
Memiliki kulit gebu dan mulus menjadi dambaan ramai wanita. Ada yang dikurniakan kulit cantik tanpa masalah sejak meniti usia remaja dan ada juga yang terpaksa menjalani pelbagai jenis rawatan bagi memelihara kesihatan kulit mereka. Apa yang pasti, jika aspek kebersihan tidak dititikberatkan kulit yang cantik tanpa masalah pun boleh terdedah kepada pembentukan jerawat, jeragat dan bermacam-macam lagi permasalahan kulit.
Ekstrak bahan semula jadi yang terkandung dalam sesuatu tumbuhan dipercayai sangat berkesan untuk mengawal masalah kulit. Pokok lidah buaya misalnya sudah begitu sinonim digunakan untuk kecantikan kulit. Selain mengamalkan petua lidah buaya, ramuan buah limau nipis juga penuh dengan manfaat untuk kesihatan kulit wajah.

1. CEGAH JERAWAT DENGAN PETUA LIMAU NIPIS
- Ambil limau nipis dan perah airnya. Cukupkan sehingga sesudu teh.
- Campur air limau nipis tadi bersama sesudu teh madu dan sebiji putih telur.
- Oleskan pada wajah dan biarkan selama 30 minit.
- Kemudian, bilas dengan air dingin.

2. MENGECILKAN LIANG PORI & KURANGKAN MINYAK
- Potong limau nipis menjadi dua atau beberapa bahagian.
- Lalu gosokkan pada wajah perlahan-lahan, terutama pada bahagian hidung dan pipi yang mempunyai liang pori lebih besar.
- Biarkan selama 15 minit.
- Kemudian, bilas dengan air dingin.

3. CEGAH KEDUT
- Hiris limau nipis, lalu perah untuk diambil airnya.
- Tambahkan 1 sudu makan, minyak kayu putih.
- Tambahkan seperempat sudu kapur sirih.
- Adun hingga rata.
- Oleskannya sebagai bedak wajah setiap malam.
- Cuci dengan air bersih
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Solekan Yang Tepat Apabila BERTUDUNG HITAM, Teknik Lukis Kening Tu Paling Susah Nak Buat

Ramai yang menyangka, bila bertudung hitam maknanya kita boleh mengadunkan semua jenis warna dalam solekan.
Memang benar warna tudung hitam boleh menyerap semua warna yang diaplikasikan dalam solekan tetapi kombinasi yang paling menyerlah adalah mempertegaskan solekan mata.
Satu tip Nona, pembayang mata rona gelap benar-benar menyerlah untuk penampilan seperti ini. Ikuti tip solekan ini agar penampilan anda dalam tudung hitam tampak lebih menawan.
- Pelembap kulit merupakan asas kepada solekan sempurna. Kulit yang lembap dari dalam menyerlah solekan di luar. Jangan sekali lupa sapu pelembap sebelum bersolek. Risau kulit berminyak selepas bersolek? Sapu pelembap dalam gerakan bulatan arah lawan jam.
- Inovasi dalam solekan memudahkan tugas bersolek. Sediakan wajah dengan semburan primer yang berasaskan bahan-bahan semula jadi. Hasilnya solekan sama rata dan tidak berbelak-belak nanti.
- Bedak asas yang sering menjadi pilihan wanita hadir dalam bentuk stick. Mudah dibawa ke mana-mana dan senang disapu. Aplikasi sempurna bedak asas bentuk ini diperoleh dengan sapuan berus khusus agar sempurna dan sekata.
- Sembunyikan cela pada wajah dengan penyamar noda. Titipkan penyamar noda pada daerah yang dikehendaki dan tepuk lembut menggunakan tangan agar tidak bercapuk solekan yang telah tersedia.
- Teknik kontur boleh membantu membentuk wajah atau menyempurnakan wajah seseorang. Sapu highlighter pada atas tulang pipi atau bawah mata jika mahu kesan segar dan berseri. Boleh juga meruncingkan bentuk pipi dengan sapuan gelap pada tulang rahang.
- Cipta soket mata dengan mengikut alis mata yang terbuka. Kemudian ratakan rona biru gelap agar lebih sempurna. Eksperimentasi dengan rona keemasan disapu sempurna demi sebuah gaya yang menggoda.
- Bentuk kening membawa seribu satu makna, benar begitu? Melukis kening memerlukan latihan yang rapi. Jika mengikut cara solekan kening orang Korea, lebih gemar kening yang mendatar. Lukis kening dan penuhkan ruangan kosong dengan sapuan lembut pengalit kening.
- Tidak salah mengoles lipstik merah cili walau solekan mata sudah mendominasi solekan. Sapu pelembap bibir sebelum lipstik agar kelembapan kulit bibir terus terpelihara. Ratakan dengan sempurna pada bibir kemudian oles pengilat bibir agar lebih tahan lama. Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Amalkan 3 Jenis Senaman, Rahsia Maudy Koesnaedi Kekal Jelita Di Usia 47 Tahun!

Wajah eksotik milik pelakon Maudy Koesnaedi sering menjadi pilihan pembikin filem Indonesia untuk watak-watak filem epik Indonesia antaranya termasuklah Soekarno, Losmen Bu Broto, Ave Maryam dan sebagainya. Penampilan Maudy dalam filem-filem ini sering mencuri tumpuan Malah, Maudy pernah memenangi gelaran Pemeran Pendukung Wanita Terbaik Indonesian Movie Actors Awards pada tahun 2014 yang lalu.
Walaupun Maudy Koesnaedi atau nama penuhnya Maudy Kusnaria Koesnaedi ini menginjak usia 47 tahun, kejelitaan aktress dan model ini sememangnya tidak disangkal lagi. Wajahnya tidak banyak berubah dan masih kekal cantik dan sering menjadi perhatian untuk memegang peranan dalam industri perfileman Indonesia.


Apa rahsia kecantikan Maudy?
Walaupun sibuk dengan jadual penggambaran yang panjang, bintang film Losmen Bu Broto itu mengaku belum berani melakukan perawatan yang keterlaluan untuk kulit wajahnya. Maudy lebih selesa memakai regim penjagaan wajah harian yang khusus.

“Semua perawatan wajah masih saya amalkan sebagai rutin penjagaan wajah seharian. Di usia sekarang saya perlu lebih memberi perhatian terhadap penjagaan wajah. Namun begitu, saya tidak berani untuk melakukan perawatan wajah secara berlebihan. Saya banyak mendapatkan nasihat dari pakar dermatologi mengenai produk yang sesuai digunakan,” ujar Maudy.

Jadual harian yang sibuk dengan jadual penggambaran tidak pernah menjadi alasan untuk isteri kepada Frederik Johannes Meijer tidak mengambil berat soal kesihatan dan gaya hidup yang sihat. Sudah menjadi rutin harian Maudy menjadikan aktiviti senaman sebagai rutin hariannya supaya tampil segar dan fit di usia menghampiri angka 50.
Menjengah ke laman Instagram miliknya yang memiliki 1 million pengikut, wanita cantik ini mengamalkan beberapa rutin senaman sebagai pilihan yang bersesuaian dengan fizikalnya.


Antara senaman yang menjadi pilihan Maudy termasuklah pilates, senaman menggunakan treadmill dan yoga. Kebiasaanya, setiap hari dia akan melakukan senaman tersebut untuk memastikan tubuh badan sentiasa fit dan cantik. Amat berterima kasih kepada suami tersayang, Frederik Johannes Meijer yang sentiasa menyokong kerjaya seninya, ibu kepada seorang cahayamata ini amat mementingkan masa berkualiti bersama keluarga kecilnya itu.

.Memiliki seorang anak teruna yang sedang meningkat dewasa, Maudy turut memastikan keluarga mendapat limpahan kasih sayang dari dirinya walaupun sering terikat dengan jadual penggambaran filem yang panjang. Jika tidak mempunyai aktiviti seni, Maudy dan suami gemar menghabiskan masa bercuti bersama anak kesayangan mereka, Eddy Maliq Meijer dan ketiga-tiganya turut berkongsi minat yang sama.

“Kami sekeluarga gemar bersukan. Jadi ia antara momen yang kami kongsi bersama dan mengeratkan hubungan antara ibu dan anak. Eddy gemar bermain bola keranjang. Jadi, sekali sekala saya akan turut bermain bersamanya. Jika tidak pun, kami akan menghabiskan masa di gimnasium atau berjogging di sekitar kediaman sambil berkongsi aktiviti harian.”

Kebahagiaan dan keharmonian rumahtangga Maudy dan Frederik Johannes Meijer yang telah menginjak 21 tahun sering menjadi perhatian di Indonesia apatah lagi perkahwinan mereka terhindar dari sebarang gossip. Malah keharmonian rumah tangga Maudy dan Erik yang telah dibina hampir 2 dekad ini membuktikan bahawa tidak semua rumah tangga selebriti perlu dilanda badai dan berakhir dengan perceraian.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Makan Sikit-Sikit, Bukan Sikit-Sikit Makan!” Pegang Kata-Kata Ini Kalau Takut Gemuk

Lama sangat duduk di rumah, adakah sesiapa yang mengalami kenaikan berat badan dan kulit menjadi kusam? Menurut Pakar Perubatan, Estetik dan Anti-Penuaan yang juga Pengarah Urusan Francsuffia Wellness Centre, Datin Dr Suffia Hany Binti Mohd Amin, MBBS (UM), SAAARMM (Malaysia), terdapat 8 tip untuk kekal cantik dan maintain berat badan perlu diamalkan.
1) Set Minda
Minda memainkan peranan penting untuk mempengaruhi aktiviti kehidupan kita. Duduk di rumah bukanlah cuti untuk kita makan, tidur dan berehat sahaja. Walaupun kita menghabiskan banyak masa di rumah, perlulah set aktiviti berjadual. Kita harus mulakan hari dengan bergaya dan bersolek sikit.
Kenapa kita perlu cantik, sedangkan duduk di rumah? Supaya kita ada keyakinan diri dan rasa diri cantik selalu. Jangan hanya selalu pakai baju kelawar 24 jam. Inilah kunci utama kita perlu lakukan untuk set minda bahawa kita cantik dan kekal ramping, tubuh fizikal akan mengikut arahan apa yang telah kita set di minda.
2) Jadual Waktu
Bila kita bekerja, kita tidur awal dan bangun awal. Keadaan ini harus diamalkan secara rutin walaupun kita tidak bekerja dan hanya duduk di rumah. Jangan tiba-tiba mengamalkan aktiviti tidur lewat dan bangun lambat. Perubahan jadual waktu tidur akan menyebabkan ketidakseimbangan hormon dalam badan.
Hormon melatonin pada waktu malam atau semasa tidur sangat penting, hormon inilah yang membuatkan kita merasa mengantuk, ingin tidur dan berehat. Jika kita melangkaui keadaan ini, ia akan mempengaruhi keadaan hormon kita, jadi tunggang terbalik dan tidak seimbang.
Sama juga dengan hormon kortisol, waktu siang yang aktif. Hormon ini akan naik kemuncak pada jam 8am hingga jam 10am ke atas, waktu inilah hormon kita aktif. Jika kita bangun lambat ini akan mengganggu hormon kortisol dan akan mempengaruhi metabolisme badan.
Keadaan ini menyebabkan jadual makan kita pun lari, bila metobolisme rendah bermakna pembakaran kalori dalam badan menjadi perlahan, lemak terkumpul dan menyebabkan gemuk. Kita tidak mahu ini terjadi dan kita perlu pastikan metabolisme kita sentiasa berada dalam keadaan normal.
3) Pemakanan Seimbang
Bila duduk di rumah kita harus berpegang pada prinsip, ‘Makan sikit-sikit, jangan sikit-sikit makan!’ Kita perlu makan berjadual dan seimbang. Cuba masak sendiri bila duduk di rumah. Kita boleh memilih makanan yang sihat, tidak terlampau berminyak, banyakkan makan sayur-sayuran segar dan ulam serta buah-buahan.
Paling penting jika kita nak rasa cepat kenyang, dalam 15 minit atau setengah jam kita minum segelas air sebelum makan. Amalkan kaedah ini selalu untuk melengkapi 12 gelas minum air kosong setiap hari.
Makan memadai, berhenti bila terasa kenyang. Dan sekarang bulan puasa, saya berbuka hanya makan kurma dan beberapa jenis kuih. Selepas solat barulah makan nasi, itu pun hanya sepinggan. Waktu sahur, bagi yang tidak bermasalah macam saya hanya ambil kurma dan santan, sudah memadai. Saya tidak merasa letih seharian dan berat badan semakin menurun, alhamdulillah.

4) Senaman & Aktiviti
Duduk di rumah, waktu inilah kita perlu rajin melakukan aktiviti mengemas kalau sebelum ini kita hanya sibuk bekerja. Lakukan pelbagai aktiviti seperti berkebun, menjahit dan bermain badminton bersama keluarga, tidak hanya mengadap TV, komputer atau handphone sahaja. Selain baik untuk kesihatan kita pun merasa gembira.
Lakukan senaman ringan dan mudah, banyak boleh lihat di youTube. Mungkin kita boleh fokus kepada senaman di bahagian pinggang dan paha yang sentiasa merisaukan wanita. Melakukan senaman dan pelbagai aktiviti sangat penting untuk aktifkan hormon happy dan menjauhkan diri kita dari tekanan hidup.
5) Ibadah
Sekarang di bulan Ramadan, kita boleh lakukan pelbagai solat sunat dan tahajud, selain daripada solat lima waktu. Solat ini merupakan salah satu senaman terbaik untuk melembutkan otot- otot kita. Selain itu, kita boleh memperbanyakkan bacaan Al-Quran untuk menajamkan minda. Bila minda kita aktif, ia akan mempengaruhi keseimbangan pada hormon untuk kekal sihat.
6) Jaga Kulit Wajah

Pastikan kita sentiasa menjaga wajah pakai sunblock dan pelindung cahaya matahari. Walaupun hanya duduk dalam rumah, kita perlu pakai sebab kulit terdedah kepada cahaya lampu dan terutama ketika masak. Bila kita masak, haba dan sebarang cahaya juga boleh menyebabkan pigmentasi.
Lakukan rutin penjagaan wajah, cuci bersih dan menggunakan pelembap terutama selepas masak yang menyebabkan kulit kita berminyak dan berpeluh. Selain itu, seminggu sekali lakukan skrub wajah untuk tanggalkan kulit-kulit mati. Jangan lupa untuk amalkan krim malam dan serum untuk meremajakan kulit.
7) Guna Bahan Organik
Bila duduk di rumah cuba pakai masker wajah dengan menggunakan bahan organik seperti putih telur atau aloe vera, timun letak di mata atau petua-petua lain yang menggunakan pelbagai herba. Ini adalah sebahagian daripada terapi diri untuk menyegarkan kulit, rasa segar dan tenang.
8) Ambil Suplemen
Kalau sebelum PKP kita boleh pergi pusat kecantikan untuk dapatkan suntikan vitamin C, tetapi duduk di rumah kita boleh ambik secara makan 2g sehari sudah memadai. Kalau nak lebih organik, makan buah-buah segar terus tanpa di buat air atau jus.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!


