3 Langkah Mudah Miliki Kulit Mulus Tanpa Cela Dengan LIMAU NIPIS! Kesannya Menakjubkan

Memiliki kulit gebu dan mulus menjadi dambaan ramai wanita. Ada yang dikurniakan kulit cantik tanpa masalah sejak meniti usia remaja dan ada juga yang terpaksa menjalani pelbagai jenis rawatan bagi memelihara kesihatan kulit mereka. Apa yang pasti, jika aspek kebersihan tidak dititikberatkan kulit yang cantik tanpa masalah pun boleh terdedah kepada pembentukan jerawat, jeragat dan bermacam-macam lagi permasalahan kulit.

Ekstrak bahan semula jadi yang terkandung dalam sesuatu tumbuhan dipercayai sangat berkesan untuk mengawal masalah kulit. Pokok lidah buaya misalnya sudah begitu sinonim digunakan untuk kecantikan kulit. Selain mengamalkan petua lidah buaya, ramuan buah limau nipis juga penuh dengan manfaat untuk kesihatan kulit wajah.

1. CEGAH JERAWAT DENGAN PETUA LIMAU NIPIS

  • Ambil limau nipis dan perah airnya. Cukupkan sehingga sesudu teh.
  • Campur air limau nipis tadi bersama sesudu teh madu dan sebiji putih telur.
  • Oleskan pada wajah dan biarkan selama 30 minit.
  • Kemudian, bilas dengan air dingin.

2. MENGECILKAN LIANG PORI & KURANGKAN MINYAK

  • Potong limau nipis menjadi dua atau beberapa bahagian.
  • Lalu gosokkan pada wajah perlahan-lahan, terutama pada bahagian hidung dan pipi yang mempunyai liang pori lebih besar.
  • Biarkan selama 15 minit.
  • Kemudian, bilas dengan air dingin.

3. CEGAH KEDUT

  • Hiris limau nipis, lalu perah untuk diambil airnya.
  • Tambahkan 1 sudu makan, minyak kayu putih.
  • Tambahkan seperempat sudu kapur sirih.
  • Adun hingga rata.
  • Oleskannya sebagai bedak wajah setiap malam.
  • Cuci dengan air bersih

 

 

IKLAN
Share