahun. Namanya menjadi sebutan ramai tahun ini apabila kejayaan Aznah yang pernah bergandingan dengan hero lagenda Tamil iaitu Rajinikanth menerusi filem Priya pada tahun 1979 bertebaran di media sosial.
Khabarnya filem tersebut turut dibintangi aktres terkenal, Sri Dewi sebagai heroin.
Ads
Antara filem lakonan Aznah Hamid ialah Dia Ibuku, Penyamun Tarbus, Wira Angkasa dan Sembilu.
Sheera Iskandar merupakan satu-satunya anak Aznah yang mengikut jejak langkah sebagai pelakon.
Bibir merupakan sebahagian daripada keindahan wajah yang mengulit perhatian. Bibir yang menarik dan sihat akan menjadi cermin kepada kecantikan anda. Anda perlu tahu bahawa kesihatan bibir juga haruslah selalu dijaga. Masalah yang umumnya terjadi kepada bibir adalah kekeringan serta pecah-pecah.
PUNCA-PUNCA
Pencemaran udara serta debu.
Perubahan suhu yang boleh menyebabkan bibir tidak dapat beradaptasi sehingga bibir menjadi kering serta pecah-pecah.
Makanan yang terlalu masam atau masin.
Tabiat merokok, minum kopi berlebihan serta minum alkohol.
Kurang pengambilan buah-buahan serta sayur-sayuran.
Kurangnya minum air.
Menggunakan kosmetik yang bahan-bahan kimianya terlalu kuat atau disebabkan oleh alergi terhadap kosmetik tertentu.
Menggunakan ubat gigi yang mengandungi detergen berlebihan.
Tabiat suka menjilat bibir dengan air liur.
TIP PENCEGAHAN
Setelah mengetahui punca-punca terjadinya masalah bibir kering serta pecah-pecah ini, anda hendaklah melakukan langkah-langkah pencegahan supaya masalah tersebut membuatkan anda kurang percaya diri. Berikut adalah beberapa cara yang boleh anda jadikan sebagai panduan berguna:
Gunakan balm bibir yang mengandungi tabir suria serta pelembap. Sinaran matahari merupakan salah satu faktor penyebab kepada masalah bibir kering dan pecah-pecah. Oleh itu, penggunaan krim tabir suria adalah sangat penting. Begitu juga dengan pelembap yang diperlukan supaya kelembapan bibir anda kekal terpelihara terutamanya ketika melakukan aktiviti seharian.
Pilihlah lipstik yang sesuai serta mengandungi pelembap. Sewaktu anda membeli produk-produk kecantikan contohnya lipstik, perhatikan kepada kandungannya. Pilihlah lipstik yang mengandungi emolien serta mengandungi bahan-bahan semula jadi serta berpelembap.
Sentiasalah membasahkan bibir anda dengan air putih. Bukan dengan menjilatnya dengan lidah kerana di dalam air liur terdapat kelenjar dan enzim yang boleh menyebabkan bibir anda kering serta pecah-pecah. Cukuplah sekadar meminum air putih atau segelas air putih untuk membasahi bibir.
Minum air putih lapan gelas setiap hari. Langkah ini dapat membantu mencegah berlakunya dehidrasi yang boleh mengakibatkan bibir kering dan pecah-pecah.
Segera bersihkan sisa lipstik sebelum tidur. Gunakan skrub bibir dengan gerakan memutar selama beberapa minit. Kemudian bersihkan bibir dengan tuala lembut yang dibasahkan terlebih dahulu dengan air suam.
Ambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran. Pilihlah sayur-sayuran dan buah yang mengandungi vitamin C, B, E dan mineral. Kadar air yang terdapat pada bibir juga membantu tubuh terhindar dari dehidrasi.
Jauhi tabiat merokok dan minum alkohol. Bahan kimia yang terkandung di dalam sebatang rokok boleh menyebabkan lebam kehitaman pada bibir. Manakala alkohol menyebabkan bibir mudah kering.
Sapu pelembap bibir pada waktu malam sebelum tidur. Selain itu, anda juga boleh menggunakan madu sebagai pelembap semula jadi seterusnya memberikan khasiat kepada bibir.
Lakukan urutan bibir dengan menggunakan minyak zaitun. Urutan akan membantu melancarkan sistem peredaran darah pada bibir seterusnya bibir menjadi sihat. Sapu minyak zaitun pada bibir sewaktu urutan.
PETUA TRADISIONAL
Anda juga boleh mencuba beberapa petua tradisional untuk mendapatkan bibir yang kelihatan berseri serta kemerah-merahan. Antara petua yang boleh anda amalkan ialah:
Sapukan dua titik madu lebah asli pada bibir setiap malam sebelum tidur dan lakukan setiap hari.
Sapukan getah pokok sena yang berwarna merah pada bibir yang pecah. Dalam masa dua hari luka akan sembuh.
Sapukan pati susu pada bibir setiap hari. Bibir akan kelihatan lembut dan kemerah-merahan.
Bersihkan sepotong halia segar, kupas kulitnya kemudian tumbuk hingga lumat dan perah airnya. Gosokkan hampas halia tersebut pada bibir untuk bibir yang lebih menawan dan kemerah-merahan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sepetang bersama penghibur terkenal Indonesia, Hetty Koes Endang di Kuala Lumpur, banyak petua dan amalan kesihatan beliau yang dapat dikongsikan. Bayangkan pada usia lebih separuh abad, penyanyi yang popular dengan lagu ‘Kasih’ ini masih cergas, malah kekal cantik dan energetik!
Dari amalan pantang lepas bersalin hinggalah jamu rebusan sirih yang diminum, wanita periang yang mesra disapa Bunda ini tidak lokek berbahagi pengetahuan.
Dilahirkan pada 6 Ogos 1957, usia Bunda juga hampir sebaya dengan usia kemerdekaan Malaysia, sekaligus menjadikan beliau seorang legenda seni dunia.
Ketika diajak bersembang, Bunda Hetty nyata seorang yang versatil, merendah diri, keibuan dan kelakar dalam satu masa. Tiada istilah sombong dalam tutur katanya.
Kenangan terindah penulis bersama Bunda Hetty
******************************
Selain jaga diet dan pemakanan sihat, warga emas kena amalkan gaya hidup yang aktif serta selalu berpeluh. Tak payah susah nak keluar rumah, guna je treadmill hebat ni (klik sini) di balkoni sambil hirup angin nyaman. Followers Nona boleh guna kod promo khas iaitu NONGSP5. Barulah muda luaran dan dalaman!
******************************
Bahkan kesempatan berdampingan dengan penyanyi hebat itu, sempat jugalah penulis menatap raut wajahnya dari dekat. MasyaAllah, halus sungguh kulit wajah Bunda, persis anak dara.
Paling menarik, bila ‘diintai’ isi minuman teh kesukaannya. Ada kulit kayu manis!
“Kadang-kadang Bunda suka letak hirisan lemon juga. Memang baik untuk tubuh badan kita.” Hetty Koes Endang
Nak tahu lebih banyak petua kecantikan sambil bersembang tentang hubungan akrab beliau dengan Dato’ Sri Siti Nurhaliza? Jom tonton video Lensa Nona di bawah…
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wow, belum pun cecah usia 20 tahun tapi model dari Perancis ini sudah dinobatkan Wajah Wanita Tercantik Di Dunia 2018! Satu kejayaan besar bagi remaja bernama Thylane Blondeau ini. Raut wajah unik Thylane terutamanya di bahagian bibir menyerlahkan aura seksi gadis ini dan sudah tentu ia salah satu tarikan yang membuatkan ramai terpegun.
Menampilkan 100 Most Beautiful Faces of 2018, keputusan TC Candler itu menyaksikan Thylane berada di kedudukan paling atas mengalahkan 99 calon wanita cantik di seluruh dunia. Antaranya nama-nama bintang terkenal antarabangsa termasuk Keira Knightly, Ariana Grande, Selena Gomez, Deepika Padukone, Natalie Portman dan Emma Watson.
Tahun lalu, model dari Filipina iaitu Liza Soberano dinobatkan sebagai The Most Beautiful Faces of 2017. Acara yang mula diadakan sejak tahun 1990 ini turut pernah menampilkan wajah aktres, pelakon dan penyanyi terkenal seperti Nicole Kidman, Lindsay Lohan, Keira Knightly, Emma Watson dan Natalie Portman sebagai pemenang hasil undian pengguna Internet.
Thylane Blondeau merupakan Duta Loreal Paris dan juga Pengasas Heaven May. Menerusi Instagram miliknya, gadis ini turut berkongsi rasa teruja dan tidak menyangka sama sekali akan terpilih sebagai The Most Beautiful Faces of 2018.
Dilahirkan pada 6 April, Thylane kini bertapak kukuh sebagai model popular bernaung di bawah agensi IMG Models yang menghiasi kempen label terkenal seperti Ralph Lauren, Fendi dan banyak lagi.
Kredit: Instagram Thylane Blondeau
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.