Kulit yang berminyak kadang kala menjadi masalah ketika bersolek. Ia boleh menjejaskan solekan serta mudah luntur. Namun begitu, usah jadikannya sebagai halangan untuk anda tampil berseri.
Ikuti 5 cara berikut.
CUCI MUKA SEHINGGA BERSIH
Perkara pertama sekali perlu anda buat jika kulit berminyak. Cuci muka sebersih-bersihnya sebelum memulakan solekan. Jika kurang bersih kulit akan mudah berjerawat kerana kulit berminyak mudah bertindak balas dengan kotoran yang melekat di wajah. Gunakan pemersih muka yang sesuai agar kulit tidak terlalu kering.
GUNAKAN PRIMERMenggunakan primer sebagai asas membantu solekan tahan lebih lama. Kawasan berminyak seperti zon T (dahi, hidung dan dagu) tidak kelihatan berkilat. Gunakan produk berasaskan bebas minyak khususnya primer, bedak asas, bedak dan pemerah pipi.
Ads
PRIMER KHUSUS UNTUK MATA
Ada yang menggunakan concealer bagi menutup lingkaran hitam bawah mata. Namun disarankan agar menghindari concealer di sekitar kelopak mata. Sebaiknya gunakan primer yang dirancang khas untuk mata agar pembayang mata dapat melekat dengan sempurna dan mampu menyerap minyak di kelopak mata.
Ads
KURANGKAN PENGGUNAAN BEDAK TABUR
Jika bedak tabur digunakan secara berlebihan dengan harapan minyak di wajah berkurang itu adalah cara yang salah. Ini kerana ia akan membuatkan pori-pori kulit menghasilkan minyak lebih banyak. Maka, gunakan bedak tabur hanya di sekitar yang berkilat atau berminyak. Gunakan jenis berformula matte translucent yang dapat menghilangkan minyak pada semua warna kulit.
KERTAS MINYAK
Sentiasa sediakan kertas minyak yang dapat menyerap minyak berlebihan di wajah. Tekan perlahan kertas minyak di kawasan berminyak saja, bukan dengan cara menggosok-gosok pada kulit wajah. Lakukan dengan cara yang betul.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masha-Allah, berseri-serinya Datin Hajah Anne Ngasri yang baru sahaja pulang dari tanah suci mengerjakan ibadah haji baru-baru ini.
Nampak semakin ‘remaja’ pula, bukan macam ibu anak enam. Cantik sangat!
Dalam posting terbaharu, Datin Anne berkongsi berita gembira di Instagramnya di mana beliau telah dikurniakan Darjah Kesatria Mangku Negara (K.M.N) sempena Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan di Istana Negara pada 20 Julai 2023 lalu.
Alhamdulillah, berkat tahun baharu juga, rezeki Datin Anne terutama perjuangannya di lapangan politik.
Tulis Datin Anne ringkas: –
“2 Muharam 1445 Hijrah/20.7.23 Syukur dengan izin & limpah kurniaNya.
“Semoga ALLAH SWT merahmati pemerintahan KDYMM (Kebawah Duli Yang Maha Mulia) Tuanku yang memayungi seluruh rakyat.
“Patik menjunjung kasih & kurnia serta terus bekerja keras menabur bakti demi agama, bangsa dan negara yang tercinta.”
Rata-rata para peminat dan pengikut termasuk rakan-rakan selebriti menzahirkan ucapan tahniah serta syukur atas pencapaian isteri kepada Datuk Mohd Sumali Reduan ini.
Mereka turut memuji kecantikan dan wajah ‘awet muda’ Datin Anne biarpun kini usianya sudah mencecah 39 tahun.
Sementara itu, Darling Ngasri yang merupakan kakak kepada Datin Anne turut menemani Datin Anne ke majlis tersebut. Darling juga menitipkan ucapan tahniah buat adik kesayangannya itu di Instagram.
“Setinggi-tinggi tahniah kepada adindaku Datin Hajah @annengasri_official atas pengurniaan Darjah Kesatria Mangku Negara (K.M.N) sempena Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan di Istana Negara pada 20 Julai 2023 hari ini.
“Teruslah menabur bakti demi agama, bangsa dan negara kerana sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat.”
Darling atau nama sebenarnya, Nasreen Ngasri yang ini berusia 40 tahun merupakan merupakan seorang pelakon serta penerbit. Darling merupakan ibu kepada seorang anak lelaki, Nur Nashrullah berusia 12.
Rata-rata netizen berasa kagum dengan pasangan adik-beradik ini yang tidak dimamah usia. Memang awet muda, ibarat tak tua-tua.
Dua lagi adik beradik mereka ialah Naszeli (Boy) dan Nasrizal(Bell).
Menariknya lagi, walaupun nampak macam ‘remaja’ tetapi masing-masing sebenarnya sudah pun bergelar nenek kerana anak sulung kepada abang mereka, Boy sudah pun memiliki anak.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Di sebalik pencapaian Faizal Hussein sebagai aktor legenda, kehidupan keluarganya mencuri perhatian, lebih-lebih lagi saat mereka meraikan ulang tahun kelahiran ke-18 anak bongsu, Fazrick Faizal Hussein.
Momen istimewa itu dikongsi oleh isteri tercinta, Suhaila Sulaiman di media sosial, memperlihatkan suasana sambutan yang sederhana tetapi penuh makna.
Ulang tahun Fazrick Faizal Hussein bukan sekadar pertambahan usia, tetapi menjadi simbol perjalanan seorang anak yang membesar dalam lingkungan keluarga yang sarat dengan nilai, disiplin dan kasih sayang.
Genap usia 18 tahun, Fazrick Faizal Hussein dilihat semakin menyerlah dengan wajah kacak yang mengingatkan ramai kepada figura bapanya ketika muda. Ramai menyamakan raut wajahnya dengan karakter ikonik Azroy lakonan Faizal Hussein dalam filem Gila Gila Remaja.
Aura tersebut bukan sesuatu yang mengejutkan memandangkan Faizal Hussein sendiri pernah menjadi fenomena besar dalam industri hiburan tanah air. Kini, Fazrick Faizal Hussein dilihat membawa aura yang sama, sekali gus menarik perhatian netizen.
Namun, kelebihan Fazrick bukan hanya pada rupa. Anak muda ini turut memperlihatkan minat dan bakat dalam bidang seni, seolah-olah mewarisi darah seni yang mengalir dalam keluarga.
Dalam masa sama, Fazrick Faizal Hussein juga aktif dalam kegiatan kokurikulum termasuk menyertai pasukan pancaragam Victoria Institution. Ini membuktikan beliau bukan sahaja menyerlah dari segi penampilan, tetapi juga seimbang dalam akademik dan aktiviti luar.
Perkembangan ini menunjukkan Fazrick Faizal Hussein tidak hanya bergantung kepada nama besar bapanya. Sebaliknya, beliau mula membina identiti sendiri dengan usaha dan komitmen yang konsisten.
Di sebalik kejayaan anak-anak, peranan Suhaila Sulaiman sebagai ibu tidak boleh dipandang ringan. Pernah dikenali sebagai pelakon era 90-an menerusi drama seperti Sayang Puteri dan Zon 606, beliau membuat keputusan untuk memberi fokus sepenuhnya kepada keluarga.
Keputusan itu nyata berbaloi apabila kedua-dua anak mereka membesar sebagai individu yang seimbang. Anak sulung mereka, Fazryn yang kini berusia 21 tahun, bukan sahaja mewarisi kecantikan ibunya, malah cemerlang dalam akademik sebagai bekas pelajar MRSM.
Didikan yang konsisten serta keutamaan terhadap pendidikan menjadi asas penting dalam membentuk peribadi Fazryn dan Fazrick Faizal Hussein.
Kisah cinta Faizal Hussein dan Suhaila Sulaiman bermula di pentas teater Ayu Cendana sekitar tahun 1999. Dari situ, mereka membina kehidupan bersama yang kini menjadi contoh keharmonian rumah tangga.
Walaupun Faizal terus aktif dalam industri dan mendapat pujian menerusi lakonan mantap dalam drama Bidaah, beliau tetap menghormati keputusan isterinya untuk tidak kembali ke dunia lakonan.
Sambutan ulang tahun Fazrick Faizal Hussein jelas menggambarkan hubungan erat antara mereka sekeluarga. Tiada kemewahan melampau, sebaliknya lebih kepada kehangatan dan kebersamaan.
Apa yang menarik, Fazryn dan Fazrick Faizal Hussein bukan sekadar mewarisi rupa paras ibu bapa mereka, tetapi juga nilai kehidupan yang kukuh. Mereka dibesarkan dengan keseimbangan antara dunia seni, pendidikan dan adab.
Fazrick Faizal Hussein yang kini melangkah ke alam dewasa menjadi simbol kesinambungan legasi keluarga ini. Dalam dunia yang sering menilai populariti sebagai ukuran kejayaan, mereka memilih jalan berbeza dengan menitikberatkan nilai dan didikan.
Sambutan hari jadi ke-18 Fazrick Faizal Hussein bukan sekadar perayaan biasa, tetapi refleksi kepada sebuah perjalanan panjang tentang cinta, pengorbanan dan warisan keluarga yang terus hidup.
Generasi 80-an barangkali masih ingat kenangan menonton ‘Oshin’ setiap petang. Saya sendiri antara yang setia di depan TV, sambil-sambil temankan mak melipat kain dan tunggu ‘lampu hijau’ bermain di luar rumah. Ya, kecomelan Oshin menemani zaman kanak-kanak kita namun yang ditekankan adalah mesej yang dibawa watak si cilik Ayako Kobayashi – betapa hidup harus diperjuangkan walau sesusah apa pun.
Setiap negara mempunyai pendekatan unik untuk memancing minat penonton. Jika Amerika Syarikat terkenal dengan siri sitkomnya, Jepun pula terkenal dengan program mini drama bersiri (15 minit) atau dikenali asadora yang ditayangkan setiap pagi agar penonton dapat memulakan hari dengan lebih bersemangat.
‘Oshin’ merupakan antara drama asadora yang disiarkan saluran NHK dan telah ditayangkan ke lebih 50 negara. Jalan ceritanya penuh teladan, kisah dari zaman ‘Oshin’ kecil, dewasa dan tua. Namun yang paling membekas di ingatan tentulah ketika ‘Oshin’ kecil, melalui kesusahan hidup sebagai anak petani miskin.
Kini lebih 30 tahun berlalu. Nona tertarik menjejaki perkembangan Ayako Kobayashi yang begitu hebat menjentik emosi penonton sebagai ‘Oshin’ cilik.
Berusia 50 tahun, wanita Tokyo yang dilahirkan pada 11 Ogos 1972 itu ternyata masih aktif bergiat dalam industri seni di sana.
Rindukan ‘Oshin’? Berikut perkembangan terkini Ayako yang kelihatan cukup jelita dan awet muda…
(1) Potret Ayako dulu dan sekarang. Penonton ‘Oshin’ mengenali Ayako ketika usianya masih 11 tahun.
(2) Ayako berketinggian 158cm dan kini berusia 50 tahun.
*************
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang (link)
*************
(3) Beliau masih aktif berlakon dan salah satu filem terbaharu yang dibintanginya adalah Hakai (2022).
(4) Seorang yang sukakan alam semula jadi dan minat mendaki.
(5) Aktres ini mula berlakon sejak kecil dan masih bertahan sampai sekarang.
Bagai mengimbau memori lama, memang terkenang zaman kanak-kanak betul kalau cakap tentang drama ‘Oshin’ kan?
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pejam celik usia perkahwinan selebriti cantik, Amyra Rosli dan Amar Baharin bakal menginjak 10 tahun pada November nanti. Sedekad layari alam perkahwinan nyata bukan satu tempoh yang singkat. Pastinya sepanjang perkahwinan kedua-duanya sudah pun berdepan dengan pelbagai suka dan duka. Namun tetap setia dan saling menyayangi hingga sekarang.