
Pencapaian Dr Soo Wincci bukan calang-calang! Kejayaannya meraih empat ijazah dan satu PhD dalam masa 15 tahun seperti yang diketahui umum baru-baru ini bukan sahaja menyuntik inspirasi kepada penggiat seni untuk terus menimba ilmu… bahkan menjadi pembakar semangat kepada kaum wanita agar tidak mudah berputus asa mengejar impian hidup.
Meskipun namanya sudah mempunyai tempat di hati masyarakat di Malaysia namun aktres yang juga bekas ratu cantik ini tetap menjadikan pelajaran sebagai keutamaan. Belum pun reda dengan berita amalan berpuasa Wincci yang memasuki tahun ke-8 pada Ramadan lalu dan tidak pernah terlepas puasa 6… kali ini namanya kembali menjadi bualan ramai apabila dia berjaya menamatkan pengajian ijazah keduanya, Master in Music Production, Technology & Innovation dan Post Master Fellowship Degree in Live Music Production di Berklee Valencia, Sepanyol.
Ketika menghadiri majlis graduasi yang berlangsung semalam… jelitawan berusia 34 tahun ini menyifatkan segala kerja keras dan pengorbanannya meninggalkan seketika industri seni negara tatkala namanya sedang berada di puncak, memberi kepuasan yang tidak terhingga dengan apa yang telah dimiliki sekarang.

Memetik kenyataan Wincci kepada Sinar Harian, “Wincci melepaskan semua di Malaysia untuk mengejar impian. Ini merupakan satu risiko yang amat besar kepada Wincci. Daripada seorang artis yang hanya fokus dalam persembahan kepada penerbit yang perlu dilengkapi dengan ilmu teknologi, ia ia merupakan satu langkah yang amat besar yang perlu diambil.
Dengan tahap yang tinggi dan latihan bertubi-tubi, Wincci hampir berputus asa. Tapi dengan keazaman dan kerja keras, pada tahun lalu 2018… Wincci berjaya mendapatkan ijazah sarjana kedua di sini.”
Lebih membanggakan, pada majlis graduasi tersebut Wincci turut melakar sejarah tersendiri bukan saja kepada dirinya tetapi juga kebanggaan rakyat Malaysia apabila dia menerima dua pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR).
Pengiktirafan berkenaan ialah Most Numbers of Academic Degrees Obtained by A Beauty Queen dan Most Numbers of Academic Degress Obtained by A Recording Artist.

Selain dua ijazah sarjana di Sepanyol, Wincci juga memiliki Ijazah Undang-Undang dari University of Reading, UK; Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan dari University of Sunshine Coast, Australia; Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Pengurusan Perniagaan dari Universiti Terbuka Malaysia.
Tambah Wincci lagi, “Wincci akan membina base di Sepanyol dan dalam masa sama akan terbang berulang-alik ke Asia untuk rakaman TV dan persembahan. Wincci berharap ini akan menjadi sumber inspirasi kepada semua agar terus belajar teruskan perjalanan impian semua.”
Kredit foto: Instagram Dr Soo Wincci
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!













Berkongsi serba sedikit mengenai perkembangan terkininya selepas berkahwin, Nabila memberitahu dia kini bahagia menjalani kehidupan sebagai seorang isteri dan juga ibu. Gagal dalam perkahwinan terdahulu bukan halangan untuk dirinya menjadi seorang yang lebih matang dalam perhubungan.
“Saya dan Emran dah berkahwin setahun lebih. Kira baru lagilah tapi kami saling menjaga perhubungan. Saya pun dah 37 tahun jadi dah tahu asam garam rumahtangga. Kalau bercakap tentang sabar tu semua orang sabar, kan. Tapi suami isteri ni mereka harus sedar bahawa pasangan kita itu ialah seorang manusia yang lain dari yang lain, lain dari segala-galanya.
“Itu tak mengapa sebab kalau kita dapat terima maka kita boleh terima kekurangannya dan cuba betul kekurangan itu bersama. Kami sendiri pun masih belajar. Kadang-kadang tu cakap saja tapi nak buat tu susah juga. Tapi setiap hari kena ingatkan diri sendirilah.”
Kata Nabila, dia dan suami tak pernah merancang namun sepanjang penantian zuriat itu ada kisah di sebaliknya.
Ini yang diamalkan Nabila termasuklah petua yang diamalkan Mama kesayangannya, Datin Noor Kartini atau Datin Tini. Berusia 50an, Datin Tini yang merupakan ibu 9 anak masih nampak awet muda sampai sekarang. Patutlah anak-anak perempuannya cantik manis semuanya!
“Salah satu petua yang selalu diamalkan oleh Mama ialah suka makan madu. Kalau rutin kecantikan pula, Mama paling pantang kalau kami tak cuci muka bersih-bersih. Bagi Mama kulit kena jaga betul-betul terutamanya muka. Bersih luar dan dalam. Itulah antara petua yang dikongsi oleh Mama dengan kami adik beradik.”






