Wanita dan fesyen amat sukar dipisahkan. Lumrah seorang wanita untuk tampil cantik dan sentiasa menawan. Namun, ada sesetengah wanita mengalami kesukaran untuk berfesyen kerana mempunyai tubuh yang cepat berpeluh.
IKLAN
Walaupun berpeluh itu dianggap perkara yang menyihatkan, tetapi ia akan menyukarkan anda untuk bergaya. Nona kongiskan 4 tip fesyen khas buat wanita yang cepat berpeluh.
1. MEMAKAI PAKAIAN LONGGAR
Anda digalakkan untuk memakai pakaian yang longgar untuk memberi keselesaan yang optimum buat tubuh anda. Semakin longgar pakaian yang anda sarungkan, lebih baik untuk penampilan anda. Percaya atau tidak, flowy maxi dress akan membuatkan anda berasa lebih nyaman daripada memakai seluar dan top yang ketat.
2. ELAKKAN FABRIK TERLALU NIPIS
Fabrik yang terlalu nipis akan menyebabkan ia melekat pada tubuh kamu saat berpeluh dan menyebabkan anda berasa tidak selesa. Oleh itu, pilih fabrik yang mempunyai struktur seperti sulaman atau jahitan agar ia tidak melekat pada kulit anda.
IKLAN
3. PILIH FABRIK NATURAL
IKLAN
Fabrik yang terbaik untuk dijadikan pilihan ialah seperti fabrik kapas yang mempunyai pengudaraan yang baik daripada poliester dan rayon. Ia juga lebih mudah menyerap peluh dan kering lebih cepat serta tidak akan membuatkan kamu berpeluh lebih lama daripada memakai pakaian yang diperbuat daripada fabrik sintetik.
4. ELAK PERINCIAN SARAT
Elakkan daripada memakai pakaian yang mempunyai perincian sarat seperti manik dan metal. Ia cenderung untuk menjadikan pakaian anda lebih berat dan dekat dengan kulit anda. Ia juga memerangkap haba dan membuatkan tubuh anda cepat berpeluh. Untuk kelihatan anggun, anda boleh menggayakan pakaian yang mempunyai panel untuk memberi impak unik pada keseluruhan gaya anda.
Jenama pakaian terkemuka Bulan Bintang dengan kerjasama daripada Menara Kuala
Lumpur (KL Tower) telah melakar sejarah tersendiri dengan mengadakan pertunjukan fesyen, yang diberi nama ‘Bulan Bintang Takes The Sky’ di KL Tower pada 18 Februari lalu.
Pertunjukan fesyen ini menampilkan koleksi Raya Ready To Wear (RTW) sedondon
seisi keluarga yang terdiri daripada 68 rekaan dan 326 pilihan warna eksklusif.
Didatangkan dengan pelbagai pilihan saiz dari umur 0-1 tahun sehingga 5XL bagi
golongan plus size, koleksi Bulan Bintang ini semestinya boleh digayakan oleh semua.
Acara ini dimeriahkan lagi dengan projection mapping atau juga dikenali sebagai video
mapping iaitu teknologi baru yang membawa penonton ke satu dimensi berbeza dan
memberikan satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan. Projection mapping di tiang
KL tower ini memaparkan gimik dan juga nama-nama jenis koleksi yang dipertontonkan.
Foto: Instagram @hannahdelisha
Tidak ketinggalan juga, salah satu ‘highlight of the night’ adalah di mana Bulan Bintang
melakar sebuah lagi sejarah dengan menjadi satu-satunya jenama lokal Malaysia yang
mempertontonkan pertunjukan dron terbanyak sehingga berjaya tersenarai di Malaysia
Book of Records. Formasi dron yang diterbangkan juga membawa satu kisah
perjalanan Bulan Bintang sejak dari mula jenama ini bertapak.
Pertunjukan fesyen ‘Bulan Bintang Takes The Sky’ ini juga turut menampilkan barisan
duta terkemuka untuk tahun ini seperti Shukri Yahaya, Sharnaaz Ahmad, Nadhir Nasar,
Beto Kusyairy, Hannah Delisha dan Daiyan Trisha selain daripada persembahan
istimewa daripada artis-artis tanah air seperti Dolla, Ernie Zakri dan Syamel.
Foto: Ig @hannahdelisha
Pertunjukan fesyen pertama Bulan Bintang ini membawakan pelbagai kejutan dan
kelainan buat penggemar fesyen serta penyokong Bulan Bintang dan sekaligus
mengangkat jenama Bulan Bintang ini ke peringkat antarabangsa.
Foto: Ig @hannahdelisha
Tarikh 18 Februari yang bermakna ini juga merupakan tarikh bermulanya penjualan koleksi Raya 2023 di mana pengguna boleh mendapatkannya dari ejen yang sah atau di butik rasmi BulanBintang di seluruh Malaysia.
“Ini merupakan tahun kedua kami memperkenalkan rekaan baju wanita dan saya cukup teruja kerana rekaan tahun ini lebih bervariasi kerana kami punya pereka fesyen sendiri. Dan sudah semestinya rekaan kali ini lebih baik daripada tahun sebelumnya.
“Dan kami lakukan penambahbaikan pada tahun ini dengan tidak meletakkan jenama Bulan Bintang pada baju namun meletakkannya pada butang baju Melayu. Malah zip pada bahagian lengan dibuat bagi memudahkan pemakai mengambil wuduk,” tambahnya.
Mensasarkan jualan 1 juta helai busana terjual, jelas Azzim, dia mensasarkan keuntungan 400 peratus daripada tahun lalu.
“Untuk tahun lepas, kami peroleh hampir RM30 juta untuk jualan hari raya. Dan untuk tahun ini kami sasarkan 400 peratus peningkatan dengan jualan 1 juta unit baju. Jualan akan bermula pada hari ini (18 Februari) dan saya jangkakan baju akan habis terjual sekurang-kurangnya seminggu sebelum raya,” jelasnya lagi.
Sementara itu, jangan lupa untuk dapatkan koleksi Raya Bulan Bintang 2023 di
www.bulanbintanghq.com atau anda juga boleh buat pembelian secara fizikal dengan
mengunjungi butik Bulan Bintang di cawangan Bangi, Shah Alam, Ukay Boulevard,
Johor Bahru, Kubang Kerian dan Senawang.
Tidak seperti kelaziman, gaya dan stail seseorang turut terkesan selepas berlalunya pandemik COVID-19. Kini bangkit semula dalam fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN), ayuh Nona tunjukkan senarai item fesyen yang versatil agar suasana normal baharu diatur penuh gaya.
(a) Pelitup Muka
Gandingan pelitup muka perubatan dan fabrik sebagai double mask
Kini pelitup muka adalah item asas untuk setiap orang. Ini adalah langkah perlindungan paling penting, selain mencuci tangan dan mengelak daripada menyentuh wajah.
Bagi meningkatkan keberkesanan, pemakaian pelitup muka berganda iaitu dari jenis fabrik di atas pelitup muka perubatan sangat disyorkan pada ketika ini.
(b) Pelindung Muka
Pelindung muka Louis Vuitton
Selepas pemakaian pelitup muka berganda yang dikatakan dapat mengurangkan risiko pemakai kepada virus COVID-19, terkini pemakaian pelindung muka (face shield) pula disarankan untuk menapis partikel virus di udara.
Adaptasi pelindung muka bersama pelitup muka berganda merupakan satu lagi tambahan item keselamatan penting bagi mencegah penyebaran wabak dalam komuniti.
(c) Inner
Pakaian asas wajib ada, innerturtleneck dan berlengan panjang perlu diberi keutamaan kerana ia mampu melindungi kulit secara keseluruhan. Dengan iklim di Malaysia, pilihlah inner berfabrik kapas yang berfungsi sebagai penyerap peluh.
Koleksi UNIQLO X Theory Fall/Winter 2021
(d) Kemeja Lengan Panjang
Kemeja berwarna putih dalam potongan slim-fit seharusnya ada dalam gerobok anda. Supaya tubuh tidak kelihatan besar, elakkan potongan ketat atau melekap di badan. Pemilihan kemeja polos seperti ini memudahkan anda menyuaipadan dengan seluar, tudung atau aksesori berwarna lain.
(e) Maxi Dress
Larney ‘The Revived Pleats’
Larney ‘The Revived Pleats’
Maxi dress atau helaian gaun labuh berpotongan longgar memberikan nafas moden. Jika ia berpotongan tanpa lengan, anda boleh padankan dengan outerwear seperti kot atau kardigan, kemudian sempurnakan dengan tali pinggang. Sungguh chic! Antara pilihan terkini adalah himpunan Larney ‘The Revived Pleats’.
(f) Blazer
Blazer bercetak, sama ada bercorak haiwan atau alam semula jadi menjadikan gaya si pemakai kelihatan bold. Kali ini, jangan gentar untuk mengenakan corak atau warna-warna yang menyerlah, seperti neon. Menyarung blazer yang mengikut susuk badan juga merupakan cara paling mudah untuk kelihatan fashionable.
(g) Jaket Biker
H&M X Balmain
Item mesti ada selepas pandemik. Rekaannya yang berlengan panjang memberikan lebih perlindungan dari pencemaran. Anda boleh sarungkan kutang putih di dalam dan lapisi dengan jaket biker agar kelihatan ranggi dan urban.
(h) Kardigan
Dior Sauvage Cardigan
Pada asalnya kardigan merupakan baju sejuk yang berpotongan blazer dengan butang di bahagian depan. Kini kardigan direka lebih moden dengan bahan asas lebih ringan dan sesuai dengan cuaca panas. Anda boleh memakai kardigan berpotongan pendek ataupun labuh sebagai kunci gaya tanpa kelihatan keterlaluan.
(i) Seluar
Seluar pensel atau pencil trousers, lebih sesuai dikenakan pada waktu begini berbanding seluar skinny. Anda juga boleh mengenakan seluar palazzo kerana potongannya yang beralun memberikan ilusi lebih langsing kepada si pemakai.
(j) Selendang
Pemilihan selendang dalam warna-warna terang seperti merah atau kuning boleh menaikkan seri wajah anda. Selain styling biasa, ia juga boleh dijadikan turban untuk kelihatan urban. Sebaiknya kenakan baju turtleneck atau inner leher agar bahagian yang terdedah dapat ditutup dengan sempurna.
(k) Pump Shoes & Flats
Pretty Ballerinas
Pemilihan kasut yang menutupi keseluruhan kaki amat penting. Pump shoes dan flats sesuai digayakan kerana faktor rekaannya yang ringkas dan mudah disarung. Pilihan warna-warna terang menyerlahkan lagi gaya si pemakai.
Seiring dengan perkembangan trend fesyen terkini, pelbagai busana dan pakaian yang boleh digayakan untuk ke pejabat khususnya bagi wanita muslimah. Namun, bagi wanita berhijab, pemilihan pakaian yang sesuai harus dititikberatkan agar anda tampil sopan dan sempurna. Ikuti tip berguna yang Nona kongsikan ini supaya penampilan muslimah anda lebih menawan dan menyerlah.
1. KENALI TUBUH ANDA
Perkara utama yang harus diberi perhatian adalah mengenali bentuk tubuh anda sendiri. Anda dinasihatkan supaya memilih pakaian yang selesa untuk dipakai dan tidak terlalu menonjolkan bentuk tubuh badan. Pastikan pakaian yang dikenakan sesuai dengan ketinggian dan bentuk tubuh.
2. TENTUKAN JENIS PAKAIAN
pemilihan jenis pakaian yang sesuai penting mengikut profesion masing-masing adalah amat penting. Gunakan garis panduan pemakaian yang disediakan supaya anda boleh membuat keputusan yang betul dalam memilih pakaian. Antara pilihan jenis pakaian yang sesuai ialah baju kurung, kemeja bersama blazer, jumpsuit dan lain-lain.
3. PILIH SAIZ PAKAIAN YANG TEPAT
Elakkan memakai pakaian yang mengikut bentuk badan. Pemilihan saiz baju yang betul dan tepat akan memberikan imej profesional dan juga selesa ketika di pejabat. Sekiranya anda sering mengenakan kemeja dan seluar slack atau long pants, pastikan baju kemeja tidak terlalu pendek sehingga di paras atas paha.
4. PILIH PADANAN RONA YANG SESUAI
Sebaiknya, pilih dua padanan rona yang sesuai atau paling maksimum iaitu sehingga tiga warna sahaja. Elakkan dari memilih kumpulan rona yang sama. Kumpulan warna terbahagi kepada dua iaitu rona sejuk dan rona panas. Sekiranya mempunyai corak, anda boleh suai padankan dengan rona yang terdapat dalam corak tersebut untuk membangkitkan penampilan yang lebih harmoni.
5. AKSESORI
Elakkan dari memilih tudung yang mempunyai corak yang terlalu sarat dengan hiasan manik dan labuci. Sekiranya anda memakai pakaian dengan corak kosong, pilihlah tudung yang mempunyai motif atau corak. Sekiranya anda memilih busana bermotif, anda dinasihatkan memilih tudung yang kosong dan polos. Padanan warna juga perlu diambil kira supaya warna tudung harmoni dan seimbang dengan warna busana.