Dalil 1

Ibu adalah manusia yang berkorban nyawa untuk melahirkan kita. Sebelum kita lahir, seorang ibu sudah menanggung azab yang amat perit, ada yang kulit perut pecah-pecah, ada yang alahan teruk, sentiasa lemah dan pelbagai kesan sampingan lagi.

Masa nak lahirkan kita pula, bersabung nyawa antara hidup dengan mati. itu saja bahasa mudah untuk digambarkan keperitannya.

IKLAN

Firman Allah, ‘Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. Ibunya mengandungkannya dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah pula.’ (al-Ahqaf : 15 )

Dalil 2

Ibu menjaga kita bagai menatang minyak yang penuh sehingga dewasa. Kalau dia buang kita dalam sungai atau lombong masa kita masih bayi sudah tentu kita tidak dapat menikmati kehidupan di dunia seperti hari ini.

Dalil 3

Kalau anak terjaga malam nak susu, tidak kira pukul berapa pagi pun, ibu akan bangun untuk beri anak minum susu tatkala orang lain sedang enak dibuai mimpi.

Dalil 4

Kalau anak sakit, si ibu lagi sakit menjaga anak. Kadang-kadang sampai dua tiga malam ibu tak dapat tidur sebab dukung atau riba anak. Semua kerja lain dibuat sambil anak berdukung. Akibat terlalu penat, ada ibu terlelap sambil meriba anak dan ada kalanya anak yang sedang diriba terlepas dari pangkuan ibu lalu tergolek ke lantai.

Ibu menangis kerana berasa bersalah dan kasihan pada anak sedangkan dia sebenarnya sudah terlalu tidak bermaya menjaga anak yang sentiasa merengek.

Dalil 5

Kalau anak sakit juga, ibu tak putus-putus berdoa kepada Tuhan agar kesakitan itu ditimpakan ke atasnya bukan kepada anaknya. Hal ini menunjukkan ibu sanggup berkorban menanggung penderitaan anak kerana tidak sanggup melihat anaknya yang menderita.

Dalil 6

Kalau anak tak boleh tidur malam kerana selesema, tentu ada banyak hingus yang menghalang saluran pernafasan. Ibu sanggup menyedut hingus anak dengan mulut mengketepikan rasa jijik agar salur pernafasan anak kembali lancar.

Dalil 7

Ibu tak boleh tidur kalau nyamuk gigit atau ganggu anaknya tidur. Dia akan kejar sampai dapat dan picit sampai hancur nyamuk tersebut agar anaknya dapat tidur lena tanpa gangguan.

Dalil 8

Ibu akan mendahulukan anak-anak kalau pasal makan. Ibu sanggup kelaparan asalkan anak-anaknya kekenyangan menikmati makanan. Ibu tersenyum puas kalau anak-anaknya begitu berselera semasa makan.

Dalil 9

Apa saja yang anak dia suka makan, ibu tahu dan dia akan beli apabila terjumpa. Selera anak-anak sentiasa dalam kepala ibu.

Dalil 10

Kalau sesuatu yang menjadi kesukaan anak-anak, ibu sanggup berusaha untuk mendapatkannya. Akan timbul rasa bersalah dalam diri seorang ibu andainya dia tidak mampu menunaikan sesuatu keinginan anak-anaknya. Ibu seboleh-bolehnya tidak mahu melihat anaknya kecewa.

Dalil 11

Ibu sentiasa memerhatikan punggung anaknya dengan menyelak lampin yang dipakai anak takut-takut anaknya berak tanpa ibu sedari. Akan timbul perasan bersalah dalam sanubari seorang ibu sekiranya terlambat membasuh berak anaknya dan membiarkan anaknya bergelumang dengan najis.

Dalil 12

Sesudah najis selesai dibasuh, ibu sanggup mencium punggung anaknya untuk memastikan berak anaknya telah dicuci dengan sebersih-bersihnya. Apabila dah confirm bersih, ibu akan sapukan bedak dan pakaikan lampin baru. Ibu sedaya upaya nak elakkan kulit anaknya daripada melecet.

Dalil 13

Kalau anak kecil menangis tak henti-henti, ibu akan rasa serba tak kena. Ibu akan sedaya upaya cari punca apa pasal anaknya menangis tak henti-henti. Biasanya, sekiranya anak menangis secara luar biasa mungkin ada sesuatu yang luar biasa berlaku yang menyebabkan bayi tersebut tak mahu duduk.

Maka ibu akan dukung sepanjang masa walau terpaksa menahan lenguh. Bila budak menangis luar biasa mungkin kembung perut, masuk serangga dalam telinga, atau disampuk hantu.

Pening ibu mencari punca apa pasal dia menangis sebab budak tak boleh bagi tahu ibu apa sakitnya. Ibu akan pujuk dan pujuk sehingga anak berhenti menangis.

Dalil 14

Kalau anak menangis kerana dikhianati oleh anak jiran, ibu mula rasa geram kepada anak jiran kerana buatkan anaknya menangis. Rasa macam nak tampar budak yang buat anaknya menangis walau sebenarnya anaknya yang jahat dulu kepada anak jiran.

Dalil 15

Kalau anaknya jahat, ibu tak kata anaknya jahat. Seboleh-bolehnya ibu akan membela anaknya walau dengan apa cara sekalipun bahkan sentiasa memuji-muji kebaikan anaknya.

Kadang-kadang ibu sanggup maki hamun polis sebab tangkap anaknya yang dianggap baik, padahal anaknya itu adalah pengedar dadah, pembuli, perompak, pecah rumah, curi motor dan sebagainya.

IKLAN

Dalil 16

Bila cikgu pukul anak kat sekolah, ibulah backup utama anak-anak. Tanpa usul periksa ibu akan datang sekolah untuk serang cikgu yang pukul anak dia.

Padahal anaknya yang asyik dok keluar masuk bilik HEM dan bilik disiplin. Sayang anak punya pasal, ibu sanggup jadi WIRAWATI membela anaknya yang kononnya baik.

Dalil 17

Kalau anaknya buat lawak, ibu terpaksa buat-buat gelak untuk mengambil hati anaknya walaupun lawak anaknya itu adalah lawak bodoh yang paling tak kelakar semata-mata hendak menjaga hati dan perasaan anaknya itu.

Dalil 18

Ibu akan tersenyum puas apabila melihat anak-anaknya terhibur dan berada dalam kegembiraan. Kalau anaknya tergedik-gedik menari, si ibu juga tersenyum puas. Kalau malam raya anaknya riang bakar bunga api dan mercun, si ibu juga akan tersenyum puas melihat kegembiraan anak-anak.

Dalil 19

Kalau nak raya, keperluan anak-anak didahulukan. Pakaian anak beli yang berjenama dan mahal agar anak-anak nampak segak pada hari raya. Pakaian sendiri beli kat pasaraya Mydin aje. si ayah pula beli pakaian terpakai (bundle) kat pasar karat je buat raya.

Dalil 20

Hati ibu terasa sangat puas apabila melihat keputusan peperiksaan anak-anaknya yang cemerlang. Biasanya kemampuan anak-anak ibu tahu, mana-mana anaknya yang lemah belajar secara semula jadi ibu tak marah pun malahan akan sentiasa memberi dorongan dan semangat agar baiki kelemahan.

Dalil 21

Setiap kali lepas sembahyang, ibu akan mendoakan kesejahteraan untuk anak-anaknya.

Dalil 22

IKLAN

Kalau anak dapat masuk ke universiti, ibulah yang paling gembira dan bangga. Kalau boleh mahu diberitahu kepada semua orang di dunia ini.

Dalil 23

Kalau sekali-sekala anak-anak pulang bercuti, ibu layan bagai raja. Mintaklah nak makan apa saja pasti ibu akan sediakan. Nak kejut anak bangun sembahyang Subuh pun tak tergamak takut ganggu anak tidur. Maklumlah anak balik cuti nak rehat kan.

Dalil 24

Kalau anak mintak wang, ibu akan berusaha cari. Ibu sanggup berhutang untuk bagi kepada anak-anak supaya proses pembelajaran anak kat universiti berjalan lancar.

Padahal wang tersebut digunakan bukan untuk belajar sangat tapi digunakan untuk upgrade telefon bimbit, untuk tambah nilai topup, beli pakaian berjenama, beli rokok, belanja awek atau pakwe dan sebagainya.

Dalil 25

Bila anak nak kahwin, ibu jugalah yang terpaksa keluarkan wang simpanan untuk menampung kos perkahwinan anak. Mana tak tampung, belum habis belajar lagi dah menggatal nak kahwin.

Kalau anak mengandung luar nikah, ibu juga yang ke hulu ke hilir cari tempat untuk menyorokkan anak agar tidak mengaibkan.

Dalil 26

Bila anak dapat anak, bermakna ibu sudah dapat cucu. Anak pun hantarlah anaknya balik kampung untuk dijaga oleh ibu. Maka ibu pun akan ada semula anak kecil walaupun dia sendiri sudah menopaus.

Maka ibu keleklah cucunya yang bayi tu macam anak sendiri ke sana ke mari. Nak beribadat kat masjid pun tak boleh sebab sibuk jaga cucu.

Dalil 27

Bila anak kesempitan wang, ibulah tempat anak-anak mintak untuk berhutang. Ibu pun terpaksalah korek kot celah-celah mana keluarkan wang yang disimpan dan disorok untuk bagi pinjam kat anak. Korek celah bantal, bawah tilam, dalam tabung, bawah tikar getah dan sebagainya.

Dalil 28

ibu bila rindu kat anak-anak terus telefon anak untuk bertanya khabar tapi anak sebulan sekali pun susah nak telefon ibu untuk tanya khabar.

Dalil 29

Ibu tak pernah menyimpan dendam terhadap anak-anak tetapi anak-anak ada yang berdendam dengan ibu sekiranya ada sesuatu kemahuan yang tidak mampu ditunaikan ibu.

Dalil 30

Bila anak sakit dan ditinggalkan isteri serta anak-anak, ibu yang tua juga kena jaga walaupun ibu sendiri tak berdaya nak menguruskan dirinya sendiri.

Kalau anak meninggal dunia terlebih dahulu, ibu akan menangis sepuas-puasnya sampai bengkak mata dan tak lalu makan, tapi kalau ibu mati dulu, anak-anak menangis sekejap je, tu pun tak semuanya. Lepas je balik hantar jenazah ibu kat kubur terus berkira-kira nak bagi harta yang ditinggalkan ibu. KR

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI