Siapa yang tidak mengenali pelakon jelita Korea, Song Hye Kyo yang baru-baru ini cukup popular dengan siri TV The Glory yang ditayangkan di Netflix. Drama Autumn In My Heart telah melonjakkan nama Song Hye Kyo yang berusia 41 tahun ini dengan bakat serta raut wajah cantiknya.
Dan sebentar tadi, Hye-kyo dilihat memenuhi jemputan Met Gala apabila hadir buat pertama kali memenuhi jemputan. Hye-kyo dilihat anggun memakai gaun satin bewarna merah jambu dengan renda putih daripada jenama terkenal Fendi.
Song Hye-kyo yang juga merupakan duta untuk jenama rumah fesyen mewah tersebut turut ditemani oleh Ketua Pegawai Eksekutif jenama tersebut Serge Brunschwig.
Ads
Untuk perihal dandanan rambutnya pula, Hye-kyo yang turut terkenal menerusi drama Descendants of the Sun dan That Winter the Wind Blows memilih sentuhan moden dengan gaya ‘hime cut’ yang dilihat cukup popular, yang baru-baru ini menjadi trend terbaru di Asia.
Yang menariknya, turut mendapat perhatian Song Hye-kyo juga dilihat sempat bergambar dengan Jennie Blackpink dimana kedua-duanya nama yang cukup besar dalam industri hiburan Korea masa kini, dan menjadi inspirasi buat ramai wanita di luar sana.
Ads
Bertemakan ‘In Honor of Karl”, Met Gala kali ini meraikan karier dan kehidupan lagenda fesyen, mendiang Karl Lagerfeld yang meninggal dunia pada tahun 2019 pada usianya mencecah 85 tahun.
Di pameran ini, lebih daripada 150 kostum akan dipamerkan disamping hasil kerja lakaran-lakaran yang pernah diilhamkan oleh Lagerfeld. Untuk pengetahuan anda, Met Gala atau dikenali sebagai Costume Institute Benefit merupakan acara amal eksklusif yang diadakan setiap tahun di Metropolitan Museum of Art di New York setiap tahun pada Isnin pertama bulan Mei.
Ads
Kredit foto: Daily Mail UK dan Getty Images.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Generasi 80-an barangkali masih ingat kenangan menonton ‘Oshin’ setiap petang. Saya sendiri antara yang setia di depan TV, sambil-sambil temankan mak melipat kain dan tunggu ‘lampu hijau’ bermain di luar rumah. Ya, kecomelan Oshin menemani zaman kanak-kanak kita namun yang ditekankan adalah mesej yang dibawa watak si cilik Ayako Kobayashi – betapa hidup harus diperjuangkan walau sesusah apa pun.
Setiap negara mempunyai pendekatan unik untuk memancing minat penonton. Jika Amerika Syarikat terkenal dengan siri sitkomnya, Jepun pula terkenal dengan program mini drama bersiri (15 minit) atau dikenali asadora yang ditayangkan setiap pagi agar penonton dapat memulakan hari dengan lebih bersemangat.
‘Oshin’ merupakan antara drama asadora yang disiarkan saluran NHK dan telah ditayangkan ke lebih 50 negara. Jalan ceritanya penuh teladan, kisah dari zaman ‘Oshin’ kecil, dewasa dan tua. Namun yang paling membekas di ingatan tentulah ketika ‘Oshin’ kecil, melalui kesusahan hidup sebagai anak petani miskin.
Kini lebih 30 tahun berlalu. Nona tertarik menjejaki perkembangan Ayako Kobayashi yang begitu hebat menjentik emosi penonton sebagai ‘Oshin’ cilik.
Berusia 50 tahun, wanita Tokyo yang dilahirkan pada 11 Ogos 1972 itu ternyata masih aktif bergiat dalam industri seni di sana.
Rindukan ‘Oshin’? Berikut perkembangan terkini Ayako yang kelihatan cukup jelita dan awet muda…
(1) Potret Ayako dulu dan sekarang. Penonton ‘Oshin’ mengenali Ayako ketika usianya masih 11 tahun.
(2) Ayako berketinggian 158cm dan kini berusia 50 tahun.
*************
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang (link)
*************
(3) Beliau masih aktif berlakon dan salah satu filem terbaharu yang dibintanginya adalah Hakai (2022).
(4) Seorang yang sukakan alam semula jadi dan minat mendaki.
(5) Aktres ini mula berlakon sejak kecil dan masih bertahan sampai sekarang.
Bagai mengimbau memori lama, memang terkenang zaman kanak-kanak betul kalau cakap tentang drama ‘Oshin’ kan?
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayangkan setiap pagi anda bangun dengan rasa lesu yang tak pernah hilang, wajah kelihatan pucat walau sudah oles foundation tebal, dan jantung terasa berdebar bila menaiki tangga.
Ramai menyangka itu tanda stres atau kurang tidur padahal tubuh sebenarnya sedang ‘menjerit’ kekurangan zat besi. Ya, itu mungkin anemia, si pencuri senyap yang makin banyak menyerang wanita Malaysia tanpa disedari.
Kenali Anemia dan Mengapa Wanita Malaysia Berisiko Tinggi?
Anemia bukan sekadar rasa letih atau pucat semata. Ia merujuk kepada keadaan di mana tubuh kekurangan sel darah merah yang mencukupi untuk membawa oksigen ke tisu badan. Tanpa oksigen yang cukup, organ penting seperti jantung, otot dan otak akan ‘berjuang’ lebih keras untuk berfungsi dan jika dibiarkan, anemia boleh bertukar menjadi masalah kesihatan serius.
Ramai tidak tahu, anemia bukan penyakit tunggal tetapi tanda bahawa sesuatu sedang tidak kena dalam tubuh. Ia boleh berpunca daripada kekurangan zat besi, kehilangan darah atau penyakit kronik yang menjejaskan penghasilan sel darah merah.
Lebih membimbangkan, simptomnya sering keliru dengan tekanan atau keletihan biasa, menjadikan ramai wanita terus hidup dalam keadaan anemia tanpa rawatan.
Tanda-Tanda Awal Anemia Yang Sering Diabaikan
1. Keletihan Melampau
Tubuh yang lemah dan cepat penat adalah amaran pertama. Bila sel darah merah tidak cukup hemoglobin untuk membawa oksigen, otot dan organ mula ‘kelaparan’ tenaga.
Kalau keletihan itu bukan sebab kerja atau kurang tidur, mungkin sudah tiba masa untuk buat ujian darah bagi mengesan anemia.
2. Kulit Pucat & Kuku Rapuh
Ramai wanita mengadu wajah kelihatan kusam walau pakai skincare mahal. Kekurangan hemoglobin membuatkan darah tidak cukup sampai ke permukaan kulit lalu menyebabkan kulit kelihatan pucat dan kuku mudah rapuh. Bila dua tanda ini hadir serentak, jangan tunda untuk berjumpa doktor bagi mengelakkan anemia semakin teruk.
Jantung yang berdegup laju atau terasa sesak nafas tanpa sebab jelas bukan sesuatu yang normal. Ia terjadi apabila jantung cuba mengimbangi kekurangan oksigen dalam darah.
Jika anda kerap rasa dada berdebar tanpa sebab, itu bukan semata-mata cemas. Ia mungkin jantung sedang bekerja dua kali ganda kerana anemia.
Tahukah anda, anemia juga boleh menyebabkan telinga berbunyi seperti ‘cicak malam’? Keadaan ini berlaku apabila aliran darah meningkat ke kawasan kepala dan leher, menyebabkan telinga menangkap bunyi deringan yang tidak datang dari luar.
5. Lidah Terbakar atau Rasa Berduri
Lidah yang perit, licin atau seperti terbakar bukan masalah kecil. Ia petanda bahawa tubuh kekurangan zat besi dalam jangka panjang. Walaupun simptom ini jarang disedari, ia sangat spesifik kepada anemia tahap pertengahan hingga teruk.
6. Sakit Kepala Berulang
Jika anda sering diserang sakit kepala tanpa sebab jelas, cuba periksa tahap hemoglobin. Bila oksigen tidak cukup sampai ke otak, arteri akan membengkak menyebabkan rasa sakit yang berulang dan berdenyut-denyut. Ini juga antara tanda klasik anemia.
Cara Mencegah & Merawat Anemia
Berita baiknya, anemia boleh dicegah dan dirawat asalkan dikesan awal. Langkah paling mudah ialah dengan menjaga diet harian. Amalkan makanan kaya zat besi seperti daging merah, hati ayam, bayam, kekacang dan makanan laut. Vitamin C juga penting kerana membantu penyerapan zat besi dengan lebih baik.
Namun, jangan sesekali mengambil suplemen zat besi tanpa nasihat doktor. Terlalu banyak zat besi boleh mendatangkan bahaya lain termasuk keracunan hati. Cara paling selamat untuk tahu sama ada anda memerlukan tambahan zat besi ialah dengan menjalani pemeriksaan darah.
Dengar Bahasa Tubuh Anda
Wanita moden hari ini sering sibuk membahagi masa antara kerja, keluarga dan diri sendiri tapi kesihatan tetap perlu diutamakan. Jangan biarkan keletihan kronik, kulit pucat atau jantung berdebar dianggap perkara biasa. Mungkin tubuh sedang memberi isyarat bahawa anda kekurangan zat penting.
Anemia mungkin senyap, tapi kesannya tidak kecil. Ia mencuri tenaga, kecantikan dan semangat tanpa kita sedar. Jadi mulai hari ini, dengar bahasa tubuh anda, sayangi diri sendiri dan jangan malu untuk periksa darah. Kerana wanita kuat bukan yang tidak pernah jatuh, tapi yang tahu bila untuk berhenti dan menjaga diri sebelum terlambat.
Terpikat dengan raut wajah ayu dan manis Dr Ruhila Roslan, anak Puan Sri Normala Samsudin. Ternyata dia mewarisi kejelitaan ibunda tersayang yang merupakan bekas personaliti televisyen popular. Tidak hanya memiliki rupa paras cantik bahkan Dr Ruhila juga seorang wanita bijak.
Dr Ruhila yang kini berusia 33 tahun mempunyai kelulusan dalam bidang pergigian dan bergelar doktor gigi di sebuah klinik pergigian di Selangor.
Puteri kesayangan Puan Sri Normala ini mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan iaitu Majid Nazli pada 3 Januari 2021.
Dr Ruhila Roslan Rai Anniversary
Bersempena ulang tahun perkahwinan keempat, ibu seorang cahaya mata ini menzahirkan rasa syukur dikurniakan seorang suami yang baik dan bapa bertanggungjawab.
Kongsinya, “Celebrated our 4th wedding anniversary with a delicious dinner, just the 2 of us. From friends to newlyweds to parents, may every version of us gets even better an fuller with love, compassion and blessing, insyAllah.
And cheers to 4 years of you being the calm to my chaos and still be my peace when I’m the chaos to your calm. Happy anniversary my love.”
Hasil perkongsian hidup selama empat tahun tersebut, pasangan ini dikurniakan anak sulung yang juga bayi lelaki diberi nama Aamin Yusuf pada 15 Jun 2022.
Lebih menyentuh perasaannya sebagai ibu ialah sikap Dr Ruhila yang meluahkan rasa tidak setuju mengenai sesuatu perkara dengan penuh sopan dan berlapik agar tak menyinggung perasaan kedua-dua ibu bapa.
Terbukti, Puan Sri Normala berjaya mendidik Dr Ruhila menjadi seorang wanita yang bukan hanya berpendidikan tinggi, tetapi juga mempunyai peribadi yang terpuji dan layak dijadikan inspirasi.
Semoga Dr Ruhila dan pasangan tabah melayari bahtera perkahwinan serta kekal bahagia di samping anak tersayang.
Suka pakai ubat gigi ini. Selain berkesan hilangkan kotoran di gigi, bahan yang digunakan juga organik dan selamat. Beli sini!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah Wan Azizah, tokoh inspirasi Malaysia yang sarat ketabahan, kasih sayang dan sejarah kepimpinan. Artikel ini meraikan perjalanan hidup Wan Azizah yang penuh kekuatan dan kelembutan.