Bakal menyambut ulang tahun perkahwinan pertama pada April nanti, penyanyi bersuara lunak Shila Amzah khabarnya sedang menempuh alam terindah untuk bergelar seorang ibu. Berkongsi berita gembira tentang kehamilannya di Instagram pada pertengahan Februari lalu… Shila turut mengakui dia masih cuba membiasakan diri dengan fasa alahan yang dilaluinya ketika ini.
Memperlahankan kerjaya seninya buat masa ini untuk memberi perhatian kepada kandungan, Shila bagaimanapun aktif berkongsi aktiviti hariannya bersama para peminat di laman media sosial. Dilihat sering berbalas pertanyaan dan jawapan daripada followers mengenai perkembangan terbaru serta kehamilan…. Shila turut mempersiapkan diri dengan membaca bahan bacaan berkaitan kehamilan, bayi dan sebagainya. Tidak terkecuali, suaminya Haris Idraki Elias.
“Alhamdulillah akhirnya saya disahkan mengandung. Maaf kerana tak aktif dalam media sosial beberapa bulan kebelakangan ni sebab kerap muntah dan tidur serta tak lalu makan. Tapi alhamdulillah I’m feeling better now.
Bila kita rasa penat dengan ‘all day sickness’, kena selalu ingatkan diri ‘there’s a baby growing inside of me’. It’ll be worth it.”
Biarpun banyak menghabiskan masa di rumah, Juara Asian Wave 2012 ini tetap aktif menyanyi untuk para peminat di Instagram. Kiranya, dapatlah juga peminat mengubat kerinduan dengar suara Shila.
Ads
Sepanjang kehamilan ini juga Shila mengalami tekanan darah rendah dan disebabkan situasi tersebut dia disarankan doktor untuk mengambil vitamin Iberet Folic. Kongsi anak kepada penyanyi Datuk Amir Amzah atau lebih dikenali sebagai ND Lala ini lagi, “People has been asking me if I take any vitamins for this pregnancy, I do… But only this. Just one tablet. This is my second box.
For someone who has low BP, I definitely recommend this! Ada orang cakap kena makan dulu sebelum makan iberet ni, ada orang cakap kena perut kosong. Takpe 22hb ni Sha tanya doktor again. Ada orang makan ni boleh rasa mual dan muntah, tu yang Sha recommend minum air jus yang masam sikit hahaha, kalau takleh masuk juga… paling-paling pun Ribena pun jadilah.”
Ads
Terbuka berkongsi pengalaman pada awal kehamilan ketika ditanya salah seorang peminatnya di Instagram, ujar Shila, “First time try after 2 weeks, negative… Lepas 3 weeks, still negative.. 4 minggu setengah try lagi, negative juga. Minggu ke-5 lebih tu baru pergi jumpa doctor, buat test lagi… baru positive.”
Doa Nona agar Shila dan kandungan sentiasa berada dalam keadaan sihat serta dipermudahkan urusan bersalin kelak.
Ads
Kredit: Instagram Shila Amzah
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kelmarin, Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah hadir ke Malaysia bersempena lawatan khas baginda ke Malaysia. Keberangkatan baginda ke sini bagi mengadakan pertemuan sulung dengan Anwar yang baru-baru in mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 pada 24 November lalu. Anwar menyambut keberangkatan tiba Sultan Hassanal Bolkiah serta delegasi Brunei yang selamat mendarat di Pangkalan TUDM pada 11.40 pagi.
Apa yang menariknya tentang lawatan Sultan Brunei itu ialah baginda berkenan memandu sendiri kereta sambil membawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ke Seri Perdana, Putrajaya.
Sebelum itu, kedua-dua pemimpin terbabit memulakan perjalanan kira-kira 11.45 pagi, Anwar yang duduk bersebelahan Sultan Hassanal Bolkiah, sempat melambaikan tangan ke arah pengamal media.
“Baginda berkenan memandu sendiri kereta dengan membawa saya dan Pengiran Muda ‘Abdul Mateen ke Seri Perdana, Putrajaya bagi mengadakan pertemuan sulung disusuli majlis santapan tengahari.
Baginda dan saya berpeluang menilai kemajuan kerjasama sedia ada antara Malaysia-Brunei, di samping meneroka potensi baharu bagi meningkatkan hubungan serta kerjasama yang boleh memanfaat kedua-dua negara”, jelas Anwar dalam hantarannta di Instagram.
Turut berkenan menaiki kereta jenis BMW tersebut adalah anakanda Sultan Brunei, Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah. Pengiran Mateen yang cukup dikenali dan dihormati di Malaysia dek personalitinya yang tampan dan bergaya sememangnya sentiasa menjadi perhatian warga maya khususnya rakyat Malaysia sendiri yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa dirinya.
Hadir dengan persalinan santai, berkemeja putih dan berseluar hitam menyerlahkan sisi lain Mateen yang memang diketahui seorang yang cukup bergaya.
Semoga hubungan Malaysia-Brunei akan terus diperkukuh, InsyaAllah.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mengucap panjang bila dapat tahu Lufya berdepan detik menakutkan dengan anak kecilnya baru-baru ini. Syukur ibu dan anak ini semakin sembuh dan selamat daripada menjadi mangsa culik. Selepas dua hari kejadian berlaku, barulah Lufya tampil mendedahkan insiden berkenaan.
Memuat naik gambar bukti yang menunjukkan beberapa kesan luka di wajahnya, pemilik nama Lutfyah Sheikh Omar ini menerusi media sosial miliknya berkongsi kisah di sebalik kejadian tersebut.
“2 hari lepas Fya diserang oleh seorang lelaki yang nak cuba menculik anak perempuan saya. Masa tu kami berada di playground Kota Damansara ada lebih kurang jam 4-5 petang.
Seorang lelaki Melayu yang bersifat dayus telah memukul Fya menggunakan batang kayu ke kepala, badan serta menyebabkan kecederaan pada wajah dan badan.
Alhamdulillah anak selamat dan Fya pun selamat. I’m a fighter! Terpanggil nak share sesuatu yang penting walaupun kita ni wanita yang lemah, kita kena ada ilmu mempertahankan diri. Ikutkan orang yang menyerang tu lelaki yang agak besar dan kuat.”
Tambah selebriti berusia 37 tahun ini lagi, “Dengan izin Allah juga Fya dapat melawan dan menyelamatkan anak Fya. Syukur alhamdulillah moral of the story is we must always stay alert. Kita tak tahu orang zaman sekarang ni sanggup buat perkara-perkara yang keji.
Manusia makin tiada kemanusiaan. Doakan kesembuhan dan keselamatan kami ya.”
Lufya sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Che Muhammad Hafiz Che Baharum pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Laana Haura yang kini berusia empat tahun.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Salam takziah diucapkan buat seluruh keluarga bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang kehilangan ibunda tersayang iaitu Datin Mariah Khamis pada 24 Oktober lalu.
Menurut Datuk Seri Dr Wan Azizah, Allahyarhamah ibunya menghembuskan nafas terakhir akibat sakit tua pada usia 88 tahun di kediamannya di Taman Ampang Utama, Ampang pada 2.45 pagi.
Jenazah ibu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana.
Ketika ditemui media, isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ini kelihatan sebak tatkala ditanya kenangan di samping allahyarhamah sambil menyifatkan ibu tersayang merupakan tulang belakang kepada kejayaannya sebelum ini.
Datuk Seri Dr Wan Azizah turut ditemani anak perempuan yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.
Allahyarhamah Datin Mariah Khamis meninggalkan empat orang anak perempuan termasuk Datuk Seri Dr Wan Azizah dan seorang anak lelaki.
Dalam pada itu menerusi perkongsian di media sosial, Datuk Seri Dr Wan Azizah memaklumkan, “Dengan penuh keinsafan, rendah diri dan dukacita dimaklumkan bahawa ibu kami tercinta Mariah Binti Khamis telah menghembuskan nafas yang terakhir pada jam 2.45 pagi kerana sakit tua.
Saya sebagai anak Almarhumah bagi pihak keluarga ingin menyampaikan permohonan maaf zahir dan batin serta mohon halal atas segala salah silap serta keterlanjuran kata dan perbuatan jika ada kepada semua yang mengenalinya sepanjang hidupnya.
Kurniaan terindah, suri hati Raja Britain Raja Charles III iaitu Ratu Camilla rasmi bergelar wanita pertama mendapat gelaran Laksamana Madya (Vice Admiral) UK sempena ulang tahun ke-78.