DR JILL BIDEN, FIRST LADY OF THE UNITED STATES

Warna-warninya perjalanan hidup Dr Jill Biden yang kini bergelar First Lady of the United States (US) ke-46. Mana tidaknya, daripada seorang wanita yang lahir dalam keluarga kelas pertengahan… beliau sekarang ialah wanita paling disegani di negara berpengaruh besar dunia tersebut. Pun begitu, status ‘istimewa’ berkenaan tidak mengubah gaya hidup Dr Jill kerana beliau menyedari jerih-perih kehidupan masyarakat kerana pernah melalui liku hidup sebagai insan biasa suatu masa dulu.

Dilahirkan pada 3 Jun 1951 di Hammonton, Dr Jill merupakan anak sulung daripada empat beradik perempuan yang sangat berdikari dan bercita-cita tinggi. Beliau mahu menjana pendapatan sendiri dan memiliki kerjaya hebat yang memberi manfaat kepada orang ramai. Sebab itulah, beliau mahu menjadi pendidik!

IKLAN

Dr Jill berkata beliau tidak akan melepaskan kerjaya berkenaan meskipun sudah bergelar First Lady US dan menduduki White House. Sebaliknya beliau akan terus bertugas sebagai profesor pengajian Inggeris di sebuah kolej dan dalam masa sama kekal komited berkhidmat selaku isteri Presiden. Rakyat Amerika Syarikat amat menyambut baik Dr Jill sebagai First Lady mereka kerana mengagumi peribadi wanita ini selain mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi.

5 Kali Tolak Lamaran Kahwin JOE BIDEN, Profesor DR JILL Kini FIRST LADY US!

5 Kali Tolak Lamaran Kahwin JOE BIDEN, Profesor DR JILL Kini FIRST LADY US! 5 Kali Tolak Lamaran Kahwin JOE BIDEN, Profesor DR JILL Kini FIRST LADY US! 5 Kali Tolak Lamaran Kahwin JOE BIDEN, Profesor DR JILL Kini FIRST LADY US!

5 Kali Tolak Lamaran Kahwin JOE BIDEN, Profesor DR JILL Kini FIRST LADY US! 5 Kali Tolak Lamaran Kahwin JOE BIDEN, Profesor DR JILL Kini FIRST LADY US! 5 Kali Tolak Lamaran Kahwin JOE BIDEN, Profesor DR JILL Kini FIRST LADY US!

Dr Jill yang meniti usia 70 tahun bertemu Presiden Amerika Syarikat yang baharu ini pada tahun 1975. Ketika itu Dr Jill bertugas sebagai guru dan baru bercerai dengan suami pertamanya. Sementara Joe Biden pula berstatus duda selama tiga tahun selepas kematian isterinya, Neilia dalam kemalangan jalan raya. Turut terkorban dalam insiden itu ialah anak perempuan Joe, Naomi.

Memetik laporan Showbizz Daily, Joe pernah melamar Dr Jill sebagai isterinya sebanyak lima kali. Pada lamaran kelima itulah baru Dr Jill bersetuju untuk berkahwin dan mereka mendirikan rumah tangga pada tahun 1977. Ketika itu Joe berusia 35 tahun manakala Jill pula berumur 26 tahun.

Melalui gambar memori lama yang dikongsikan Dr Jill di Instagram miliknya, ternyata beliau seorang wanita yang cantik dan bijak! Patutlah Presiden Amerika ini tidak putus asa hendak jadikan Dr Jill sebagai isteri.

5 Kali Tolak Lamaran Kahwin JOE BIDEN, Profesor DR JILL Kini FIRST LADY US!
Bahagia bergelar isteri Joe Biden selama 44 tahun
5 Kali Tolak Lamaran Kahwin JOE BIDEN, Profesor DR JILL Kini FIRST LADY US!
Ketika kedua-duanya masih muda
5 Kali Tolak Lamaran Kahwin JOE BIDEN, Profesor DR JILL Kini FIRST LADY US!
Kenangan Dr Jill terima ijazah di samping suami & anak-anak
5 Kali Tolak Lamaran Kahwin JOE BIDEN, Profesor DR JILL Kini FIRST LADY US!
Dr Jill & Joe Biden sewaktu muda
5 Kali Tolak Lamaran Kahwin JOE BIDEN, Profesor DR JILL Kini FIRST LADY US!
Dr Jill & Joe Biden sewaktu muda
5 Kali Tolak Lamaran Kahwin JOE BIDEN, Profesor DR JILL Kini FIRST LADY US!
Bersama anak tirinya, Beau yang meninggal dunia kerana tumor otak

Sepanjang perkahwinan bersama Joe, mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Ashley Biden yang dilahirkan pada Jun 1981. Dr Jill juga merupakan ibu tiri kepada dua lagi anak Joe iaitu Beau dan Hunter.

IKLAN

Walau hampir 44 tahun berkahwin namun Joe Biden tetap mengagumi isteri tersayang sama seperti pertama kali mereka bertemu. Buktinya, sewaktu memenangi pilihan raya Presiden Amerika Syarikat pada November 2020… Joe tanpa berselindung memberitahu khalayak mengenai status dirinya. Joe menyifatkan Jill Tracey Biden iaitu profesor kolej di Virginia seorang wanita yang amat penting dalam kariernya selama ini.

“Saya ialah suami kepada Jill Biden. Untuk semua pendidik di Amerika, hari ini adalah hari yang sangat bermakna. Anda akan mempunyai seorang wakil guru di dalam White House dan Jill akan menjadi seorang First Lady yang hebat,” ungkap Joe Biden dalam ucapannya selepas diumumkan memenangi pilihan raya lalu.

Dr Jill dikhabarkan mempunyai dua ijazah sarjana dan memperoleh Phd pada tahun 2007 iaitu ketika beliau berusia 56 tahun. Sejak suaminya menjadi Naib Presiden Amerika Syarikat, beliau sering dilihat menyemak hasil kerja para pelajarnya di White House. Bahkan, bekas First Lady Michelle Obama turut mendedahkan, “Jill meluangkan masa sehariannya untuk menyemak kertas tugasan pelajar.”

IKLAN

5 Kali Tolak Lamaran Kahwin JOE BIDEN, Profesor DR JILL Kini FIRST LADY US! 5 Kali Tolak Lamaran Kahwin JOE BIDEN, Profesor DR JILL Kini FIRST LADY US! 5 Kali Tolak Lamaran Kahwin JOE BIDEN, Profesor DR JILL Kini FIRST LADY US! 5 Kali Tolak Lamaran Kahwin JOE BIDEN, Profesor DR JILL Kini FIRST LADY US! 5 Kali Tolak Lamaran Kahwin JOE BIDEN, Profesor DR JILL Kini FIRST LADY US! 5 Kali Tolak Lamaran Kahwin JOE BIDEN, Profesor DR JILL Kini FIRST LADY US!

Dalam kesibukan sebagai pendidik, Dr Jill turut mengasaskan badan kebajikan ‘Biden Breast Health Initiative’ dan pengasas bersama Book Buddies program dan rakan kongsi dalam NGO ‘Delaware Boots on the Ground’ serta sudah menulis dua buah buku salah satunya buku kanak-kanak ‘Don’t Forget, God Bless Our Troops’ dan buku autobiography ‘Where the Light Enters: Building a Family, Discovering Myself’.

Kelibat Dr Jill juga sering kelihatan di sisi Michelle Obama sepanjang wanita tersebut menyandang gelaran First Lady US. Hingga ke hari ini, hubungan mereka sangat akrab.

 

Sumber: Showbizz Daily

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI