Menjelang ketibaan Syawal, sudah pastinya banyak persiapan rancak dilakukan. Meskipun terpaksa disambut dalam suasana norma baharu sekali lagi, bangkitkan tradisi raya itu dengan bersiap cantik dalam persalinan baju baru.

Himpunan item fesyen ini antara favourite Nona sempena Hari Raya nanti. Manis dan sopan digayakan, bagai pengubat rindu pada keluarga yang jauh di mata. Paling penting, belum terlambat untuk last minute shopping!

IKLAN

 

(1) RAJA BUAH PANDORA

Hijau berduri di luar tapi lembut kekuningan di dalam. Itulah keistimewaan raja buah, durian, yang diabadikan sebagai charm terbaharu Pandora Shine.

Dalam majlis pelancarannya yang berlangsung sebelum Ramadan, pencinta durian jelas tertawan dengan rekaan charm baru ini sama ada dijadikan koleksi tribute atau penyeri gaya yang playful!

5 Item Fesyen Untuk Raikan Aidilfitri, Gaya Evergreen & Mudah Di Suai Padan!

5 Item Fesyen Untuk Raikan Aidilfitri, Gaya Evergreen & Mudah Di Suai Padan!

 

(2) KOLEKSI RAYA UNIQLO

Aidilfitri hari mensyukuri kemenangan dan mengeratkan silaturahim. UNIQLO merakam momen kesyukuran ini dengan koleksi raya yang elegan dan selesa untuk golongan wanita mahupun lelaki.

Sesuai dengan tema klasik, motif batik dijelmakan semula dalam beberapa potongan sopan serta sesuai dipadankan dengan ceraian skirt labuh mahupun seluar panjang untuk gaya versatil.

5 Item Fesyen Untuk Raikan Aidilfitri, Gaya Evergreen & Mudah Di Suai Padan!

5 Item Fesyen Untuk Raikan Aidilfitri, Gaya Evergreen & Mudah Di Suai Padan!

 

(3) CARAMEL X FK BY FARAH KHAN

Berinspirasikan keindahan taman-taman terkenal di dunia, jenama Caramel Fashion Scarves dan FK by Farah Khan menghamparkan koleksi kapsul edisi terhad sempena musim perayaan.

Skarf artisan pada harga berpatutan ini menonjolkan sisi keindahan skarf yang boleh dipelbagaikan selain hijab, antaranya dililit pada leher, aksesori rambut dan tali pinggang.

5 Item Fesyen Untuk Raikan Aidilfitri, Gaya Evergreen & Mudah Di Suai Padan!

IKLAN

5 Item Fesyen Untuk Raikan Aidilfitri, Gaya Evergreen & Mudah Di Suai Padan!

 

(4) BUTIK PERTAMA LILIT

Mengambil keberkatan bulan Ramadan, jenama LILIT dari kumpulan FashionValet kini membuka butik pertamanya di KL East Mall. Butik fizikal tersebut menyediakan ruang untuk wanita menemui gaya tersendiri dalam helaian LILIT sambil memaparkan instalasi seni di setiap sudut.

Sambil membeli-belah, suasana butik yang feminin dan memaparkan dekor kontemporari minimalis juga sesuai untuk Instagrammer merakamkan foto #OOTD mereka.

5 Item Fesyen Untuk Raikan Aidilfitri, Gaya Evergreen & Mudah Di Suai Padan!

 

IKLAN

5 Item Fesyen Untuk Raikan Aidilfitri, Gaya Evergreen & Mudah Di Suai Padan!

 

5 Item Fesyen Untuk Raikan Aidilfitri, Gaya Evergreen & Mudah Di Suai Padan!

 

(5) #ZALORAYA2021

Bersempena sambutan Syawal, portal membeli-belah Zalora menghimpunkan pelbagai koleksi pereka fesyen menerusi kempen tahunannya, ZALORAYA. Di antara kolaborasi yang menarik perhatian adalah PETRA, NH by Nurita Harith, Ezzati Amira, Yadotsa, TAS by Tom Abang Saufi, FK by Farah Khan, Naelofar dan terkini, Pieces by Raeesa.

Banyak tawaran hebat seperti cashback, sahur flash sales dan potongan sehingga 70% diberikan untuk menyerlahkan gaya raya anda.

5 Item Fesyen Untuk Raikan Aidilfitri, Gaya Evergreen & Mudah Di Suai Padan!

 

5 Item Fesyen Untuk Raikan Aidilfitri, Gaya Evergreen & Mudah Di Suai Padan!

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI