MARISSA DANIA HAKIM

Tanggal 2 Julai lalu genap 15 tahun usia anak gadis Norman Hakim dan Abby Abadi, Marissa Dania Hakim! Tidak dinafikan, semakin meningkat dewasa semakin cantik Marissa.
Saling tak tumpah rupa paras jelita ibunda tersayang. Baru menyambut ulang tahun kelahiran kira-kira seminggu yang lepas, penampilan Marissa yang anggun dalamn persalinan gaun labuh rona merah jambu sekali lagi menarik perhatian khalayak.

IKLAN

Disifatkan seorang gadis pemalu dan memiliki wajah yang sejuk mata memandang, kemunculan Marissa dalam majlis sambutan hari lahir ke-15 tersebut tidak ubah seperti seorang puteri muslimah. Seiring dengan pertambahan usia dan meminati kecantikan, Marissa dilihat sudah bijak memilih gaya yang diinginkan.

Padanan gaya tudung bawal dan gaun kembang ala puteri warna senada lembut merah jambu sememangnya menyerlahkan sisi penuh kelembutan gadis ini.

Cantiknya, Wajah Manis MARISSA DANIA Di Majlis Ulang Tahun Kelahiran! Cantiknya, Wajah Manis MARISSA DANIA Di Majlis Ulang Tahun Kelahiran! Cantiknya, Wajah Manis MARISSA DANIA Di Majlis Ulang Tahun Kelahiran!

Seloroh Abby di Instagramnya, “Tak sangka Mama. Anak Mama pandai melawa sudah. Kurang sikit je dari Che Ta. Orang Kelantan sebut apa? Cantik bedo oh?”

Kongsi isteri kepada Faizal Zakaria ini, sejak Marissa umur setahun lagi dia sudah menyambut hari lahir puteri sulungnya itu. Malah Abby turut bersyukur kerana masih diberi peluang untuk meraikan hari lahir Marissa yang ke-15 tahun ini. “Alhamdullillah. Besar dah anak Mama. Umur setahun pun dapat sambut, umur 15 pun ALLAH masih izinkan. Syukur. Semoga jadi anak yang baik dan mendengar kata ye sayang. Belajar dan terus belajar supaya menjadi manusia yang bermanfaat kepada semua umat.”

https://www.instagram.com/p/CCQYBygDBWa/

IKLAN

Cantiknya, Wajah Manis MARISSA DANIA Di Majlis Ulang Tahun Kelahiran! Cantiknya, Wajah Manis MARISSA DANIA Di Majlis Ulang Tahun Kelahiran! Cantiknya, Wajah Manis MARISSA DANIA Di Majlis Ulang Tahun Kelahiran! Cantiknya, Wajah Manis MARISSA DANIA Di Majlis Ulang Tahun Kelahiran!

Walau majlis berkenaan diadakan secara kecil-kecilan di kediaman Abby dan suami namun segalanya nampak teratur. Lebih meriah, Norman Hakim yang juga bekas suami Abby
dan Memey Suhaiza serta anak-anak mereka turut hadir menyerikan majlis istimewa Marissa. Bahagia tengok keakraban keluarga besar ini!

IKLAN

Marissa merupakan anak kedua daripada tiga beradik hasil perkahwinan pertama Norman bersama Abby yang berpisah sekitar tahun 2008. Selain Marissa, dua lagi anak Norman dan Abby ialah Danish Hakim (17 tahun) dan Maria Danisha (12 tahun).

Yang pasti, kehidupan anak kedua Abby dan Norman ini penuh dengan warna-warni. Kelahiran Marissa pada tahun 2005 pernah menjadi bualan ramai kerana dilahirkan di dalam kereta ketika dalam perjalanan ke hospital. Mujur waktu itu Norman bertindak tenang dan sempat menyambut kelahiran gadis cantik ini dengan selamat.

 

Kredit: Instagram Abby Abadi & Marissa Dania Hakim

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI