Bagi penggemar sayur-sayuran lakukan cara ini demi kelangsungan hidup yang sihat seterusnya dapat berjimat-cermat. Maklumlah, kos sara hidup hari ini semakin meningkat. Tidak salah untuk kita menanam sendiri sayur-sayuran di rumah yang menggunakan teknik mudah seperti ini. Anda pasti gembira apabila melihat hasilnya.

IKLAN

5 Sayuran Ini Jangan Dibuang, Ia Boleh Ditanam Semula

LOBAK MERAH

Perlu diketahui, cara ini bukanlah untuk mengembalikan lobak yang baru. Tetapi ia bagi menumbuhkan sayuran hijau kecil di atas lobak merah itu untuk dijadikan sebagai taburan salad. Caranya, rendam lebihan hirisan lobak merah (bahagian atasnya) ke dalam sebuah bekas berisi air yang penuh. Biarkan beberapa hari dan anda akan dapat melihat hasilnya.

5 Sayuran Ini Jangan Dibuang, Ia Boleh Ditanam Semula

DAUN BAWANG

Sisa daun bawang yang digunakan jangan dibuang kerana ia boleh menjadi tanaman baru. Caranya, letakkan di dalam sebuah gelas, isikan dengan sedikit air. Biarkan keseluruhan akarnya terendam. Isi air secara rutin setiap hari. Beberapa hari daun akan mulai tumbuh di atasnya.

5 Sayuran Ini Jangan Dibuang, Ia Boleh Ditanam Semula

NANAS

IKLAN

Jangan dibuang daunnya, rendam ke dalam sebuah balang berisi air dan biarkan selama tiga minggu atau sehingga akarnya kelihatan. Kemudian, pindahkan dan tanam pada tanah yang subur seperti biasa.

5 Sayuran Ini Jangan Dibuang, Ia Boleh Ditanam Semula

BOK CHOY

IKLAN

Bahagian bawah batangnya yang selalu dibuang boleh direndam dengan posisinya menghadap ke atas, biarkan selama seminggu. Setelah itu, pindahkan ke dalam pasu dan jaga seperti biasa.

5 Sayuran Ini Jangan Dibuang, Ia Boleh Ditanam Semula

LETTUCE

Sisa batang lettuce yang digunakan boleh tumbuh semula. Memadai dengan menanamnya dalam sebuah pasu yang diletakkan di tempat yang ada cahaya matahari maksimum. Siram setiap hari dan nantikan hasilnya.AMY MOHD 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI