Filem Barbie yang sedang ditayangkan di pawagam kini telah menjadi satu fenomena seluruh negara.

Karya Greta Gerwig ini berjaya menarik perhatian orang ramai khususnya kanak-kanak dan wanita termasuk selebriti-selebriti terkenal yang turut ‘terjebak’ dengan gaya ala Barbie. Comel sangat!

IKLAN

4 Gaya Memukau INARA RUSLI Ala Barbie ‘Muslimah’ Curi Tumpuan, Pandai Suai Padan Tudung & Baju

Salah seorangnya ialah Inara Rusli, bekas isteri Virgoun yang telah memuat naik video transformasinya bertemakan Barbie (OOTD).

Jom lihat padanan tudung dan pakaian Barbie dalam gaya Inara Rusli:

BLAZER & SKIRT
Inara tampil dengan tudung jenis square berwarna merah jambu pastel menutupi bahagian dada sambil bergambar ala Barbie.

4 Gaya Memukau INARA RUSLI Ala Barbie ‘Muslimah’ Curi Tumpuan, Pandai Suai Padan Tudung & Baju

Turut dipadankan bersama blazer putih, blaus fuchsia dan skirt labuh polka dot. Kasut tumit tinggi dan beg yang sepadan dengan warna blaus melengkapkan gaya Inara.

TUDUNG & SKIRT POLOS
Inara Rusli yang sinonim dengan gaya feminin dan pastel kali ini mengenakan pakaian serba ungu. Wanita kelahiran 19 Februari 1993 ini memakai tudung warna polos lengkap dengan aksesori kepala.

4 Gaya Memukau INARA RUSLI Ala Barbie ‘Muslimah’ Curi Tumpuan, Pandai Suai Padan Tudung & Baju

IKLAN

Inara turut menjadikan sweater ungu sebagai aksesori di bahu. Beg pinggang dan skirt ungu bertingkat melengkapkan penampilan Barbie Inara.

SWEATER & SKIRT
Ibu kepada tiga cahaya mata ini mengenakan tudung jenis square digabungkan bersama sweater merah dan skirt berwarna ungu.

4 Gaya Memukau INARA RUSLI Ala Barbie ‘Muslimah’ Curi Tumpuan, Pandai Suai Padan Tudung & Baju

IKLAN

Melengkapkan gaya ala Barbie, Inara menyarungkan but putih paras buku lali. Beg tangan melengkapkan gaya Barbie Inara.

HIJAB PASTEL PINK
Idea mix-and-match ala Barbie, Inara memakai renda polka dot putih labuh bersama gaun dan kasut berwarna fuchsia.

4 Gaya Memukau INARA RUSLI Ala Barbie ‘Muslimah’ Curi Tumpuan, Pandai Suai Padan Tudung & Baju

Walaupun mengikut trend, Inara tetap mengekalkan gaya tudungnya dengan warna merah jambu pastel.

Ternyata, penampilan Inara Rusli ala Barbie ini menarik perhatian dan menjadi bualan ramai. Rata-rata memuji gaya suai padan Inara yang persis Barbie.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI