Tak sangka, wajah gembira Ummi Nazeera dan suami sepanjang kehamilan lalu rupa-rupanya turut tersimpan seribu satu kisah. Hanya selepas lebih dua minggu melahirkan cahaya mata sulung, barulah selebriti ini terbuka untuk berkongsi pengalaman sepanjang proses kehamilan dan kelahiran Ayra Aneesah. Berdepan gejala Placenta Previa sebanyak tiga kali, situasi ini pastinya mengundang rasa gusar kepada Ummi mahupun mana-mana kaum ibu yang baru pertama kali hamil.

IKLAN

“Assalamualaikum My Darling Daughter, Ayra Aneesah binti Mohd Izzar. Alhamdulillah.. Allah made it easy for mommy to be pregnant but the journey to carry you was a challenge for both of us,” kongsinya yang turut memuat naik video bayi sulungnya itu.

Difahamkan, Ummi selamat melahirkan Ayra secara pembedahan pada 22 Ogos lalu ketika usia kandungan baru mencecah 34 minggu di Hospital Serdang. Meskipun awal daripada tarikh bersalin yang sepatutnya namun kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan sihat. Comel sangat permata hari Ummi dan Izzar ni. Lagi-lagi dengan dagunya yang terbelah cantik. Siap dapat perhatian penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang terpikat dengan kecomelan Ayra.

Menceritakan kembali pengalaman waktu mengandung dan melahirkan Ayra, “Mummy mengalami Placenta Previa Type 2. Saya mula mengalami pendarahan sebaik saja lepas Aidilfitri. Bila keadaan ini berlaku, saya menangis dan menyangka saya akan kehilangannya. Alhamdulillah.. semua berjalan lancar.

Kemudian, saya disarankan berehat secukupnya. Bed rest. Saya keluar rumah seminggu sekali saja dan cuba lakukan apa yang termampu untuk kandungan ini. Sujud a lot.. doa a lot. Tapi, ia berlaku lagi buat kali kedua dan seterusnya kali ketiga. Saya mengalami pendarahan yang sangat banyak sehingga doktor memutuskan untuk menjalani pembedahan kecemasan Cesarean. Waktu itu saya rasa sangat risau dan jadi tak keruan.

IKLAN

Alhamdulillah daddy ada bersama dan sedaya upaya menenangkan saya. “Jangan menangis! Istighfar.” Ketika itu saya sedar, apa yang suami cuba lakukan itu adalah betul. Hanya Allah yang mampu membantu.”

IKLAN
Ummi bersama Datin Alyah dan Fara Fauzana ketika menjadi penghias muka depan Nona Edisi Hijab, Ogos 2014

Menurut Baby Center, Plasenta Previa adalah keadaan apabila plasenta masih lagi berada di keadaan rendah dalam uterus selepas 20 minggu kehamilan. Pun begitu, kaum ibu usah khuatir sebab kedudukan plasenta masih boleh naik ke atas tepat pada masa bayi dilahirkan. Namun jika plasenta terus tidak berubah dan berada dalam keadaan rendah, ia akan menghalang jalan keluar bayi melalui faraj. Sama ada menutupi sebahagian serviks atau menutup keseluruhannya. Jadi, cara terbaik adalah dengan melakukan pembedahan.

“Alhamdulillah pembedahan dipermudahan. Tiada sebarang komplikasi. Syukur ya Allah. Masa masuk bilik pembedahan, muka daddy masam sangat. Masa mummy keluar bilik pembedahan, muka daddy senyum. The minute I saw u I was so happy. You’re perfect alhamdulillah.”

Kongsi Ummi lagi, Ayra membawa maksud sopan, berbudi bahasa. Sementara Aneesah pula bererti pemurah dan setia. Nama Aneesah juga sebenarnya adalah nama arwah nenek Ummi Nazeera.