Kini, semakin ramai wanita berhijab yang bijak bergaya dan tidak mahu terlepas daipada mengikuti trend fesyen terkini. Bagi wanita yang berhijab, penting untuk anda menyesuaikan sesuatu rekaan pakaian dengan imej berhijab agar kelihatan sopan dan tidak keterlaluan.

IKLAN

4 Tip Ini Bakal Serlah Gaya Hijabi Moden Yang Lebih Stylish Tapi Kekal SopanEkoran fesyen muslimah yang semakin meriah dengan keluaran pelbagai koleksi pakaian muslimah moden, berikut merupakan tip fesyen terkini khusus untuk wanita berhijab.

PEMILIHAN RONA

Rona gelap adalah rona terbaik buat anda. Ia bukan sahaja memberi kesan yang lebih langsing buat tubuh anda, malah rona gelap juga dapat membuatkan penampilan anda kelihatan lebih elegan dan eksklusif.

4 Tip Ini Bakal Serlah Gaya Hijabi Moden Yang Lebih Stylish Tapi Kekal Sopan
Kredit Foto: Instagram @ainaabdul

Selain rona gelap, anda juga boleh memakai pakaian berona pastel dan lembut.

MEMAKAI OUTERWEAR

Sekiranya anda ingin tampil kasual bersama padanan jeans dan t-shirt kegemaran anda, anda boleh memadankannya dengan memakai outerwear.

4 Tip Ini Bakal Serlah Gaya Hijabi Moden Yang Lebih Stylish Tapi Kekal Sopan
Kredit Foto: Instagram @sharifahrose_

Jenis-jenis outerwear yang boleh anda gayakan adalah seperti kardigan, jaket, kimono top, dan sweater. Namun, harus diingatkan, bergayalah mengikut kesesuaian gaya dan personaliti anda.

IKLAN

MENUTUPI BAHAGIAN PINGGUL

Kini terdapat banyak koleksi busana muslimah moden yang mempunyai rekaan menutupi bahagian pinggul wanita.

IKLAN
4 Tip Ini Bakal Serlah Gaya Hijabi Moden Yang Lebih Stylish Tapi Kekal Sopan
Kredit Foto: Instagram @nanamahazan

Penting untuk wanita berhijab untuk memakai pakaian yang tidak memperlihatkan bahagian pinggul terutama sekali jika potongan seluar yang dipakai adalah ketat.

KELONGGARAN BUSANA

Anda boleh bergaya dengan koleksi busana muslimah seperti kaftan yang kini banyak tersedia dalam rekaan longgar dan trendy.

4 Tip Ini Bakal Serlah Gaya Hijabi Moden Yang Lebih Stylish Tapi Kekal Sopan
Kredit Foto: Instagram @hijabista.hub

Koleksi busana seperti ini bukan sahaja sesuai untuk digayakan bersama celana, malah cukup menarik untuk dipadankan bersama skirt labuh.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI