Kejelitaan wanita Melayu-Irish ini memang tiada tandingannya. Selepas lebih dua dekad membina kerjaya sebagai model, pelakon dan pengacara popular, kecantikan Che Puan Sarimah Ibrahim masih lagi dipuja kerana tetap nampak seperti gadis remaja.

IKLAN

Pada usia 38 tahun, beliau bertuah kerana fizikalnya tidak dihambat penuaan. Agaknya, apakah rahsia yang diamalkan oleh isteri cucunda YDP Negeri Sembilan, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau Tunku Jamie tu?

Melalui perkongsian beliau di media sosial, peminat dapat melihat bagaimana rajinnya Che Puan Sarimah bersenam setiap hari. Beliau banyak menghabiskan masa di kelas pilates untuk menguatkan bahagian abs, lengan dan kaki.

Wah, jadi bersemangat pula baca kapsyen Che Puan Sarimah! Sangat bermotivasi tau! Tengok ni…

https://www.instagram.com/p/BeCuyZAnOKt/?taken-by=sarimahibrahim

https://www.instagram.com/p/BeGBHI-n0ak/?taken-by=sarimahibrahim

IKLAN

https://www.instagram.com/p/BeHqNCCnCPR/?taken-by=sarimahibrahim

Selain rajin berpilates dan mengeluarkan peluh, beliau juga mengamalkan gaya hidup sihat yang menjadi rahsia kecantikannya selama ni. Antaranya:

  1. Seumur hidup, saya tak pernah merokok.
  2. Minum berliter-liter air sehari. Hati-hati ambil jus buah kerana banyak gula di dalamnya.
  3. Nak badan yang langsing bukan diet semata-mata.
  4. Kalau suka makan, seimbangkan dengan workout/sentiasa berpeluh.
  5. Bila rasa sakit leher, lenguh belakang atau kejang otot, jumpa chiropractor untuk betulkan urat.

“Pada saya senaman adalah kunci kecantikan. Bersenam membantu tubuh mengeluarkan toksin yang menjadi punca pelbagai jenis penyakit. Hidrasi pula adalah masalah yang membelenggu wanita untuk mengekalkan kecantikan.

IKLAN

Apa yang saya amalkan adalah bersenam dan gaya hidup sihat. Jangan langsung tak makan nasi, ambil sedikit sahaja mengikut keperluan tubuh. Saya juga amalkan pemakanan seimbang. Air putih perkara paling wajib diambil setiap hari.

Tidur pula mesti cukup sekurang-kurangnya lapan jam sehari. Tapi nak dapat tidur yang cukup adalah satu cabaran apabila berkecimpung dalam bidang seni. Sebab tu saya selalu pantau supaya dapat tidur secukupnya,” akhiri beliau yang juga merupakan pemegang tali pinggang hitam dalam sukan Karate. Norzalina Mohd Alias

Sumber: Sarimah Ibrahim